Thursday, July 10, 2014
RAMADHAN YANG TENANG DAN MEMBAHGIAKAN
Selepas bersahur bersama anakku Ain..Aku terus kebilik air untuk mandi pagi...aku sangat suka.mandi pagi yang banyak kebaikannya.Kemudian itu terus mengerjakan solat tahajud dan witir...sementara menanti masuk waktu solat subuh...aku sambung membaca al quran dan berzikir...
Aku tiba tiba terkenangkan waktu semasa ku bersama keluargaku diSingapura menyambut Ramadhan.Begitu liat untuk aku bangun sahur...berulang kali ibuku memanggil manggil namaku...bila ku bangun makanan telah siap terhidang dimeja...kadang kadang aku makan nasi dengan mata yang pejam akibat mengantuk..abang abangku selalu mengusik usikku,...ayahku hanya tersenyum saja...Diwaktu petang selepas mengerjakan solat asar...ayahku akan memanggilku dan abangku Abd. Jalil untuk bertadarus bersama.Aku paling takut bacaanku ditegur oleh ayahku yang dikenali garang dan tegas pada anak anak.begitulah keadaannya disepanjang bulan Ramadhan.Diwaktu hampir masuk waktu berbuka.abang iparku selalu membeli berbagai jaudah berbuka....kami berbuka puasa bersama sama,seronoknya makan bersama sama.Aku selalu mulakan berbuka dengan minum air ais satu mug besar...kemudian itu baru makan mee atau laksa....aku tidak gemar makan nasi ketika berbuka..lepas tu makan kuih mueh...selepas berbuka...aku selalu mengalami senak perut sehingga berat untuk mengerjakan solat maghrib...selalu aku ditegur oleh ayah dan ibuku kerana makan banyak sangat ketika berbuka. Begitulah telatahku ketika usiaku belasan tahun...seorang gadis yang manja dan keletah...
Alangkah bahgianya kalau saat saat itu boleh berulang kembali.Aku rindu akan suasana seperti itu dikelilingi oleh adik beradik dan ayah ibu tempatku bermanja.Masa telah lama beredar...kini aku mula sedar...ayah dan ibu telah lama pergi..telah lama damai dialam sana. Al Fatehah untuk arwah ayah dan ibuku yang dikasihi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment