Wednesday, April 30, 2014

BICARA BUAT KEKASIH

Bermusim kutinggalkan pelabuhan sepi
bersama sebuah sinar harapan
hadirmu bagai seraut pelangi
menerangi kelam dihati ini.

Tiada kata secantik bahasa
untuk kubermadah buatmu
Tiada gambar secantik lukisan
untuk kupamer rasa hatiku.

Cerah dilangit tak sampai kepetang
ribut melanda ditengah hari
sejuta onar pasti mendatang
segunong ombak pasti menghempas
namun aku tetap setia
setia denganmu
bersama kita kepenghujung senja
hingga Allah menjemputku pulang.

Tuesday, April 29, 2014

PANTUN BERKASIH SAYANG









Anak wayang hidup dijulang
cantik pintar layaknya ratu
adik sayang abang nak pulang
abang dihantar kemuka pintu.

Angin menderu ribut menganas
rama rama jatuh melayang
bara cemburu terasa panas
semakin lama semakin sayang.

Layang layang burung di gua
air liurnya pelekat sarang
kasih sayang setia di duga
keramat cintanya tuan seorang.

Sunday, April 27, 2014

PANTUN WAKTU












Terbang kelkatu bagaikan dewa
didaun semalu banyak meniti
hargai waktu bagaikan nyawa
sesaat berlalu tak akan berganti.



Bunga kaduk diatas batu
takda duri berbentuk bulat
jagalah wuduk setiap waktu
terasa diri didalam solat.

Saturday, April 26, 2014

HADIS NABI









Tanda seorang hamba semakin dekat dengan Allah
ialah
semakin baik tutur katanya.

Friday, April 25, 2014

Thursday, April 24, 2014

BERKATA USTAZ KAZIM ELIAS

Ingatlah dua perkara:
kebaikan orang lain pada kita
dan kesalahan kita pada orang lain.

Lupakan dua perkara:
kebaikan kita pada orang lain
dan kejahatan orang pada kita.

Tuesday, April 22, 2014

PERCUTIAN DISINGAPURA 10HB APRIL HINGGA 22HB APRIL 2014.





Hari ini 22hb April aku dan Ain akan pulang ke Mysia....alhamdulillah percutianku kali ini  benar benar membahgiakan hatiku.Bersyukur kerana aku dapat menziarahi kakakku yang sakit dan bertemu dengan adik adik angkatku Rubiah Md,Ali,..Puan Katina Lim, Nor'aini Pawanchee dan sahabat sahabat lamaku Junainah Basiran dan Salmah Ismail.serta  jiran lamaku Saadah Ab,Ghani..Berat rasanya hendak ku angkatkan kakiku untuk meninggalkan mereka. Tetapi aku tetap akan melangkah jua.Bersyukur sebelum  pulang aku dapat bertemu dengan seorang lagi sahabat lamaku Mahani Jasin dan suami yang dalam perjalanan pulang ke JB..Mereka menumpangkan aku dan Ain ke Johor Bahru.Alhamdulillah.
Walaupun pertemuanku dengan Mahani  hanya dalam kereta.tetapi aku bahgia dapat bertemu
dengannya.Kami hanya berbual disapanjang perjalanan...tanpa bertentang mata kerana Mahani sibuk memandu keretanya.Mahani masih ramah seperti yang ku kenal dulu.Aku bahgia berbual dengannya.Nasib baik perjalanan menuju ke Johor Bahru tidak sesak pada petang itu...dapatlah aku menaiki bas express petang ini juga menuju ke Kuala Lumpur.

Sesampainya kami di Hentian Larkin Johor Bahru...hujan turun dengan lebatnya..seolah olah membayangkan kesedihan hatiku untuk meninggalkan sahabat sahabatku yang disayangi.Selamat berpisah sahabat sahabatku...doaku mengiringi perjalanan hidup anda semua....semoga kita dibawah rahmat Allah selalu....Aamiin Ya Rabbal Alamiin.

Serangkap pantun untuk sahabat sahabatku sayang..
.
Pucuk lada jatuh melayang
jatuh merata ditepi perigi
kalau ada rezkiku sayang
dapatlah kita bertemu lagi.

Monday, April 21, 2014

HADIS RIWAYAT BUKHARI MUSLIM





Sesungguhnya saat yang paling dekat antara seorang hamba
dengan tuhannya adalah kita ia sedang bersujud.

Sunday, April 20, 2014

SAHABAT LAMAKU

Ku panjatkan syukur kehadrat ilahi kerana dengan ketentuannya juga aku dipertemukan kembali dengan sahabat lamaku semasa ku belajar di singapura dulu.Salmah Ismail...itulah nama sahabatku...selama empat puluh satu tahun aku mencarinya...didunia nyata dan dialam maya tidak ku jumpa..tapi sedikit pun hatiku tiada
putus asa mencarinya.akhirnya dengan izin Nya aku dipertemukan kembali pada 12hb April yang lalu..terima kasih Sal..kerana masih sudi menjadi sahabatku....kenangan bersamamu semasa kita belajar bersama sama dulu masih segar dalam ingatanku.Tetap menjadi nostalgia dalam hidupku.
Betapa gembira lagi aku dapat mengenali suami dan anak nya. .....alhamdulillah nasib dan perjalanan hidupnya bahgia.Kebahgiaan nya ku rasa bagai kebahgiaan ku juga.Semoga kebahgiaan itu berkekalan hingga akhir nanti.Insya Allah.Aamiin Ya Rabb...
Walaupun kini aku terpisah jauh darinya,aku akan tetap ingat padanya..aku akan terus menghubunginya..semoga persahabatan yang terjalin tetap berpanjangan dan berkekalan .Aamiin Allahumma Aamiin.

Saturday, April 19, 2014

HADIS RIWAYAT BUKHARI MUSLIM

Barangsiapa yang tidak mensyukuri yang sedikit
maka
ia tidak akan mampu mensyukuri yang banyak.

Friday, April 18, 2014

PANTUN MERINDU









Basah kuyup berdiang keapi
kering juga kain dan baju
bayu bertiup menyentuh pipi
kasih menyapa membawa rindu.

Ditepi kolam menjual berangan
berangan dari Indera Kayangan
siang malam menggapai kenangan
kesana kemari dalam bayangan

Bunga teratai kembang sejambak
pohon selasih ditepi hulu
setia pantai kerana ombak
setia kasih saling merindu..

Batu bata diangkat berat
daun selasih banyak dirimba
hati cinta rindu memberat
menanti kekasih tak tiba tiba.




BERCUTI KEBATAM INDONESIA


Rabbani-Kerlipan Cinta

Thursday, April 17, 2014

MERINDUIMU

Hatiku terluka kerinduan
mencari wajahmu disebalik mata
hatiku kusut kesepian
tanpa kehadiranmu disisi

telah kuteroka segala rahsia
walau mendung menunjukkan hampa
telah kumenoktahkan dalam lena
walau mentari muncul bahgia

kemana harus kutuju
segala rindu mencengkam jiwa
kemana harus kumengadu
segala cinta didalam kalbu.

dapatkah aku menemuimu
dalam  lena tiap tidurku
dapatkah aku mengapai tanganmu
dalam igau tiap mimpiku.

Wednesday, April 16, 2014

TIITISAN MALAM






Ya Allah..
berdetik jantungku menyebut nama-Mu
tenang dan damai dalam kalbuku
sedingin sinar embun pagi
Indahnya tak dapat kugambarkan lagi
lebih tenang dari pantai yang sunyi
lebih damai dari taman yang wangi.

Monday, April 14, 2014

KATA USTAZ

















Jika kita menjaga hubungan kita
dengan Allah..
InsyaAllah..
Allah juga akan menjaga
hubungan kita dengan manusia.

Sunday, April 13, 2014

HADIS RIWAYAT BUKHARI

Barangsiapa dikhendaki Allah
menjadi orang yang baik
maka
Allah memberikan kepadanya
ilmu pengetahuan.

Saturday, April 12, 2014

BERLABUH SENJA

Kusingkap tabir rasa
kuintai rona jingga
yang setia menemani senja
walau hadirnya seketika cuma

berlabuhlah senja
malam menjelma
ku gapai tenang jiwa
sujud pada Mu ilahi.

Friday, April 11, 2014

BERKATA IMAM AHMAD IBU HANBAL.






Manusia lebih memerlukan ilmu dari makanan
makanan diperlukan dua atau tiga kali dalam sehari,,
tetapi ilmu diperlukan selama2nya..

Thursday, April 10, 2014

PERJALANANKU KESINGAPURA MENAIKI KERETAPI PADA 10HB APRIL 2014.

10 April 2014..tepat jam 12 tengah malam..keretapi yang kunaiki bersama Ain memasuki causeway link..alhamdulillah ..kami hampir tiba kedestinasi ,terima kasih Allah kerana melindungiku dan anakku dalam perjalanan.Perjalanan memakan masa yang agak lama.Keretapi yang ku naiki bertolak dari Station Wakaf Baru di Kelantan  pada jam 6pagi sampai di Woodlands Singapura pada jam 12.20 pagi 11hb April.Malas aku nak kira berapa jam..yang nyata aku terfikir memang terlalu lama.Sakit pinggangku tak dapat dikata lagi.nasib baiklah aku ada membawa bantal kecil yang ku letakkan dibelakang badanku...dan aku ada membawa bersama dua buah buku novel yang dapat  menghilangkan kebosananku dalam perjalanan.Selain dari itu gelagat pasangan mat salleh didepanku menghiburku.
Setelah melepasi pemeriksaan Imigresen...aku baru sedar waktu itu telah tiada perkhidmatan LRT atau bas.Aku tiada pilihan lain..selain menaiki taxi terus ke Bedok Reservoir kediaman abang kandungku.Dua puluh minit sampailah aku.Ku lihat meter didepan taxi ...SGD20 .ditambah extra charge,.Jadi semuanya SGD30 dollar...aku memandang Ain,.tanpa berkata apa apa....Aku terpaksa membayar dengan wang dollar Brunei yang ada dalam simpananku.Dollar Singaporeku tidak mencukopi untuk ku membayar tambang taxi itu.
Sesampai ku didepan pintu kediaman abangku...kusangka dia sudah dibuai mimpi...tapi rupa rupanya dia menantiku.Kesian abangku....aku telah menganggu masa tidurnya.Lebih terharu lagi esok jam 6 pagi abangku sudah hendak bertugas dikapal.Kesian dia...
 Percutianku dan Ain  ke Singapura...semata mata ingin menziarahi kakak sulongku yang sakit selain dari itu dapatlah ku berkesempatan bertemu dengan sahabat sahabat lamaku dan sahabat sahabat FBku.yang telah ku anggap sebagai adik adik angkatku.Menjalinkan silatulrahim memang jadi amalanku sejak dulu lagi.Aku tak dapat pejamkan mata hingga kepagi....tak sabar rasanya hendak bertemu dengan insan insan yang kusayangi dan dirindui.Kalau dapat ku cepatkan masa telah kulakukan.Terbayang bayang diruang mata wajah wajah insan insan itu....duhai masa cepatllah kau berlalu.

Wednesday, April 9, 2014

9HB APRIL.-TARIKH KERAMAT

Pintu subuh yang mula terbuka..kucari rahmat Mu dicela cela doa yang tak pernah usai. Terima kasih Allah kerana Engkau masih mengizinkan aku bertemu dengan tarikh ini, 9hb April.tarikh keramat yang tak akan kulupakan.Moga dengan izin Mu jua aku dapat kembali lagi ditarikh ini pada tahun depan.Supaya aku dapat bersyukur akan setiap anugerah Mu.Alhamdulillah...terima kasih Allah.

Tuesday, April 8, 2014

MEMORI KASIH








Cinta yang kau beri
begitu indah..
sehingga aku tak merasakan
keperitan hidup ketika berjauhan..

kerana cintamu bagai selimut
yang mendakap erat jiwa ini saban waktu..

kau bisikan acapkali kata kata mutiara
agar aku tidak lupa..
tidak sesat dalam perjalanan..

Monday, April 7, 2014

BILA USTAZ BERKATA

Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah.
maka Allah akan menunjukkan kepadanya
jalan keluar dari kesusahan,
dan diberikan rezki dari jalan yang tidak
disangka sangka,
dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah
nescaya Allah mencukupi keperluannya.

Sunday, April 6, 2014

BERKATA USTAZ

Jangan pernah menyesali satu hari pun
dari hidup kita
kerana semuanya adalah perancangan dari Allah.

Saturday, April 5, 2014

BERSEDIA MENERIMA UJIAN

Awan putih berlangitkan siwarna biru,menambahkan keindahan alam semula jadi.Kecantikan alam yang tiada taranya menyaksikan pelbagai acara pementasan hidup yang beraneka gaya.Maha suci Allah yang menciptakan manusia yang menciptakan manusia begitu juga makhluk Allah yang lain yang turut memenuhi pelusuk bumi.
Alhamdulillah kita masih bernyawa..masih dapat menunaikan segala perintahNya.akur dengan ketentuan illahi walaupun penuh dengan pancaroba.Seringkali hidup dicabar dan diuji.namun kita hendaklah  tabah dengan pertolongan Allah s.w.t.
Serahkan diri padaNya.tadahlah tangan dan pohonlah keampunan dariNya..berdoalah dengan penuh harapan agar diampunkan segala dosa dosa yang lalu.Biarlah airmata sepi menjadi saksi yang kita takut kepadaNya.Beristighfarlah kerana banyak hikmah terkandung disebalik makna makna yang diucapkan.
Berdoalah kerana dengan doa Allah akan mendengar segala keluhan kita.Sucikan hati dan rawatlah jiwa dengan ayat ayat Al-Quran yang telah diutuskan kepada hamba hambaNya.

Friday, April 4, 2014

BERKATA USTAZ

Apabila kita redha pada sesuatu
yang mengecewakan hati kita
maka percayalah Allah
akan mengantikan kekecewaan itu
dengan sesuatu yang tidak disangka.

Thursday, April 3, 2014

BERKONGSI ILMU



Yang paling jauh dengan kita adalah kenangan lama
dan yang paling dekat dengan kita adalah Allah.

Tuesday, April 1, 2014

DATO FADZILAH KAMSAH

Sesiapa yang menempuh satu jalan
kerana mencari ilmu..maka
Allah akan memudahkan baginya
jalan ke syurga.