Wednesday, September 20, 2017

Rabbani - Pergi Tak Kembali

KAU TELAH PERGI KAKAK

Awal pagi lagi aku telah bersiap-siap kerumah anak saudaraku untuk menghadiri upacara perkebumian jenazah kakakku.Aku mengenakan baju jubah putih dan berjibab putih....kesedihan  hatiku hanya Allah yang mengetahui...

Jam 12.45 tgh hari,jenazah tiba dari Hospital..kesedihanku bertambah lagi bila jenazah diusung kedalam rumah.Ramai sanak saudaraku datang berkunjung memenuhi ruang tamu kediaman anak saudaraku.

Aku bersama anak dan cucu kakakku membantu memandikan jenazah.Bagiku itulah khidmatku yang terakhir pada kakakku.Tak putus2 ku panjatkan doa buat arwah....Semoga Allah ampuni semua dosa-dosanya semasa hayatnya...Aamiin.
Aku turut menghantar jenazah kekuburan bersama keluarga dan sanak saudaraku.Selamat menemui yang Maha Pencipta kakak...Semoga rohmu tenang dan damai dialam sana....Al-Fatehah buat kakakku Hjh.Habibah yang ku sayangi.

Tuesday, September 19, 2017

PERKHABARAN DUKA

Dipagi yang syahdu,aku mendapat perkhabaran duka...kakak keduaku kritikal di ICU di Hospital Singapura.Aku bergegas cuba pulang untuk menziarahinya.Atas bantuan anak sulongku.aku mendapat tiket bas express untuk pulang ke Singapura pada malam itu juga.

Aku dihantar oleh Ain keTerminal Bersepadu Bandar Tasik Selatan.Kami dengan menaiki komuter.

Jam 1.05 pagi aku menaiki bas sendirian.Ain pulang kerumahku dimalam itu.

Jam 6.00 pagi aku tiba di Hentian Larkin Johor Bharu.Setelah melepasi pemeriksaan Imegresen....aku sampai di Singapura.Sepanjang perjalan,aku tak putus-putus berdoa agar Allah permudahkan semua urusanku dapat bertemu dengan kakakku yang telah lama tidak ku temui.

Bersama anak saudaraku Aisyah,aku ke Hospital,terkedu aku melihat keadaan nya.Tiada lagi pelukkan mesra ketika bersua,tiada lagi gurauan senda ku terima darinya.Aku hanya menitiskan air mata,segera aku membacakan surah yassin padanya...sambil menyentuh jari jemarinya Aku panggil nama kakakku,berulang kali,kulihat dia membuka matanya..ku cium dahinya tanda kasih sayangku padanya.

Sebelum ku meninggalkan ward ,aku terasa seakan aku tidak akan kesitu lagi.Berat kakiku melangkah pergi....aku redha dan pasrah atas apa yang terjadi...

Malam itu juga kuterima khabaran kakakku telah pulang menemui yang Maha Pencipta.
Selamat berpulang kakak...semoga Allah permudahkan urusan persemadianmu diesok hari...Aamiin.