Monday, July 24, 2017

BERANGKAT KE MEKAH

Pagi yang syahdu aku ditemani oleh Ain ke Komplek Tabung Haji Kelana Jaya..perjalanan sejauh setengah jam itu membuat hatiku resah tak menentu.Sedih,sebak dan bersyukur menjadi satu.Sebak kerana nak berpisah dengan insan insan yang disayang dan bersyukur kerana akan diterima menjadi tetamu Allah.Sesampainya disana aku lihat ramai jemaah dari seluruh negara berhimpun bersama keluarga dan sanak saudara masing masing.Aku mengambil tempat..dan duduk bersama Ain.Sedih juga bila melihat jemaah lain yang berhimpun bersama sanak saudara.Tanpa ku duga aku mendapat berita kedua orang anakku akan datang untuk mengucapkan selamat jalan padaku.Alhamdulillah itu lah juga doaku pada malam tadi sebelum tidur.

Setengah jam kemudian anak dan cucuku pun tiba.Kebahgiaan yang kurasakan pada detik itu hanya Allah yang tahu.Setelah semua urusan penyerahan bagasi selesai...sampai detik nya aku dipanggil kedewan perpisahan.Setelah bersalaman dan bermaaf2an,aku pun beredar sambil menarik beg kedalam dewan.Aku menoleh kearah mereka yang akan ku tinggalkan dengan rasa sebak...air mata tetap membasahi pipiku..walaupun puas kutahan.Ku lihat Ain terasa sedih,terpancar jelas diwajahnya.Doaku dalam hati semoga Allah menjaga zuriatku yang kutinggalkan...Aamiin.

Kami memasuki sebuah dewan...setelah mendengar taklimat dari pegawai TH.Majlis keberangkatan Jemaah Haji ke Mekah tahun 1438H itu dirasmikan oleh Yang Berbahgia Dato Sri Najib dan isteri.Aku dapat bersalaman dengan Datin Rosmah.Itulah detik pengalamanku yang pertama.


No comments:

Post a Comment