Thursday, December 22, 2016
unic - insan bernama kekasih
Malam
kuingin cari tenang
didadamu yang damai.
walaupun
resah mengikuti
kemana saja kupergi..
Padamu ilahi
kumohon kekuatan
usah biarkan aku
dibawa arus
hanyut dibawa resah yang panjang.
Saturday, December 10, 2016
KURSUS HAJI 1438H
Aku memulakan pagi sabtu itu dengan menghadiri kursus haji diMasjid Al-Hasanah Bandar Baru Bangi.Ramai peserta kursus memenuhi ruang solat masjid itu.Tiada seorang pun yang ku kenali diantara peserta- peserta kursus itu. Aku duduk dibarisan hadapan sekali supaya aku dapat memberi tumpuan pada ajaran Ustaz.Ustaz yang ditugaskan ialah Yang Berbahgia Tengku Abd. Aziz dari Tabung Haji Kuala Lumpur.Kursus bermula dari pukul 9 pagi dan tammat pada pukul 11 pagi.Terharu hatiku apabila Ustaz memulakan kursus dengan membaca talbiah beramai -ramai.Tiada kata yang dapat ku lafazkan selain dari bersyukur kerana akan menjadi Tetamu Allah pada tahun 1438H ini.Terima kasih Allah. Semoga Allah menerangi hatiku dalam menerima ilmu sebagai persiapan untuk ke Mekah....Aamiin Ya Rabbal Alamiin.
Wednesday, December 7, 2016
Tuesday, December 6, 2016
Monday, December 5, 2016
Sunday, December 4, 2016
PETUA DARI NABI MUHAMMAD S.A.W.
Mandi pagisebelum subuh atau sekurang-kurangnya sejam sebelum naik matahari.Air sejuk yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak berkumpul.
2.Rasullullah mengamalkan minum segelas air sejuk setiap pagi.
3.Waktu solat subuh disunatkan bertafakur sekurang-kurangnya seminit selepas membaca doa.
4.Melarang kita memakan makanan darat bercampur dengan makanan laut.Nabi pernah mencegah kita dari makan ikan bersama ayam.Dikuatiri akan cepat mendapat penyakit.Ini terbukti oleh sainstis,dimana dalam badan ayam mengandungfi ion +ve manakala dalam badan ikan mengandungui ion-ve..Jika dalam suapan ayam bercampur ikan maka terjadi tindak balas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita.
5.Makanlah dengan menggunakan tangan kanan.Bila habis makan,hendaklah menjilat jari.Enzim banyak terkandung dicelah-celah jari,iaitu sepuluh kali ganda terdapat dalam air liur.
Saturday, December 3, 2016
Friday, December 2, 2016
SURAH Al-BAQARAH AYAT 222
Sesungguhnya Allah mengasihi orang -orang yang banyak bertaubat.dan mengasihi orang-orang yang sentiasa mensucikan diri.
Terjemahan Al-quran Surah Al-Baqarah ayat 222.
Terjemahan Al-quran Surah Al-Baqarah ayat 222.
Thursday, December 1, 2016
Wednesday, November 30, 2016
MINSYAM MINYAK ZAITUN
Kebaikan dan khasiat buah zaitun atau minyak zaitun sudah terkenal sejak zaman kuno lagi.Buah zaitun keperluan utama masyarakat di Timur Tengah dan kawasan Mediterranean.
Buah zaitun dikenali dalam istilah sainstifik sebagai oleaeurafa,amat kaya dengan vitamin A,B1,B2,C,D,E,K.dan zat besi.
Produk Minsyam Minyak zaitun asli menyediakan banyak kebaikan kepada penggunanya:
Mengurangkan kadar kolestrol
Menghindari penyakit kardiovaskular
Membantu penghadaman
Mengurangkan ulsel perut
Mengelakkan pembentukan batu hempedu.
Antikanser
Menstabilkan asid lemak.

Tuesday, November 29, 2016
Monday, November 28, 2016
Sunday, November 27, 2016
Saturday, November 26, 2016
Friday, November 25, 2016
Thursday, November 24, 2016
Wednesday, November 23, 2016
MUDAHNYA DIA MENIPU ORANG.
Pada 23hb Nov 2016,aku menaiki teksi dari kediamanku untuk kepejabat Tabung Haji Daerah Kajang.Dalam perjalanan kesana,pemandu teksi menyatakan padaku,pejabat TH itu telah berpindah.Aku tidak tahu mengapa aku mudah percaya akan kata- kata pemandu itu.Sesampai ke Kajang setelah menaiki Komuter,aku terus mendapatkan teksi lagi untuk kesana.Pemandu teksi itu juga membawa aku ke Hentian Kajang,katanya pejabat TH telah berpindah kesana sudah 10 tahun yang lalu.Sekali lagi aku percaya akan kata -kata pemandu teksi itu.Sesampainya disana,setelah memasuki bangunan itu aku dapati tiada pun terdapat pejabat TH disitu,Aku merasa kecewa, rupanya aku telah tertipu dengan pemandu teksi tadi.Aku beristigfar berulang kali.dan berdoa semoga Allah memberinya hidayah semoga tidak menipu lagi kepada orang lain.
Senang nya pemandu teksi itu menipu orang seperti aku yang sudah termasuk dalam gulongan warga emas.Sampai hati mereka melakukan begitu.Sedangkan rezki yang didapat nya pada hari itu dariku untuk diberi makan pada anak dan isteri dirumah.Aku redha atas apa yang terjadi.
Dengan rasa keletihan ,aku menuju kembali ke Pekan Kajang,Dan terus pergi ke pejabat TH yang pernah ku pergi dulu.Ternyata pejabat TH itu tidak pun berpindah.Aku bertekad tidak akan percaya dengan kata - kata orang.Tetapi itulah kelemahan ku.
Tuesday, November 22, 2016
Monday, November 21, 2016
Sunday, November 20, 2016
Saturday, November 19, 2016
Friday, November 18, 2016
Thursday, November 17, 2016
BUAT SAHABATKU ALLAHYARHAM CIKGU HJ,SAMAT BAKAR,
Lewat tengahari yang suram
kau kini bersatu dengan tanah
dan wangi tanah yang bertaut harum kemboja
gugur satu satu dilamanmu...
Sahabatku..
pagi tadi tersentapku
menerima perkhabaran duka
kau pergi menemui ilahi
kau tinggalkan anak dan isteri
sahabat dan taulan yang dikasihi.
Sahabatku..
moga lenamu yang panjang
tidak ada gegaran yang mengusik.
istirehatlah dengan tenang
dalam diammu
menuju dunia yang abadi

Tuesday, November 15, 2016
Monday, November 14, 2016
Sunday, November 13, 2016
SURAH AL-AN'AM:162
Sesungguhnya solatku,ibadahku,hidupku dan matiku adalah untuk Allah Tuhan semesta alam.
Saturday, November 12, 2016
Thursday, November 10, 2016
Tuesday, November 8, 2016
ADAB ADAB KETIKA MINUM
Rasullullah saw pernah bersabda maksudnya"Jangan minum terus menerus seperti cara haiwan minum.Tetapi minumlah dua teguk,dua teguk dan tiga teguk,tiga teguk.Dan bacalah Bismillah apabila kamu minum dan baca Alhamdulillah apabila selesai meminumnya" (Hadis riwayat Imam At-Tarmizi)..
Islam menyediakan panduan dan adap kepada umatnya ketika minum supaya mereka selesa dengan perbuatan itu dan menjauhi mereka daripada perkara buruk.
Minum secara gopoh akan membuatkan sesaorang itu tersedak.Oleh itu adalah lebih baik minum secara tidak berterusan supaya air boleh masuk kedalam badan dengan lebih sempurna.
Begitu dengan adab membaca Bismillah supaya kita dijauhi daripada sebarang bencana atau musibah yang terkandung didalam air yang hendak diminum itu.
Kita juga patut bersyukur dengan mengucapkan Alhamdulillah kerana diberikan rezki dan dapat minum dengan sempurna.Islam juga menasihatkan umatnya daripada meminum air dalam tempat simpan seperti teko atau cerek.
Makruh meniup kedalam air yang akan diminum samaada air itu panas atau sebagainya.Ini menunjukkan islam mementingkan kesihatan bagi umatnya dan mengajar supaya mereka tidak tergopoh gapahuntuk minum sehingga tiada kesabaran menunggu air itu sejuk terlebih dulu.
Islam juga mencegah umatnya minum atau makan sambil berdiri.Ini ditegaskan dalam hadis riwayat Imam Muslim yang bermaksud"Janganlah sekali-kali sesaorang daripada kamu membiasakan minum berdiri.Siapa yang terlupa hendaklah dia memuntahkan kembali minuman itu"

Monday, November 7, 2016
SEHARIAN DIKAMAR SEPIKU
Seharian berbaring sendirian..kesihatan terganggu membuat semua perkara jadi tak kena.Makan tak selera,duduk berdiri pun tak selesa.Solat pun dikerjakan dengan duduk
.Allah tarik sekejap sahaja kesihatan kita dan buat kita tak selesa.Jadi siapalah kita untuk berbangga dengan apa yang kita ada.Semua itu pinjaman sementara..
Teringatku pada satu hadis
"Sesungguhnya manusia itu mudah tertipu dengan dua perkara iaitu masa sihat dan juga masa lapangnya"..

Sunday, November 6, 2016
DOA TENANGKAN HATI YANG SEDIH.
Ya Allah..rawatilah daku dengan rawatanMu..
sembuhkan aku dengan penawarMu
dan cukupkan aku dengan kelebihan yang ada padaMu
dari mengharap selain dariMu..
Aamiin Ya Rabbal Alamiin.
Saturday, November 5, 2016
Thursday, November 3, 2016
Tuesday, November 1, 2016
SAJAK - JENDELA DAN PINTU
Kubuka jendela
biar angin bertiup kencang
kerana kamarku begitu usang.
Kubuka pintu
biar angin bertiup basah
kerana hatiku begitu resah.
Jendela dan pintu
telahku buka
resahku dan hatiku
tenanglah sepanjang waktu.
biar angin bertiup kencang
kerana kamarku begitu usang.
Kubuka pintu
biar angin bertiup basah
kerana hatiku begitu resah.
Jendela dan pintu
telahku buka
resahku dan hatiku
tenanglah sepanjang waktu.
Sunday, October 30, 2016
SAJAK- RINDU DIHATI
Kucatatkan rinduku
diawan yang menggebu
semoga kau tahu bahasa rinduku.
Pada bayu yang berlalu
kubisikkan gentar rasaku
semoga gemanya tiba kehatimu.
diawan yang menggebu
semoga kau tahu bahasa rinduku.
Pada bayu yang berlalu
kubisikkan gentar rasaku
semoga gemanya tiba kehatimu.
Saturday, October 29, 2016
Friday, October 28, 2016
Thursday, October 27, 2016
Wednesday, October 26, 2016
Monday, October 24, 2016
DATO FAZILLAH KAMSAH BERKATA
Betapa rapatnya kita dengan sesaorang,kita akan berpisah jua disuatu hari.tetapi jika kita rapat pada Al quran,ia akan tetap bersama dikubur sehingga kiamat.
Sunday, October 23, 2016
Saturday, October 22, 2016
BERKATA USTAZ KAZIM ELIAS
Barang siapa meringankan beban orang dalam kesulitan
maka Allah akan meringankan bebannya didunia dan diakhirat.
maka Allah akan meringankan bebannya didunia dan diakhirat.
Friday, October 21, 2016
Thursday, October 20, 2016
Wednesday, October 19, 2016
Subscribe to:
Posts (Atom)