Tuesday, November 1, 2016

SAJAK - JENDELA DAN PINTU

Kubuka jendela
biar angin bertiup kencang
kerana kamarku begitu usang.

Kubuka pintu
biar angin bertiup basah
kerana hatiku begitu resah.

Jendela dan pintu
telahku buka
resahku dan hatiku
tenanglah sepanjang waktu.

No comments:

Post a Comment