Tuesday, November 8, 2016

ADAB ADAB KETIKA MINUM

Rasullullah saw pernah bersabda maksudnya"Jangan minum terus menerus seperti cara haiwan minum.Tetapi minumlah dua teguk,dua teguk dan tiga teguk,tiga teguk.Dan bacalah Bismillah apabila kamu minum dan baca Alhamdulillah apabila selesai meminumnya" (Hadis riwayat Imam At-Tarmizi)..

Islam menyediakan panduan dan adap kepada umatnya ketika minum supaya mereka selesa dengan perbuatan itu dan menjauhi mereka daripada perkara buruk.

Minum secara gopoh akan membuatkan sesaorang itu tersedak.Oleh itu adalah lebih baik minum secara tidak berterusan supaya air boleh masuk kedalam badan dengan lebih sempurna.

Begitu dengan adab membaca Bismillah supaya kita dijauhi daripada sebarang bencana atau musibah yang terkandung didalam air yang hendak diminum itu.

Kita juga patut bersyukur dengan mengucapkan Alhamdulillah kerana diberikan rezki dan dapat minum dengan sempurna.Islam juga menasihatkan umatnya daripada meminum air dalam tempat simpan seperti teko atau cerek.

Makruh meniup kedalam air yang akan diminum samaada air itu panas atau sebagainya.Ini menunjukkan islam mementingkan kesihatan bagi umatnya dan mengajar supaya mereka tidak tergopoh gapahuntuk minum sehingga tiada kesabaran menunggu air itu sejuk terlebih dulu.

Islam juga mencegah umatnya minum atau makan sambil berdiri.Ini ditegaskan dalam hadis riwayat Imam Muslim yang bermaksud"Janganlah sekali-kali sesaorang daripada kamu membiasakan minum berdiri.Siapa yang terlupa hendaklah dia memuntahkan kembali minuman itu"

No comments:

Post a Comment