Setelah urusan selesai...dari jauh aku melihat teman FBku Bibi Noor Hati melambaikan tangan kearahku.Alhamdulillah sudi dia menjemputku.Aku dibawa kerumahnya yang terletak tidak jauh dari airport,dapat ku lihat permandangan deretan rumah rumah di Brunei...rumah rumahnya besar dan tersergam indah...setiap rumah kebanyakannya mempunyai tiga atau empat buah kereta.Sesampai dirumahnya aku dikenalkan dengan ahli keluarganya,kebetulan suami Bibi merupakan teman sekolahku semasa di Singapura dulu.Tengaharinya aku dibawa ke Bandar Gadong...suasana dibandar itu tidaklah sesibuk suasana diKL.Setiap bangunan nya terpampang tulisan jawi.Aku dibawa oleh Bibi kepusat membeli belah...Bibi menghadiahkan sehelai tudung yang cantik.Aku suka akan pemberian darinya.Terima kasih Bibi.
Pada petang harinya aku dibawa oleh anak sahabatku Nazmi dan temannya Hafizah Kaye keKg.Air.Cantik sungguh permandangan di Kg.Air..sungguh sibuk pemandangannya,banyak bot bot yang membawa penumpang yang pulang dari kerja.Tak ku sangka mereka membawaku menaiki bot kerumah abangnya.Itulah pengalaman pertamaku menaiki bot di Kg.Air.Bot dibawa begitu laju bersama angin yang bertiup kencang..seronok bercampur takut bersilih ganti dihatiku.Berdoaku pada Yang Maha Esa semoga diberikan keselamatan.Hafizah dan Nazmi begitu prihatin padaku,tanganku dipimpin turun dari bot.Terima kasih Hafizah dan Nazmi,Di Kg.Air,aku disambut oleh ahli keluarganya dengan ramah tamah.Lebih mengembirakan lagi,aku dapat bertemu dengan cucu sulong sahabatku.Hampir senja baru kami pulang,sekali lagi aku dibawa oleh abang kepada Nazmi dan isterinya menaiki bot...kali ini hatiku tak berapa takut,tapi gembira dapat melihat permandangan Masjid Jamek yang tersergam indah dan kawasan istana.Sejam selepas itu aku sampai dirumah sahabatku Bibi yang terletak diPerumahan Lambak Kanan,alhamdulillah selesai sudah percutian ku dihari pertama di Brunei.
No comments:
Post a Comment