Sunday, July 2, 2017

PERSIAPAN SEBAGAI TETAMU ALLAH.

Beginilah keadaan kami nanti dalam mengerjakan ibadah haji..suasana di Padang Arafah,berhimpun di Mudzalifah,berkhemah di Mina serta lakukan Tawaf dan Saie sangat mencabar fizikal dan minda kami.Semuanya memerlukan tenaga dan kekuatan serta kesabaran.Setiap jemaah pasti diduga dengan ujian yang berbeza.
Antara perkara yang menarik ialah aku tidak sabar untuk melontar pada hari ke 10 Zuhijjah.Aku begitu teruja ,inilah pengalaman pertama aku melontar jamrah.

Pengalaman ini pasti menjadi kenangan manis dalam kehidupan kami.
Semasa tawaf dan Sae tentunya mengambil masa yang panjang kerana dataran kaabah dan kawasan Safa dan Marwah dipenuhi dengan lautan manusia.Langkah kami amat kecil,ada kalanya berhimpit2 sesama jemaah.Disini tentulah memerlukan kesabaran yang tinggi.

Setibanya di Mina nanti,dikatakan kami akan ditunjukkan khemah masing2 mengikut  KT dan Maktab.Disini saiz khemah agak kecil jika dibandingkan dengan di Arafah.Kami diminta berihat dan menunggu arahan melontar.Jemaah Malaysia diminta tidak pergi melontar pada waktu siang.
Suasana diMina sangat ceria,kerana pada waktu malam disepanjang jalan dikhemah terdapat pelbagai gerai cendera hati.Barangan dijual dengan harga yang murah jika dibandingkan dengan di Madinah dan Mekah.

DiMudzalifah nanti tentunya ramai jemaah berkumpul dan bermalam disana.aktiviti malam hari mengutip batu2 kecil,berzikir dan membaca Al-quran.dan mengerjakan solat-solat sunat...kami akan duduk berlantaikan tanah yang dialas dengan tikar plastik hijau yang dihadiahkan oleh Tabung Haji.Ramai-ramai berbumbunkan langit.Tentunya hati akan terasa sebak dengan perhimpunan manusia bagaikan di Padang Masyar.

Pengalaman pertama pergi menunaikan haji amat berbeza  dengan mengerjakan umrah.Menjadi harapan bagi setiap jemaah haji untuk mendapatkan haji yang mabrur.kerana ganjaran haji yang mabrur adalah syurga.Menurut kata ustaz,antara tanda-tanda haji yang mabrur adalah amalan kita lebih baik daripada sebelumnya iaitu selepas pulang dari mengerjakan haji.


Semoga semua ibadat haji dapat kulakukan dengan sempurna dan mendapat haji yang mabrur...Aamiin Allahumma Aamiin.

No comments:

Post a Comment