Thursday, May 29, 2014

PERCUTIAN BERSAMA AIN KE PERAK DAN PULAU PANGKOR




29hb Mei 2014..Kami berlepas dari Hentian Bas Tanah Merah dengan menaiki Bas Express Perdana. Bas dijangka berlepas pada jam 11 pagi,tapi terlewat setengah jam.Selain dari pergi bercuti,kami ingin menghadiri satu majlis perkahwinan di Pekan Manjung..Bas berlepas melalui Jeli dan Grik.itulah pengalaman pertamaku yang mengerunkan kerana jalan rayanya bengkang bengkok..dan terlalu sempit..beberapa kejadian kemalangan berlaku disepanjang jalan di Grik.Aku tak lepas lepas berdoa semoga perjalanan kami sampai kedestinasi dengan selamat.Jam 7.30 malam,baru kami sampai dibandar Lumut.Kedatanganku disambut oleh anak lelakiku ,isteri serta cucu perempuanku.Kami dibawa keRestaurant untuk makan malam.Aku takde selerahendak makan oleh kerana keletihan.Anak menantuku telah menyediakan penginapan di salah sebuah hotel Lima Bintang untukku dan adik iparnya.Terima kasih Nazura.Kami terus bermalam dihotel tersebut.Selesa dan cantik Hotel itu....

30hb Mei.Keesokan paginya selepas sarapan pagi di Cafe...kami terus bersiap hendak ke Pulau Pangkor.Cuaca dipagi itu panas dan berangin.Kami menuju ke Jeti...Ain sempat membeli sunglass untuk digunakan dipulau nanti.Terlalu ramai pengunjung kerana cuti sekolah belum berakhir lagi.Kami menaiki feri yang besar.Tambangnya pun tak berapa mahal.Aku rasa selesa sambil melihat permandangan disapanjang perjalanan ke Pulau Pangkor.Perjalanan mengambil masa tak sampai sejam.
Sesampai di Pulau Pangkor.banyak van van sedang menanti penumpang untuk melawat dikeliling pulau itu.Kami bersiar siar dan makan tengahari disalah sebuah restaurant.Setelah berbincang dengan Ain.aku bersetuju dengan cadangan Ain untuk menaiki van yang sedia menanti.Kami dibawa menuju Pantai Telok Dalam.Sepanjang perjalanan,kami melihat bangunan dan hotel berderetan....pantainya yang terbentang luas dan air lautnya yang kebiruan benar benar memikat hatiku.Tak sampai setengah jam,kami sampai di Pantai Telok Dalam..ku lihat begitu banyak gerai gerai menjual cenderamata,gerai makan dan resort resort..Aku rasa terpukau dengan kebersihan dan kejernihan air lautnya.Kami bersantai untuk beberapa jam menikmati suasana pantai.Melihat telatah anak anak muda menaiki bot laju...kanak kanak mandi manda dan berlari larian.Hilang segala kekusutan bila melihat pantai yang dihiasi dengan desiran ombak yang mengulong.Aku sempat merendam kakiku ditepian pantai dan Ain banyak mengambil foto buat kenangan.Setelah beberapa jam dipantai,kami pergi menjamu selera di salah satu gerai makan..aku berkesempatan menjamu Ain dengan ketam goreng yang telah lama diingini.dan aku dapat menghirup air kelapa muda dari pulau itu.Setelah puas,kami menaiki balik van menuju keJeti...sebelum pulang aku sempat bersolat disurau dikawasan Jeti.
Setelah mengambil beberapa foto di Jeti,kami terus menaiki feri untuk balik ke Bandar Lumut.
Setelah sampai di Hotel,Ain menghubungi abangnya untuk datang keHotel sambil membawa anak anaknya untuk mandi dikolam renang di Hotel. Tak sampai sejam,anak lelakuku tiba.Aku gembira dapat bertemu dengan tiga orang cucuku.Ain melayan mereka mandi dikolam,aku rehatkan badan dikerusi sandar ditepian kolam sambil mencari ketenangan.
Malamnya ..kami keBandar Manjung,di Taman Seri Bayu,rumah banglow dua tingkat itu kelihatan terang berderang,bermandikan cahaya..kelihatan kesibukan untuk membuat persiapan menjelang majlis yang akan berlangsung diesok hari.

Ihb Jun..Esoknya setelah menikmati sarapan diHotel,kami bersedia untuk check out.dan terus kemajlis perkahwinan.Pagi itu majlis dimulakan dengan majlis pertunangan dan seterusnya majlis pernikahan
pasangan doktor muda.Majlis begitu meriah sekali,dihadiri oleh sahabat handai dan kawan sekerja,Aku membantu membahagikan cenderahati pada para tetamu yang datang...sambil berkesempatan berkenalan dengan sanak saudara tuan rumah.Walaupun majlis tidak diraikan dengan muzik kerana berkabung sempena kemangkatan Sultan Perak yang baru berapa hari...tetapi majlis kelihatan meriah. dan berlangsung dengan sempurna.Alhamdulillah.
Jam 4 petang majlis pun tammat.Masing masing membantu mengemas kawasan rumah banglow dua tingkat  itu,kaum wanita mengemas dibahgian dalam rumah.Malam itu kami menginap dirumah besanku itu...sambil malam itu memeriahkan pengantin membuka hadiah perkahwinan yang diterimanya.Selamat Pengantin Baru Ain dan Anas...Selamat berbahgia..semoga berkekalan hingga ke Jannah.....Aamiin.
Esoknya kami bersama anakku suami isteri menuju keKL.berakhirlah percutian kami di Perak Darul Ridwan..


No comments:

Post a Comment