Sunday, May 11, 2014

KENANGAN SEMASA BERCUTI KE BRUNEI PADA 10HB MEI 2010 HINGGA 18HB MEI 2010

Pada 11hb Mei hari Jumaat, hari kedua ku diBrunei...diawal pagi lagi aku telah menghubungi teman sekolahku dulu Hj.Mohammad Damit.Sebelum itu di KL dia telah menghubungiku melalui handphone setelah lebih empat puluh tahun terputus hubungan.Tak ku sangka,dia pernah ke KL mencariku.Akhirnya kami dipertemukan.Sedang aku berangan angan,aku dikejutkan dengan suara garau seorang lelaki memberi salam.Aku pandang kesuara itu...kelihatan seorang lelaki berbaju melayu berketayap putih memberi senyuman padaku.Tentunya dialah insan yang ku ingin temui.Alhamdulillah sahabatku itu telah banyak berubah perwatakannya.Aku mengambil kesempatan diatas pertemuan ini, dengan memohon maaf diatas segala kesilapan yang ada semasa kami menuntut satu kelas  diSingapura..Masih ku ingat lagi...kami selalu bertengkar,diatas pertengkaran yang tiada siapa tahu puncanya.Sampai satu ketika aku pernah menangis kerana perbuatannya..dan pernah juga mengadu pada guru.Sesungguhnya semuanya menjadi kenangan manis dialam persekolahan.Alhamdulillah hajat ku ingin memohon maaf pada setiap kesalahanku kini terlaksana.Terima kasih sahabatku...doaku akan selalu mengirngi perjalanan hidupmu.Semoga Allah merahmati dan memberkati kehidupanmu sahabatku.
Pada petang hari Jumaat itu aku cuba mencari cucu saudaraku dari sebelah ibuku Hajjah Romnah Shamsuri yang berkahwin dengan Pengiran Abdul Rahman bin Pengiran Omarali.Aku ingin menyambung silaturrahim yang terputus sekian lama.Semoga aku dapat bertemu dengannya sebelum ku pulang ketanah air.

Keesokan pagi Bibi dan Shanti membawa ku ke Miri.kerumah Halipah teman FBku yang belum pernah ku temui.Bagai pulang kenegeri sendiri,aku dapat menghubungi anak anakku di KL...terubat rasa rinduku.Untuk kedua kalinya aku memijakkan kakiku di Miri....bandarnya bersih dan cantik...rumah Halipah berdekatan dengan airport.Dirumah Halipah,aku dijamu dengan laksa Sarawak...sungguh enak masakan Halipah.Sebelum pulang keBrunei,sempat kami membeli belah di bandarMiri...aku tak lepas peluang membeli kek Lapis Sarawak kegemaranku.Dalam perjalanan ke Brunei,kami sempat singgah minum di Kuala Belait.Disana kami menemui lagi Hj.Mohammad Damit. yang menjalankan perniagaan kedai makan di tepian sungai diBandar KB.disamping itu dapat juga bertemu dengan adik angkatku Mat Bon.Akhirnya malam ,baru sampai di Brunei,olih kerana kesesakan dalam perjalanan.Letih juga dengan perjalanan yang jauh..tapi terasa kepuasan dapat bertemu dengan insan insan yang ingin ditemui.Alhamdulillah.

Hari kelima  aku dijemput oleh Farida kerumahnya di Bengkurong.Tengaharinya Farida membawa ku ke Gadong menghadiri perjumpaan bekas pelajar TKSS.Dimajlis itu aku dapat bertemu dengan Hj Yusof Ladi,
Hj.Samat dan Hj Abd.Hakim.kesemuanya bekas pelajar TKSS.Gembira aku dapat bertemu dengan mereka.Pada malamnya aku dijemput kerumah Hj.Yusof Ladi di Sg.Kebun. alhamdulillah dapat ku mengenali isteri dan anak anaknya.Hj.Yusof menghantar kami pulang ke Bengkurong.Kebaikan hatimu akan ku kenang Hj.Yusof.Semoga Allah merahmatimu selalu.

Hari keenam..aku dapat bertemu dengan anak  saudaraku dan suami yang menetap di Kg.Mata Mata. Alhamdulillah melihat kebahgiaan nya..Malamnya sempat kerumah Hj.Wasil ...juga bekas pelajar TKSS.Aku dijamu dengan udang galah masak kari dan ikan terubok masin,sedapnya bukan kepalang...sampai kepagi rasa kenyangnya..Alhamdulillah.

Hari ketujuh,aku dijemput oleh Farida dirumah Bibi..pagi pagi lagi aku didatangi tetamu iaitu bekas pelajar TKSS iaitu Hj.Marali Tahir.Farida menjamu nasi goreng Bengkurong dan ikan susu yang sedap. Petangnya pula aku didatangi tetamu lagi iaitu pasangan suami isteri Pengiran Masnah dan suaminya.Pengiran Husin.Pertama kali ku bertemu dengan mereka bagaikan dah kenal lama..Mereka berdua ingin membawaku bersiar siar,tapi tak kesampaian kerana aku ada tetamu yang ingin bertemu,..iaitu guru sekolahku dulu Cikgu Aishah Laili.Terima kasih Cikgu kerana sudi bertemu denganku.
Petangnya,aku didatangi tetamu lagi iaitu
senior dariku semasa beajar dulu  Hj.Redwan.sempat kami bergambar buat kenangan.Malamnya aku dijemput oleh Hj Burhanuddin dan keluarga untuk makan malam.Hj.Burhan juga sempat menghantar ku kerumah Zaleha Rahmat..teman sekampungku dulu,yang terletak di Perumahan Lambak Kanan.Berbahgialah dirimu sahabatku...
.
Hari kelapan,hari terakhir ku diBrunei..gembira dengan percutian ku ....tetapi tak sabar rasanya hendak pulang ke KL..Bibi dan suami sempat juga menghantarku diairport.Terima kasih Bibi...Selamat Tinggal Brunei...Selamat bertemu lagi insan insan yang disayangi..panjang umur kita bertemu lagi...Insha Allah.














No comments:

Post a Comment