Setibanya di Terminal baru di KLIA..aku disambut oleh anak lelakiku bersama isteri serta tiga orang anak anaknya.Bahgianya aku didetik itu..bila cucu cucuku berlari memelukku. Hilang rasa rindu yang bermukim dihati selama ini..aku tiada peduli oarng dikelilingku memerhatikan ku..ku peluk dan cium ketiga tiga cucuku.Setelah itu...kami pergi makan malam di Restaurant Nasi Ayam Penyet didalam Airport itu juga. ...aku tiada selera makan kerana penerbanganku tertunda sejam itu membuatku terasa keletihan.Sesudah makan...kami pergi kepenginapan kami di Ampang sebuah kondo yang tinggi menjulang....Suite 31 tingkat itu sungguh mewah,gah berdiri seakan akan ingin mencapai angkasa...anakku menyediakanku sebilik dengan cucu cucuku....terima kasih Masrin dan Nazura....
Esoknya kami besiar siar di sekitar KL... jalan raya begitu sepi....penghuninya ramai balik kampung berhari raya.kedai makan dan Restaurant banyak yang tutup....begitulah keadaannya setiap tahun bila musim Hari Raya tiba...pada malam harinya kami berhari raya diPuchong dan Bandar Baru Bangi..
Lewat malam baru sampai dipenginapan...ketiga tiga cucu cucuku kelihatan keletihan.
No comments:
Post a Comment