Monday, July 28, 2014

MENYAMBUT SHAWAL 1435



Awal pagi lagi aku menyambut kedatangan satu shawal 1435dengan hati yang tenang.Hujan lebat dengan lebatnya  membasahi bumi Singapura.Terdengar gema takbir raya yang datangnya dari Masjid Alkaf Kg.Melayu mendayu dayu membuat hatiku tiba tiba sebak.Aku terinagt akan kedua arwah ayah dan ibuku yang telah lama pergi meninggalkan aku.Betapa bahgianya jika keduanya masih ada....sudah tentunya aku dapat sujud dikaki mereka dan memohon maaf.Nostalgia dipagi raya ketika bersama mereka dulu tiba tiba hadir didalam kotak fikiranku,tanpa ku sedari manik manik jernih membasahi kedua pipiku. Ya Allah,hanya Kau Yang Maha Mengetahui akan kesedihanku.
Tiba tiba deringan loceng mengganggu lamunanku..terdengar suara orang memberi salam...aku bergegas kepintu..rupanya adik lelakiku bersama isteri serta anak2nya datang berkunjung..itulah tetamu pertama dirumah abangku...aku terus mengikut adikku berhari raya kerumah kakak dan abangku serta adik perempuanku.
Seronok rasanya dapat kesempatan begini...berada dikelilingi sanak saudara berhari raya.dapat bermaaf maafan...Semoga shawal tahun depan aku dapat merasakan lagi suasana begini....Aamiin Ya Rabbal Alamiin.
Keesokan harinya sahabat2ku Junainah Basiran dan Puan Katina Lim datang berkunjung...selepas itu aku mengikut mereka berhari raya kerumah  Puan Katina dan kerumah Salmah Ismail yang terletak di Jurong.

No comments:

Post a Comment