Terpilih untuk menjadi tetamu Allah (Duyufur Rahman) adalah sesuatu yang diimpikan oleh semua umat islam kerana ia merupakan Rukun Islam yang kelima.Alhamdulillah aku adalah diantaranya yang terpilih untuk menjadi tetamuNya pada musim haji tahun 1438H.Berakhirlah penantianku selama 10 tahun...Alhamdulillah.
Banyak pengalaman yang ku dapati sepanjang 46 hari berada di Tanah Suci.Sebelum keberangkatanku,aku tidak putus-putus berdoa semoga aku dipertemukan dengan teman- teman sebilik yang baik,dan bertolak ansur.Syukur alhamdulillah Allah telah kabulkan doaku.Di Madinah.aku mendapat teman-teman yang baik,kami sama-sama pergi ke Masjid Nabawi dan solat bersama- sama.Makan bersama sebagai satu keluarga.Yang tak kulupa kami berpuasa bersama-sama menyambut ketibaan bulan Zulhijjah.Kami sama-sama ke Dataran Masjid Nabawi,berbuka puasa bersama jemaah dari negara lain.Alhamdulillah.
No comments:
Post a Comment