Thursday, August 31, 2017

MABIT DIMUDZALIFAH

Pergerakan ke Mudzalifah untuk mabit disana bermula selepas asar pada 9 Zulhijah.Kami bergerak berperingkat-peringkat dengan menaiki bas.
Di Mudzalifah kita disunatkan mengutip batu- batu kerikil.Kami bermalam disana hanya buat seketika sahaja.Lepas tu akan berangkat ke Mina.kami terpaksa beratur panjang untuk menaiki bas.Jarak dari Mudzalifah ke Mina hanya 7 km sahaja.tetapi memakan masa untuk sampai ke Mina oleh kerana kesesakan jalan raya.
Kami beratur panjang untuk menaiki bas...dan berebut-rebut menaikinya ..satu pengalaman baru...disini memerlukan kesabaran yang tinggi.DiMudzalifah,aku habiskan masa yang singkat itu dengan berzikir dan membaca quran..sayangnya tidak dapat mengerjakan solat sunat kerana keadaan tempat duduk yang sempit.Duduk bertafakur dengan beralaskan tikar hijau dan membumbungkan langit yang membiru.

No comments:

Post a Comment