Cuaca Di Mekah terlalu panas.ramai jemaah berulang alik ke Masjid diwaktu siang menempuh cuaca yang panas,berjalan kaki beramai-ramai untuk mengerjakan solat zohor dan asar. Aku hanya mampu mengerjakan solat fardu dan asar di surau didalam bangunan TH.
Ramai jemaah yang mengalami batuk berpanjangan.Termasuk juga diriku.Minggu kedua berada di Mekah,aku mengalami batuk,terpaksa meminta rawatan di Klinik yang disediakan.Bila keluar bilik aku terpaksa memakai topeng muka.Sebelum batuk,aku mengalami sakit tekak dan sakit kepala.Oleh kerana batukku tiada kurangnya,aku membuat rawatan susulan..Hanya padaMu ya Allah aku memohon kesembuhan,berilah aku kesihatan yang baik....Aamiin.
No comments:
Post a Comment