Alhamdulillah kita masih bernyawa..masih dapat menunaikan segala perintahNya.akur dengan ketentuan illahi walaupun penuh dengan pancaroba.Seringkali hidup dicabar dan diuji.namun kita hendaklah tabah dengan pertolongan Allah s.w.t.
Serahkan diri padaNya.tadahlah tangan dan pohonlah keampunan dariNya..berdoalah dengan penuh harapan agar diampunkan segala dosa dosa yang lalu.Biarlah airmata sepi menjadi saksi yang kita takut kepadaNya.Beristighfarlah kerana banyak hikmah terkandung disebalik makna makna yang diucapkan.
Berdoalah kerana dengan doa Allah akan mendengar segala keluhan kita.Sucikan hati dan rawatlah jiwa dengan ayat ayat Al-Quran yang telah diutuskan kepada hamba hambaNya.
No comments:
Post a Comment