Thursday, July 31, 2014

BERHARI RAYA DI KUALA LUMPUR.




Setibanya di Terminal baru di KLIA..aku disambut oleh anak lelakiku bersama isteri serta tiga orang anak anaknya.Bahgianya aku didetik itu..bila cucu cucuku berlari memelukku. Hilang rasa rindu yang bermukim dihati selama ini..aku tiada peduli oarng dikelilingku memerhatikan ku..ku peluk dan cium ketiga tiga cucuku.Setelah itu...kami pergi makan malam di Restaurant Nasi Ayam Penyet didalam Airport itu juga. ...aku tiada selera makan kerana penerbanganku tertunda sejam itu membuatku terasa keletihan.Sesudah makan...kami pergi kepenginapan kami di Ampang sebuah kondo yang tinggi menjulang....Suite 31 tingkat itu sungguh mewah,gah berdiri seakan akan ingin mencapai angkasa...anakku menyediakanku sebilik dengan cucu cucuku....terima kasih Masrin dan Nazura....
Esoknya kami besiar siar di sekitar KL... jalan raya begitu sepi....penghuninya ramai balik kampung berhari raya.kedai makan dan Restaurant  banyak yang tutup....begitulah keadaannya setiap tahun bila musim Hari Raya tiba...pada malam harinya kami berhari raya diPuchong dan Bandar Baru Bangi..
Lewat malam baru sampai dipenginapan...ketiga tiga cucu cucuku kelihatan keletihan.

Wednesday, July 30, 2014

PULANG KEKUALA LUMPUR

Seminggu sudah ku berada di Singapura....berhariraya bersama keluarga dan sahabat sahabat yang disayangi...sampai detiknya ku harus pergi.Kenangan yang paling tak kulupakan ialah bersolat terawih bersama sama jemaah di Masjid Alkaff...dan menghayati tazkirah dari ustaz yang datang dari Yokjakarta,Allhamdulillah banyak memberi manfaat padaku.
Pesawat MAS MH1426 telah sedia menanti...untuk membawaku pulang keKuala Lumpur..Salmah dan anaknya Zulkifli telah menjemputku dirumah abangku di Bedok Reservoir. Setibanya ku di Terminal 1 di Airport Changi..telah menanti sahabat sejati Junainah Basiran..terima kasih Sal dan Jun...kebaikanmu berdua tetap ku ingati dan ku kenang selalu.
Berat rasanya kakiku untuk melangkah masuk keruang perpisahan.Selamat tinggal keluargaku dan sahabat sahabatku...anda semua tetap dalam kenanganku....ada rindu dan waktu kita pasti bertemu.....InsyaAllah.

Monday, July 28, 2014

MENYAMBUT SHAWAL 1435



Awal pagi lagi aku menyambut kedatangan satu shawal 1435dengan hati yang tenang.Hujan lebat dengan lebatnya  membasahi bumi Singapura.Terdengar gema takbir raya yang datangnya dari Masjid Alkaf Kg.Melayu mendayu dayu membuat hatiku tiba tiba sebak.Aku terinagt akan kedua arwah ayah dan ibuku yang telah lama pergi meninggalkan aku.Betapa bahgianya jika keduanya masih ada....sudah tentunya aku dapat sujud dikaki mereka dan memohon maaf.Nostalgia dipagi raya ketika bersama mereka dulu tiba tiba hadir didalam kotak fikiranku,tanpa ku sedari manik manik jernih membasahi kedua pipiku. Ya Allah,hanya Kau Yang Maha Mengetahui akan kesedihanku.
Tiba tiba deringan loceng mengganggu lamunanku..terdengar suara orang memberi salam...aku bergegas kepintu..rupanya adik lelakiku bersama isteri serta anak2nya datang berkunjung..itulah tetamu pertama dirumah abangku...aku terus mengikut adikku berhari raya kerumah kakak dan abangku serta adik perempuanku.
Seronok rasanya dapat kesempatan begini...berada dikelilingi sanak saudara berhari raya.dapat bermaaf maafan...Semoga shawal tahun depan aku dapat merasakan lagi suasana begini....Aamiin Ya Rabbal Alamiin.
Keesokan harinya sahabat2ku Junainah Basiran dan Puan Katina Lim datang berkunjung...selepas itu aku mengikut mereka berhari raya kerumah  Puan Katina dan kerumah Salmah Ismail yang terletak di Jurong.

Sunday, July 27, 2014

RAMADHAN YANG PERGI



Ramadhan telah menguncupkan sayapnya
rinduku pasti bersambung lagi
membilang hari hari  yang silih berganti.
untukku kembali dibawah teduhan rahmat seribu bulan.

Saturday, July 26, 2014

BERKATA LAH HATI

Ada masanya kita perlu ketawa
agar kita tahu betapa bernilaiinya
setitis airmata.

Friday, July 25, 2014

MUTIARA KATA

Setitik kasih membuat kita sayang
seucap janji membuat kita percaya
sekecil luka membuat kita kecewa
tapi...
sebuah persahabatan akan bermakna dan
abadi buat selamanya.

Thursday, July 24, 2014

FIRMAN ALLAH

Dan tiadalah sebarang kuasa
bagi sesaorang untuk beriman
melainkan dengan izin Allah.
dan Allah menimpakan azab
atas orang orang yang tidak mahu memahami.

(Terjemahan Al Quran Surah Yunos Ayat 100).

Wednesday, July 23, 2014

BALIK BERAYA

Dengan pesawat Air Asia...aku menuju ke kota kelahiranku Singapura..dengan tujuan untuk berhari raya bersama keluarga.Ketibaanku di Terminal 1 Lapangan terbang Changi disambut oleh sahabatku Salmah Ismail. Hatiku melonjak gembira bertemu dengan nya.Salmah menghantarku kerumah abang kandungku di Bedok Reservoir...abangku tiada dirumah kerana bertugas di kapal.Aku berbuka puasa sendirian...insya Allah akan pergi kemasjid Alkaf yang terletak tidak jauh dari block abangku.
Memang benar kata pepatah...Hujan emas dinegeri orang ..hujan batu dinegeri sendiri...begitulah kira kiranya kata pepatah....lebih baik hujan dnegeri sendiri...bertahun tahun beraya ditempat orang....sesungguhnya memang tak sama dengan dinegeri sendiri,.banyak sungguh kelainannya dari segi adab dan budaya.
Tapi apa dayaku....sudah takdirnya kehidupannku begini...aku pasrah sepenuh hati...mungkin ada hikmah yang menanti....Insya Allah.

Tuesday, July 22, 2014

GURINDAM SEBATANG PENSIL

Hendak diguna aku dicari
tak hendak diguna dikais dengan jari

ketika panjang aku ditayang tayang
sudah kontot aku  dibuang melayang

Semasa sayang dibawa kemana saja
hilang sayang dibuang dbawah meja

Semasa disekolah sering diguna
habis sekolah langsung takde makna

Monday, July 21, 2014

DOAKU



Ya Allah..
tenangkanlah hatiku
jernihkan fikiranku
damaikan hatiku
ringankan bebananku
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
ikhlaskan hatiku agar redha
menerima ketentuan dari Mu.
Aamiin Ya Rabbal Alamiin.

Saturday, July 19, 2014

Hetty Koes Endang - Inginku Sandarkan Harapan



Sayang..
kuingin sandarkan
sedihku dibahumu
agar sebakku tidak berpanjangan
kuingin memelukmu berkongsi kegembiraan
Dalam suka dan duka
Aku ingin berbahagi denganmu.

Friday, July 18, 2014

YANG HILANG





Datang dan pergi sesuka hati
patah tumbuh hilang berganti
bagai kata bidalan penyedap hati

senja ini ibu tua menyepi
punya waris tetapi menyendiri
sakit pening tiada yang peduli
namun pasrah selalu menemani

masih basah keringat semalam
melahir dan juga membesarkan
permata yang sering digilap
diusap siang dan malam

akhirnya terlepas jua
dari genggaman
sedih pedih rasa hati
jerih perih bersengkang mata
dibalas dengan racun berbisa.


Thursday, July 17, 2014

BERKATA USTAZ

Apabila kita tenang..
dalam menerima takdirNya
Allah akan memberi ganjaran
berkat dari  kesabaran mu itu.

Wednesday, July 16, 2014

MUTIARA KATA

Mengejar manusia
pasti kita akan lelah..
Mengejar Allah
pasti kita tidak akan rebah.

Tuesday, July 15, 2014

TERAKHIRKU

Mungkin ini sahur terakhirku
sebelum waktu bertukar masa
sebelum jasad menjadi kaku
sedari diri bermuhasabah sentiasa.

Monday, July 14, 2014

SAHABAT SEJATI

Kasih seorang sahabat sejati
akan kelihatan
detik kita dalam kesulitan.


Sunday, July 13, 2014

BERKATA HABIB ALI ZAINAL ABIDIN

Barang siapa menadah tangannya
dan berdoa
Allah tidak akan membiarkan tangannya
itu kembali kosong.

Saturday, July 12, 2014

SELAMAT JALAN AIN.

Selamat jalan Ain ...selamat meneruskan praktikal di Hospital besar Sultanah Afzan..Semoga Allah permudahkan semua urusan Ain disana.Berpisahlah kita buat sementara.
Aku menghantar Ain di bas stand...berat hatiku untuk berpisah dengan nya...tapi  demi masa depan dan kerjayanya...ku lepaskan dia dengan hati yang redha.Tiga bulan waktu yang panjang...pasti aku akan mengingati dan merinduinya.

Friday, July 11, 2014

YANG PALING

Tiada tali yang paling erat
selain dari silaturrahim

Tiada pintu yang paling kukuh
selain dari pintu hati
.
Tiada hutang yang paling berat
selain dari hutang budi.
.
Tiada pemberian yang paling berharga
selain dari memberi maaf.

Thursday, July 10, 2014

RAMADHAN YANG TENANG DAN MEMBAHGIAKAN







Selepas bersahur bersama anakku Ain..Aku terus kebilik air untuk mandi pagi...aku sangat suka.mandi pagi yang banyak kebaikannya.Kemudian itu terus mengerjakan solat tahajud dan witir...sementara menanti  masuk waktu solat subuh...aku sambung membaca al quran dan berzikir...
Aku tiba tiba terkenangkan waktu semasa ku bersama keluargaku diSingapura menyambut Ramadhan.Begitu liat untuk aku bangun sahur...berulang kali ibuku memanggil manggil namaku...bila ku bangun makanan telah siap terhidang dimeja...kadang kadang aku makan nasi dengan mata yang pejam akibat mengantuk..abang abangku selalu mengusik usikku,...ayahku hanya tersenyum saja...Diwaktu petang selepas mengerjakan solat asar...ayahku akan memanggilku dan abangku Abd. Jalil untuk bertadarus bersama.Aku paling takut bacaanku ditegur oleh ayahku yang dikenali garang dan tegas pada anak anak.begitulah keadaannya disepanjang bulan Ramadhan.Diwaktu hampir masuk waktu berbuka.abang iparku selalu membeli berbagai jaudah berbuka....kami berbuka puasa bersama sama,seronoknya makan bersama sama.Aku selalu mulakan berbuka dengan minum air ais satu mug besar...kemudian itu baru makan mee atau laksa....aku tidak gemar makan nasi ketika berbuka..lepas tu makan kuih mueh...selepas berbuka...aku selalu mengalami senak perut sehingga berat untuk mengerjakan solat maghrib...selalu aku ditegur oleh ayah dan ibuku kerana makan banyak sangat ketika berbuka. Begitulah telatahku  ketika usiaku belasan tahun...seorang gadis yang manja dan keletah...
Alangkah bahgianya kalau saat saat itu boleh berulang kembali.Aku rindu akan suasana seperti itu dikelilingi oleh adik beradik dan ayah ibu tempatku bermanja.Masa telah lama beredar...kini aku mula sedar...ayah dan ibu telah lama pergi..telah lama damai dialam sana. Al Fatehah untuk arwah ayah dan ibuku yang dikasihi.

Wednesday, July 9, 2014

SELAMAT HARI LAHIR KAKAKKU...



Hari ini hari ulang tahun kelahiran kakak sulongku yang bernama Hafsah.genaplah usianya 80tahun.Selamat Hari Lahir Kak Hafsah...doaku semoga Allah memberimu ketabahan dalam menghadapi penyakit yang dihadapi....Aamiin Ya Rabbal Alamiin..walaupun kita tak dapat bersama..ingatanku tetap padamu disana.Kau pengganti ibu kita  yang telah pergi...Al- Fatehah untuk Arwah ibu kita yang telah lama damai disana.Semoga Allah tempatkan arwah ibu kita didalam
gulongan arwah insan insan yang soleh....Aamiin Ya Rabbal Alamiin. 
Bersyukur kerana kakak ku dikurniakan anak lelaki yang sanggup menjaga ibunya sekian lama...alhamdulillah.Hendaknya mereka sabar menjaga kakakku yang telah uzur.
Doaku selalu buatmu kakakku...walaupun kita berjauhan ..dihati ku tetap ku rasa berdekatan.

Tuesday, July 8, 2014

HADIS RIWAYAT BUKHARI


Kalaulah umatKu tahu tentang kebaikan bulan Ramadhan,
mereka pasti mengharapkan biarlah Ramadhan itu sepanjang tahun.

Monday, July 7, 2014

DOAKU



Ya Allah...
uruskanlah rasa rindu ini..
agar tidak membuatku jauh dariMu.

Sunday, July 6, 2014

PANTUN TAKUT


Buah duku buah langsat
mari diberi kepada teman
kalau takut diri tersesat
mohon Allah kuatkan iman.


Banyak manisan dibelah belah
petai sepapan bersama lada
takutkan balasan dari Allah
siapkan persiapan sedari muda.

Friday, July 4, 2014

DOAKU

Disubuh yang hening
kupanjatkan sekalung doa
agar dipermudahkan segala yang sulit
diluaskan segala yang sempit
dilapangkan dada menerima segala
bersyukur disetiap ujian yang melanda
Sesungguhnya Ya Allah..
Engkau tidak akan menduga diluar batas
kemampuan hambanya.

Thursday, July 3, 2014

BERKATALAH USTAZ


Amalkan berzikir selalu..baik masa senang atau susah,masa lapang atau sibuk,apatah lagi masa rungsing.dan ketika mendapat satu musibah.
Percayalah...jika kita ingat pada Allah..Maka Allah akan ingat pada kita.
Seperti Firman Allah dalam Surah Al Baqarah ayat 152 tafsirnya..
"Oleh itu ingatlah kamu  kepada-Ku dengan mematuhi hukum dan undang undangKu supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan dan bersyukurlah kamu kepada-Ku dan janganlah kamu kufur akan nikmat-Ku".

Wednesday, July 2, 2014

Tuesday, July 1, 2014

FIRMAN ALLAH


Firman Allah dalam Surah Al Mukminun ayat 1 hingga 2 tafsirnya..

''Sesungguhnya berjayalah orang orang beriman iaitu orang orang yang khusuk dalam sembahyang mereka."