Aku memulakan pagi sabtu itu dengan menghadiri kursus haji diMasjid Al-Hasanah Bandar Baru Bangi.Ramai peserta kursus memenuhi ruang solat masjid itu.Tiada seorang pun yang ku kenali diantara peserta- peserta kursus itu. Aku duduk dibarisan hadapan sekali supaya aku dapat memberi tumpuan pada ajaran Ustaz.Ustaz yang ditugaskan ialah Yang Berbahgia Tengku Abd. Aziz dari Tabung Haji Kuala Lumpur.Kursus bermula dari pukul 9 pagi dan tammat pada pukul 11 pagi.Terharu hatiku apabila Ustaz memulakan kursus dengan membaca talbiah beramai -ramai.Tiada kata yang dapat ku lafazkan selain dari bersyukur kerana akan menjadi Tetamu Allah pada tahun 1438H ini.Terima kasih Allah. Semoga Allah menerangi hatiku dalam menerima ilmu sebagai persiapan untuk ke Mekah....Aamiin Ya Rabbal Alamiin.
No comments:
Post a Comment