Tuesday, April 22, 2014

PERCUTIAN DISINGAPURA 10HB APRIL HINGGA 22HB APRIL 2014.





Hari ini 22hb April aku dan Ain akan pulang ke Mysia....alhamdulillah percutianku kali ini  benar benar membahgiakan hatiku.Bersyukur kerana aku dapat menziarahi kakakku yang sakit dan bertemu dengan adik adik angkatku Rubiah Md,Ali,..Puan Katina Lim, Nor'aini Pawanchee dan sahabat sahabat lamaku Junainah Basiran dan Salmah Ismail.serta  jiran lamaku Saadah Ab,Ghani..Berat rasanya hendak ku angkatkan kakiku untuk meninggalkan mereka. Tetapi aku tetap akan melangkah jua.Bersyukur sebelum  pulang aku dapat bertemu dengan seorang lagi sahabat lamaku Mahani Jasin dan suami yang dalam perjalanan pulang ke JB..Mereka menumpangkan aku dan Ain ke Johor Bahru.Alhamdulillah.
Walaupun pertemuanku dengan Mahani  hanya dalam kereta.tetapi aku bahgia dapat bertemu
dengannya.Kami hanya berbual disapanjang perjalanan...tanpa bertentang mata kerana Mahani sibuk memandu keretanya.Mahani masih ramah seperti yang ku kenal dulu.Aku bahgia berbual dengannya.Nasib baik perjalanan menuju ke Johor Bahru tidak sesak pada petang itu...dapatlah aku menaiki bas express petang ini juga menuju ke Kuala Lumpur.

Sesampainya kami di Hentian Larkin Johor Bahru...hujan turun dengan lebatnya..seolah olah membayangkan kesedihan hatiku untuk meninggalkan sahabat sahabatku yang disayangi.Selamat berpisah sahabat sahabatku...doaku mengiringi perjalanan hidup anda semua....semoga kita dibawah rahmat Allah selalu....Aamiin Ya Rabbal Alamiin.

Serangkap pantun untuk sahabat sahabatku sayang..
.
Pucuk lada jatuh melayang
jatuh merata ditepi perigi
kalau ada rezkiku sayang
dapatlah kita bertemu lagi.

No comments:

Post a Comment