10 April 2014..tepat jam 12 tengah malam..keretapi yang kunaiki bersama Ain memasuki causeway link..alhamdulillah ..kami hampir tiba kedestinasi ,terima kasih Allah kerana melindungiku dan anakku dalam perjalanan.Perjalanan memakan masa yang agak lama.Keretapi yang ku naiki bertolak dari Station Wakaf Baru di Kelantan pada jam 6pagi sampai di Woodlands Singapura pada jam 12.20 pagi 11hb April.Malas aku nak kira berapa jam..yang nyata aku terfikir memang terlalu lama.Sakit pinggangku tak dapat dikata lagi.nasib baiklah aku ada membawa bantal kecil yang ku letakkan dibelakang badanku...dan aku ada membawa bersama dua buah buku novel yang dapat menghilangkan kebosananku dalam perjalanan.Selain dari itu gelagat pasangan mat salleh didepanku menghiburku.
Setelah melepasi pemeriksaan Imigresen...aku baru sedar waktu itu telah tiada perkhidmatan LRT atau bas.Aku tiada pilihan lain..selain menaiki taxi terus ke Bedok Reservoir kediaman abang kandungku.Dua puluh minit sampailah aku.Ku lihat meter didepan taxi ...SGD20 .ditambah extra charge,.Jadi semuanya SGD30 dollar...aku memandang Ain,.tanpa berkata apa apa....Aku terpaksa membayar dengan wang dollar Brunei yang ada dalam simpananku.Dollar Singaporeku tidak mencukopi untuk ku membayar tambang taxi itu.
Sesampai ku didepan pintu kediaman abangku...kusangka dia sudah dibuai mimpi...tapi rupa rupanya dia menantiku.Kesian abangku....aku telah menganggu masa tidurnya.Lebih terharu lagi esok jam 6 pagi abangku sudah hendak bertugas dikapal.Kesian dia...
Percutianku dan Ain ke Singapura...semata mata ingin menziarahi kakak sulongku yang sakit selain dari itu dapatlah ku berkesempatan bertemu dengan sahabat sahabat lamaku dan sahabat sahabat FBku.yang telah ku anggap sebagai adik adik angkatku.Menjalinkan silatulrahim memang jadi amalanku sejak dulu lagi.Aku tak dapat pejamkan mata hingga kepagi....tak sabar rasanya hendak bertemu dengan insan insan yang kusayangi dan dirindui.Kalau dapat ku cepatkan masa telah kulakukan.Terbayang bayang diruang mata wajah wajah insan insan itu....duhai masa cepatllah kau berlalu.
No comments:
Post a Comment