Friday, September 8, 2017

DITAHAN WARD HOSPITAL SERDANG

Awal pagi aku telah pergi keklinik Kesihatan Bandar Sri Putra kerana batuk ku yang taksembuh-sembuh sejak berada di Mekah lagi..Dikaunter pendaftaran aku ditahan dan dibawa ketempat korantin..kerana disyaki mendapat virus MERS-COV.Setelah melakukan ujian darah.aku dibawa ke Hospital Serdang dan dimasukkan ke ward ICU kerana ada jangkitan kuman.Aku mengikut sahaja
,Yang penting aku ingin sehat sepenuhnya.
Bermacam macam ujian dilakukan keatasku,sampai bengkak dan lebam kedua dua tanganku.Yang paling ku kesihankan Ain yang terpaksa menjagaku dengan keluar masuk keward dan malam hari terpaksa tidur dikerusi.Sempat ku pandang keletihan wajahnya.Kesian Ain.
Akhirnya dalam masa lima jam kemudiannya,keputusan ujian didapati membuktikan aku bebas dari jangkitan virus merbahaya itu....Alhamdulillah...dan aku dikhendaki berada diward sehingga jangkit an sudah tiada lagi dengan memasukkan ubat antibiotik.

No comments:

Post a Comment