Thursday, May 29, 2014

PERCUTIAN BERSAMA AIN KE PERAK DAN PULAU PANGKOR




29hb Mei 2014..Kami berlepas dari Hentian Bas Tanah Merah dengan menaiki Bas Express Perdana. Bas dijangka berlepas pada jam 11 pagi,tapi terlewat setengah jam.Selain dari pergi bercuti,kami ingin menghadiri satu majlis perkahwinan di Pekan Manjung..Bas berlepas melalui Jeli dan Grik.itulah pengalaman pertamaku yang mengerunkan kerana jalan rayanya bengkang bengkok..dan terlalu sempit..beberapa kejadian kemalangan berlaku disepanjang jalan di Grik.Aku tak lepas lepas berdoa semoga perjalanan kami sampai kedestinasi dengan selamat.Jam 7.30 malam,baru kami sampai dibandar Lumut.Kedatanganku disambut oleh anak lelakiku ,isteri serta cucu perempuanku.Kami dibawa keRestaurant untuk makan malam.Aku takde selerahendak makan oleh kerana keletihan.Anak menantuku telah menyediakan penginapan di salah sebuah hotel Lima Bintang untukku dan adik iparnya.Terima kasih Nazura.Kami terus bermalam dihotel tersebut.Selesa dan cantik Hotel itu....

30hb Mei.Keesokan paginya selepas sarapan pagi di Cafe...kami terus bersiap hendak ke Pulau Pangkor.Cuaca dipagi itu panas dan berangin.Kami menuju ke Jeti...Ain sempat membeli sunglass untuk digunakan dipulau nanti.Terlalu ramai pengunjung kerana cuti sekolah belum berakhir lagi.Kami menaiki feri yang besar.Tambangnya pun tak berapa mahal.Aku rasa selesa sambil melihat permandangan disapanjang perjalanan ke Pulau Pangkor.Perjalanan mengambil masa tak sampai sejam.
Sesampai di Pulau Pangkor.banyak van van sedang menanti penumpang untuk melawat dikeliling pulau itu.Kami bersiar siar dan makan tengahari disalah sebuah restaurant.Setelah berbincang dengan Ain.aku bersetuju dengan cadangan Ain untuk menaiki van yang sedia menanti.Kami dibawa menuju Pantai Telok Dalam.Sepanjang perjalanan,kami melihat bangunan dan hotel berderetan....pantainya yang terbentang luas dan air lautnya yang kebiruan benar benar memikat hatiku.Tak sampai setengah jam,kami sampai di Pantai Telok Dalam..ku lihat begitu banyak gerai gerai menjual cenderamata,gerai makan dan resort resort..Aku rasa terpukau dengan kebersihan dan kejernihan air lautnya.Kami bersantai untuk beberapa jam menikmati suasana pantai.Melihat telatah anak anak muda menaiki bot laju...kanak kanak mandi manda dan berlari larian.Hilang segala kekusutan bila melihat pantai yang dihiasi dengan desiran ombak yang mengulong.Aku sempat merendam kakiku ditepian pantai dan Ain banyak mengambil foto buat kenangan.Setelah beberapa jam dipantai,kami pergi menjamu selera di salah satu gerai makan..aku berkesempatan menjamu Ain dengan ketam goreng yang telah lama diingini.dan aku dapat menghirup air kelapa muda dari pulau itu.Setelah puas,kami menaiki balik van menuju keJeti...sebelum pulang aku sempat bersolat disurau dikawasan Jeti.
Setelah mengambil beberapa foto di Jeti,kami terus menaiki feri untuk balik ke Bandar Lumut.
Setelah sampai di Hotel,Ain menghubungi abangnya untuk datang keHotel sambil membawa anak anaknya untuk mandi dikolam renang di Hotel. Tak sampai sejam,anak lelakuku tiba.Aku gembira dapat bertemu dengan tiga orang cucuku.Ain melayan mereka mandi dikolam,aku rehatkan badan dikerusi sandar ditepian kolam sambil mencari ketenangan.
Malamnya ..kami keBandar Manjung,di Taman Seri Bayu,rumah banglow dua tingkat itu kelihatan terang berderang,bermandikan cahaya..kelihatan kesibukan untuk membuat persiapan menjelang majlis yang akan berlangsung diesok hari.

Ihb Jun..Esoknya setelah menikmati sarapan diHotel,kami bersedia untuk check out.dan terus kemajlis perkahwinan.Pagi itu majlis dimulakan dengan majlis pertunangan dan seterusnya majlis pernikahan
pasangan doktor muda.Majlis begitu meriah sekali,dihadiri oleh sahabat handai dan kawan sekerja,Aku membantu membahagikan cenderahati pada para tetamu yang datang...sambil berkesempatan berkenalan dengan sanak saudara tuan rumah.Walaupun majlis tidak diraikan dengan muzik kerana berkabung sempena kemangkatan Sultan Perak yang baru berapa hari...tetapi majlis kelihatan meriah. dan berlangsung dengan sempurna.Alhamdulillah.
Jam 4 petang majlis pun tammat.Masing masing membantu mengemas kawasan rumah banglow dua tingkat  itu,kaum wanita mengemas dibahgian dalam rumah.Malam itu kami menginap dirumah besanku itu...sambil malam itu memeriahkan pengantin membuka hadiah perkahwinan yang diterimanya.Selamat Pengantin Baru Ain dan Anas...Selamat berbahgia..semoga berkekalan hingga ke Jannah.....Aamiin.
Esoknya kami bersama anakku suami isteri menuju keKL.berakhirlah percutian kami di Perak Darul Ridwan..


Sunday, May 25, 2014

UJIAN

Teringat akan kata seorang ustaz...

Sekecil kecil ujian yang Allah berikan
pasti ada sebesar besar hikmah
yang akan Allah berikan.

Rasullullah juga bersabda
"Barang siapa yang dikhendaki Allah
pada sesaorang itu kebaikan
maka Allah akan cuba dengan ujianNya."

Saturday, May 24, 2014

MUHASABAH DIRI



Hari demi hari
langkah disusun rapi
dengan harapan dapat diisi.
ketenangan dilubuk hati.

Wahai diri yang selalu sepi
bukalah kelopak mata dari nyenyak mimpi
basuhlah hati dengan tangisan dipipi.

muhasabahlah diri sendiri wahai diri

Friday, May 23, 2014

ISTIGHFAR

Disaat insan lain sudah diulit mimpi...aku masih termenung sendirian...bersama kedukaan dihati.Lalu ku ulang beberapa kali kalimah indah ini.."Astagfirullah hal azim"...ku ulang banyak kali..ingatanku pada Allah yang satu..Allah Maha Pengampun...
Rasullullah pernah bersabda"Sesiapa yang selalu beristigfar.Allah akan menjadikan setiap kepayahan menjadi kemudahan".Aamiin Ya Rabbal Alamiin.

Thursday, May 22, 2014

KEHILANGAN

Tersedarku disubuh hari yang hening...diri masih terasa lagi kehilangan...ku pujuk hati ini bersama linangan airmata...lalu hati berbisik...

Bertenanglah duhai hati..
kerana setiap ujian itu
akan ada jawapannya.
Setelah kesukaran yang dialami
dalam kekecewaan.

Wednesday, May 21, 2014

SEDIH.








Kesedihan tidak dapat
kembalikan yang hilang..
berat mata memandang
berat lagi bahuku yang memikul.
bagaikan berat ujian yang Allah beri
namun dilubuk hatiku
tetap tersemat dan berkata..
Allah akan uji kita
mengikut kemampuan kita..
Ya Allah...
ampuni aku
jadikan aku redha dan ikhlas
menerima ujian dariMu..
Aamiin Ya Rabbal Alamiin..

Tuesday, May 20, 2014

20HB MEI 2014

Pada
20hb Mei 2014 disatu pagi yang hening..satu kejadian telah meragut kebahgiaanku dipagi itu..aku bagaikan terkedu...namun doa tidak lupa ku pohon pada Yang Maha Berkuasa ..







Ya Allah...
ajarkan aku erti redha
tentang apa yang telah Kau tetapkan berlaku..
Walaupun jelas padaku
ia bukan satu kebaikan padaku
Sesungguhnya Kau Yang Lebih Mengetahui
apa yang ada disebalik kejadian itu.

Monday, May 19, 2014

BERKATA USTAZ

Tiada siapa yang tahu apa yang akan berlaku
pada esok hari...tiada seorang pun yang tahu..
melainkan Allah.

Sunday, May 18, 2014

DIKALA SELEPAS SUBUH




Hari ini Isnin 19hb Mei.bersamaan 19 Rejab 1435...awal pagi selepas subuh..dikala hujan rintik rintik membasahi bumi..tiba tiba terasa diri ini selalu mengantung harapan pada sesaorang akhirnya tidak tercapai...seringkali amarah dan kecewa membelenggu hati nurani...mendahului rasa ikhlas dalam diri diatas ujian yang menimpa..kekecewaan merangkumi hati..sedih berpanjangan,bahkan buruk sangka pada manusia.
Ya Allah ampunilah aku Ya Allah...
Teringat pesanan dari sesaorang.."gantungkan dan serahkan segala urusan pada Allah semata"..samalah seperti ayat dalam Al-quran bertawakkal pada Allah...cukuplah Allah sebagai pemelihara.(.surah Al-Ahzab)..

Saturday, May 17, 2014

TELATAH WANITA TUA

Pada 17 hb Mei 2014 hari sabtu, hujan turun rintik rintik ditengahari itu...aku memasuki kawasan pasar di Pengkalan Chepa yang letaknya kira kira 4km dari rumahku. Setelah membeli ikan dan sayur sayuran...aku melintasi gerai jualan makanan siap...saja gerak hatiku ingin melihat lauk pauk masakan orang Kelantan...tiba tiba payung yang ku pakai tersentuh bahu seoorang wanita tua berumur lebih kurang 68 tahun....aku meminta maaf padanya..dia berkata " takpelah".Ku lihat dia meminta banyak lauk lauk yang hendak dibungkus....katanya untuk "dua orang makan saja"...aku menanti dengan sabar giliranku untuk membungkus sedikit lauk....sambil memerhatikan genggaman tangan wanita itu yang  hanya memegang wang RM 10 sahaja. Aku terfikir " tentu tak cukup jumlahnya". kata hati kecilku. Setelah selesai membungkus lauk lauk penjual nasi digerai itu memberitahu harga lauk lauk yang dibungkus,,semuanya berjumlah RM 20. Wanita tua yang ku cerita tadi agak gamam...katanya"ingatkan RM 10 aje".Penjual nasi itu tersenyum dan memandang padaku...Ku lihat.wanita tua itu mencari cari wang  di tas tangannya..".tak cukuplah nak bayar ni".Aku tersenyum dan kesian pada wanita tua itu...".tinggi juga selera wanita tu ye..banyak sangat lauk lauk yang dibungkusnya."...kata hatiku..Lalu katanya " nak kena pergi cocok duit ni."...lalu dia pun beredar.
Tidak lama kemudian ...wanita tua itu datang kembali dan membayar  jumlah bakinya.Dia terus beredar dari situ,yang lucunya bungkusan lauk yang dibelinya itu tidak dibawa sekali...Aku tergesa gesa mencarinya.."mungkin dia menuju kedalam pasar" kata hatiku...ditengah tengah kesibukan ibu ibu  memiih ikan dan sayur..aku mencari wanita tua itu..lalu ku temuinya dengan wajah yang terpinga pinga.lalu ku memberi bungkusan nya itu..Aduuh kesiannya...begitulah rupanya kalau telah lanjut usia....

Friday, May 16, 2014

HARI GURU



Hari ini 16hb Mei....Hari Guru....masih ku ingat lagi ketika ku masih menjadi guru..Hari Guru adalah hari yang tak dapat ku lupakan....kerana pengorbanan guru guru dihargai oleh anak anak murid. Masih ku ingat lagi aku banyak menerima jambangan bunga,.choklat dan tandamata....ada yang sampai kini masih ku simpan.Terima kasih anak anak muridku....mungkin kalau ketemu dijalanan sekarang...aku tak akan mengenali mereka tapi mereka mengenaliku...
Begitu juga dengan ku,,,,ku masih ingat dizaman persekolahanku dulu.Hari Guru adalah hari yang ku sukai kerana ada macam macam upacara disekolah..kami berhimpun didewan sekolah...suasana begitu meriah sekali...masih ku ingat lagi sehari sebelum hari guru aku meminta wang dari ibuku untuk membeli hadiah hadiah....aku menaiki taxi sendiri untuk ke Mall....pada hari guru itu dapat ku bayangkan betapa rapat hubungan yang terjalin...yang tak dapat ku lupakan aku menerima ciuman dari Cikgu Rahmah cikgu tingkatan satuku...sayang Cikgu!!
Masa begitu cepat berlalu....ada guru guruku telah kembali kerahmatullah...Al-Fatihah untuk Cikgu Jamaluddin,Cikgu Rahmah,dan Cikgu Suhaiba,semoga damai cikgu cikgu disana.Pengorbanan cikgu semua tetap ku kenang selagit hayat dikandung badan.
.

Thursday, May 15, 2014

MUHASABAH DIRIKU


Sesuatu yang Allah berikan
itu hanya pinjaman semata
termasuk suami dan nyawa kita.
.
untuk apa terlalu asyik dengan dunia
untuk apa dimegahkan dengan apa yang kita ada
kerana pada suatu ketikanya
kita akan dipanggil pulang
menemui pemilik nyawa kita.

tinggallah semua yang diberi pinjam
harta dan kekayaan yang ada
suami dan anak anak yang dikasihi.

hanya yang akan dibawa pergi
amal ibadah dan sedekah jariah

.

TEKANAN STRESS


15 REJAB 1435


Hari ini hari khamis 15 Mei bersamaan 15 Rejab...begitu cepat hari berlalu...sudah sampai kepertengahan bulan Rejab..Menurut kata Ustaz,sesiapa yang mendirikan solat sunat Rejab 30 Rakaat didalam bulan Rejab,Insya Allah akan dihapuskan dosa dosanya yang lalu dan diberi ganjaran pahala seperti berpuasa sepanjang tahun...Masya Allah. begitu tinggi ganjaran nya.
Ya Allah aku bermohon dari-Mu dalam kenikmatan kesihatan dan perlindungan.maka sempurnakanlah untukku kenikmatan,kesihatan dan perlindungan-Mu dunia akhirat...Aamiin Ya Rabbal Alamiin.

Tuesday, May 13, 2014

IBU


Kau umpama cahaya
yang menerangi hidupku
kasihmu tiada ternilai
tidak dapat dijual beli.

kau mendewasakanku
sakitku..sedihku kau peduli
sedihmu kau sembunyikan.

oh ibu.....
pengorbananmu ku hargai
kasih sayangmu tiada tolok bandingnya.
sayangnya..
kau sudah tiada lagi....
namun tidak pernah kulupa
tiap solatku namamu ku sebut
doaku untukmu selalu
damailah kau disana.

IBU...DAMAILAH KAU DI SANA.

Hari ini 13hb Mei..Dua puluh empat tahun telah berlalu begitu cepat, tanpa ku sedari Allahyarhamah ibuku telah terdahulu terpanggil menyahut panggilan Ilahi....kasih sayangmu dan pengorbananmu ibu tetap kukenang hingga keakhir hayat hidupku.Terima kasih kerana telah melahirkanku,membesarkanku dengan kasih sayangmu yg tulus ikhlas...
Walaupun ibu telah tiada...namun ibu tetap berada di dalam hatiku...namamu tetap kusebut disetiap kali solatku...selalu ku bermohon pada Allah semoga diampunkan dosamu  ibu ...dan rohmu dihimpunkan didalam golongan roh insan-insan yang beriman...Aamiin Ya Rabbal Alamiin.

Monday, May 12, 2014

BERKATA SHEIKH NURUDDIN BANJARI AL MAKKI


Seandainya Allah perlihatkan ganjaran pahala sakit kita,musibah kita...
seandainya kita lihat musibah itu.pasti kita akan ucap"Ya Allah berilah musibah itu
kepadaku seumur hidupku",

Sunday, May 11, 2014

KENANGAN SEMASA BERCUTI KE BRUNEI PADA 10HB MEI 2010 HINGGA 18HB MEI 2010

Pada 11hb Mei hari Jumaat, hari kedua ku diBrunei...diawal pagi lagi aku telah menghubungi teman sekolahku dulu Hj.Mohammad Damit.Sebelum itu di KL dia telah menghubungiku melalui handphone setelah lebih empat puluh tahun terputus hubungan.Tak ku sangka,dia pernah ke KL mencariku.Akhirnya kami dipertemukan.Sedang aku berangan angan,aku dikejutkan dengan suara garau seorang lelaki memberi salam.Aku pandang kesuara itu...kelihatan seorang lelaki berbaju melayu berketayap putih memberi senyuman padaku.Tentunya dialah insan yang ku ingin temui.Alhamdulillah sahabatku itu telah banyak berubah perwatakannya.Aku mengambil kesempatan diatas pertemuan ini, dengan memohon maaf diatas segala kesilapan yang ada semasa kami menuntut satu kelas  diSingapura..Masih ku ingat lagi...kami selalu bertengkar,diatas pertengkaran yang tiada siapa tahu puncanya.Sampai satu ketika aku pernah menangis kerana perbuatannya..dan pernah juga mengadu pada guru.Sesungguhnya semuanya menjadi kenangan manis dialam persekolahan.Alhamdulillah hajat ku ingin memohon maaf pada setiap kesalahanku kini terlaksana.Terima kasih sahabatku...doaku akan selalu mengirngi perjalanan hidupmu.Semoga Allah merahmati dan memberkati kehidupanmu sahabatku.
Pada petang hari Jumaat itu aku cuba mencari cucu saudaraku dari sebelah ibuku Hajjah Romnah Shamsuri yang berkahwin dengan Pengiran Abdul Rahman bin Pengiran Omarali.Aku ingin menyambung silaturrahim yang terputus sekian lama.Semoga aku dapat bertemu dengannya sebelum ku pulang ketanah air.

Keesokan pagi Bibi dan Shanti membawa ku ke Miri.kerumah Halipah teman FBku yang belum pernah ku temui.Bagai pulang kenegeri sendiri,aku dapat menghubungi anak anakku di KL...terubat rasa rinduku.Untuk kedua kalinya aku memijakkan kakiku di Miri....bandarnya bersih dan cantik...rumah Halipah berdekatan dengan airport.Dirumah Halipah,aku dijamu dengan laksa Sarawak...sungguh enak masakan Halipah.Sebelum pulang keBrunei,sempat kami membeli belah di bandarMiri...aku tak lepas peluang membeli kek Lapis Sarawak kegemaranku.Dalam perjalanan ke Brunei,kami sempat singgah minum di Kuala Belait.Disana kami menemui lagi Hj.Mohammad Damit. yang menjalankan perniagaan kedai makan di tepian sungai diBandar KB.disamping itu dapat juga bertemu dengan adik angkatku Mat Bon.Akhirnya malam ,baru sampai di Brunei,olih kerana kesesakan dalam perjalanan.Letih juga dengan perjalanan yang jauh..tapi terasa kepuasan dapat bertemu dengan insan insan yang ingin ditemui.Alhamdulillah.

Hari kelima  aku dijemput oleh Farida kerumahnya di Bengkurong.Tengaharinya Farida membawa ku ke Gadong menghadiri perjumpaan bekas pelajar TKSS.Dimajlis itu aku dapat bertemu dengan Hj Yusof Ladi,
Hj.Samat dan Hj Abd.Hakim.kesemuanya bekas pelajar TKSS.Gembira aku dapat bertemu dengan mereka.Pada malamnya aku dijemput kerumah Hj.Yusof Ladi di Sg.Kebun. alhamdulillah dapat ku mengenali isteri dan anak anaknya.Hj.Yusof menghantar kami pulang ke Bengkurong.Kebaikan hatimu akan ku kenang Hj.Yusof.Semoga Allah merahmatimu selalu.

Hari keenam..aku dapat bertemu dengan anak  saudaraku dan suami yang menetap di Kg.Mata Mata. Alhamdulillah melihat kebahgiaan nya..Malamnya sempat kerumah Hj.Wasil ...juga bekas pelajar TKSS.Aku dijamu dengan udang galah masak kari dan ikan terubok masin,sedapnya bukan kepalang...sampai kepagi rasa kenyangnya..Alhamdulillah.

Hari ketujuh,aku dijemput oleh Farida dirumah Bibi..pagi pagi lagi aku didatangi tetamu iaitu bekas pelajar TKSS iaitu Hj.Marali Tahir.Farida menjamu nasi goreng Bengkurong dan ikan susu yang sedap. Petangnya pula aku didatangi tetamu lagi iaitu pasangan suami isteri Pengiran Masnah dan suaminya.Pengiran Husin.Pertama kali ku bertemu dengan mereka bagaikan dah kenal lama..Mereka berdua ingin membawaku bersiar siar,tapi tak kesampaian kerana aku ada tetamu yang ingin bertemu,..iaitu guru sekolahku dulu Cikgu Aishah Laili.Terima kasih Cikgu kerana sudi bertemu denganku.
Petangnya,aku didatangi tetamu lagi iaitu
senior dariku semasa beajar dulu  Hj.Redwan.sempat kami bergambar buat kenangan.Malamnya aku dijemput oleh Hj Burhanuddin dan keluarga untuk makan malam.Hj.Burhan juga sempat menghantar ku kerumah Zaleha Rahmat..teman sekampungku dulu,yang terletak di Perumahan Lambak Kanan.Berbahgialah dirimu sahabatku...
.
Hari kelapan,hari terakhir ku diBrunei..gembira dengan percutian ku ....tetapi tak sabar rasanya hendak pulang ke KL..Bibi dan suami sempat juga menghantarku diairport.Terima kasih Bibi...Selamat Tinggal Brunei...Selamat bertemu lagi insan insan yang disayangi..panjang umur kita bertemu lagi...Insha Allah.














Saturday, May 10, 2014

KENANGAN DIHARI PERTAMA PERCUTIANKU DINEGARA BRUNEI DARUSSALAM.

Penerbanganku diawal pagi pada 10 Mei dua tahun yang lalu menuju ke Brunei Darussalam tetap menjadi kenanganku...dimana diawal pagi lagi aku telah bersiap untuk keairport yang terletak 60km dari kediamanku..semalaman aku tak lena tidur.Tak sabar rasanya menanti siang.Aku dihantar oleh anak lelaki sulongku keairport.Sesampainya diairport...semua urusan ku urus sendiri.Didalam penerbangan,aku teringat pada anak anak yang ku tinggalkan.Alangkah bahgia kalau mereka turut bersama.Dalam terkenang kenang itu,aku terlena..kira kira dua setengah jam...sampailah penerbanganku kebumi Brunei Darussalam.Ini merupakan kali kedua aku memijakkan kaki ke Brunei.Dalam hatiku berdoa semoga Allah permudahkan semua urusanku dan percutianku dilindungi oleh Allah s.w.t.
Setelah urusan selesai...dari jauh aku melihat teman FBku Bibi Noor Hati melambaikan tangan  kearahku.Alhamdulillah sudi dia menjemputku.Aku dibawa kerumahnya yang terletak tidak jauh dari airport,dapat ku lihat permandangan deretan rumah rumah di Brunei...rumah rumahnya besar dan tersergam indah...setiap rumah kebanyakannya mempunyai tiga atau empat buah kereta.Sesampai dirumahnya aku dikenalkan dengan ahli keluarganya,kebetulan suami Bibi merupakan teman sekolahku semasa di Singapura dulu.Tengaharinya aku dibawa ke Bandar Gadong...suasana dibandar itu tidaklah sesibuk suasana diKL.Setiap bangunan nya terpampang tulisan jawi.Aku dibawa oleh Bibi kepusat membeli belah...Bibi menghadiahkan sehelai tudung yang cantik.Aku suka akan pemberian darinya.Terima kasih Bibi.
Pada petang harinya aku dibawa oleh anak sahabatku Nazmi dan temannya Hafizah Kaye keKg.Air.Cantik sungguh permandangan di Kg.Air..sungguh sibuk pemandangannya,banyak bot bot yang membawa penumpang yang pulang dari kerja.Tak ku sangka mereka membawaku menaiki bot kerumah abangnya.Itulah pengalaman pertamaku menaiki bot di Kg.Air.Bot dibawa begitu laju bersama angin yang bertiup kencang..seronok bercampur takut bersilih ganti dihatiku.Berdoaku pada Yang Maha Esa semoga diberikan keselamatan.Hafizah dan Nazmi begitu prihatin padaku,tanganku dipimpin turun dari bot.Terima kasih Hafizah dan Nazmi,Di Kg.Air,aku disambut oleh ahli keluarganya dengan ramah tamah.Lebih mengembirakan lagi,aku dapat bertemu dengan cucu sulong sahabatku.Hampir senja baru kami pulang,sekali lagi aku dibawa oleh abang kepada Nazmi dan isterinya menaiki bot...kali ini hatiku tak berapa takut,tapi gembira dapat melihat permandangan Masjid Jamek yang tersergam indah dan kawasan istana.Sejam selepas itu aku sampai dirumah sahabatku Bibi yang terletak diPerumahan Lambak Kanan,alhamdulillah selesai sudah percutian ku dihari pertama di Brunei.

Friday, May 9, 2014

PUISI BUAT SAHABAT

Sahabatku..
begitu mudah kau lupakan
melupakan kenangan bersamaku.

Ingatkah kau
dimalam tak berbintang
kita habiskan malam
dengan bercerita tentang kehidupan.
berbagi cerita tentang rona kisahmu.
bercerita tentang hati dan perasaan
hingga kau basahi pipimu dengan airmatamu.
lupakah kau sahabatku.

Ku Curah Kasih Dalam Lagu - Sharifah Aini

Wednesday, May 7, 2014

KU POHON DOA BUATMU.

Malam terus merambat..meski lambat semakin mengikat erat,,merangkum hati dalam rindu yang menghebat,Angin menyentuh sanubariku,,sepi seakan tahu yang rinduku yang tiada terperi.Mata ini terus terpejam..cuba memeluk bayanganmu dengan kasih yang mendalam.Tanpa terasa airmata ini meluruh titis demi titis telah jatuh membasahi pipiku,Duhai insan yang ku kasihi...kau anugerah dari ilahi...hatiku ini penuh pengharapan..semoga Allah selalu melimpah rahmat-Nya kepadamu...dijauhkan dari persoalan yang menghilangkan senyumanmu.Aamiin Allahumma Aamiin.

Tuesday, May 6, 2014

HADIS RIWAYAT BUKHARI MUSLIM




Orang yang paling baik diantara kalian adalah
orang yang paling baik terhadap isterinya.

Monday, May 5, 2014

BERSABAR DUHAI HATI

Bersabar memang berat
menahan emosi tak selalu boleh
namun begitu besar ganjaran dari Allah s.w.t.

Sunday, May 4, 2014

HADIS RIWAYAT HADIS MUSLIM



Allah s.w.t. datangkan guruh dan hujan
kerana setelah itu
Allah ingin hadiahkan pelangi buat kita.

Friday, May 2, 2014

PESANAN SAIDINA UTHMAN IBN AFFAN

Risau dengan dunia
adalah kegelapan bagi hati.
sebaliknya
risau dengan akhirat
adalah cahaya bagi hati.

Thursday, May 1, 2014

DOAKU


Ya Allah..
layarkan aku kearah cinta-Mu
tuntuni aku menggapai redha-Mu
berikanku secebis keinsafan
bekalan sepanjang perjalanan
mencari ketenangan..

biarkan Kau menjadi saksi
tulus tangisku dikala dini hari
kesempatan yang hanya sebentar
moga keikhlasanku terlakar.

berikanku hidayah Ya Allah
agar dikuatkan iman yang lemah
agar diberkati hidup ini
menuju alam bahgia yang kekal abadi
Aamiin Ya Rabbal Alamiin.