Wednesday, July 26, 2017

TEMAN SEBILIK DIHOTEL MADINAH



TAMAN RAUDHAH

Raudhah terletak diantara mimbar dengn makam Rasullullah.Ibn Hajar Al-Asqalani mengatakan bahawa disinilah tempat seharusnya perbanyak berdoa kepada Allah.

Selain dari Raudhah,sudah tentulah keistimewaan Masjid Nabawi adalah lokasi Makam Rasullullah s.a.w..Makan Rasullullah s.a.w ditempatkan didalam kawasan yang mempunyai kubah berwarna hijau didalam kawasan Raudhah.

Disisi makam Rasullullah s.a.w. ialah makam dua sahabat karib baginda iaitu Khalifa Abu Bakar As-Siddiq r.a. dan Khalifa Omar Al-Khattab r.a.

Tuesday, July 25, 2017

TIBA DIMADINAH.

Alhamdulillah kami selamat tiba di Lapangan Terbang Jeddah pada jam 8.00 malam waktu Madinah.Penerbangan mengambil masa selama 8 jam.Semua urusan Imigresen berjalan dengan lancar.Kami dibawa menaiki bas menuju ke kota suci Madinah,dan ditempatkan di Hotel An Anwar Movenpick.yang terletak  tidak berapa jauh dari Masjid Nabawi.
Setelah menurunkan bagasi,kami dibawa kebilik masing- masing..Keadaan bilik seakan Hotel 5 bintang,dilengkapi dengan keperluan.begitu memuaskan hati.Aku berkongsi bilik dengan 6 orang jemaah yang datang dari berbagai negeri.Setelah berkenalan dengan teman2 sebilik dan berkemas barang masing2.Kami sepakat turun kebawah menuju ke Masjid Nabawi.
Pertama kali aku menjejakkan kaki ke Masjid Nabawi,tiba2 hatiku merasa hiba dan sedih,tak dapat ku ungkapkan dengan kata kata.Terasa amat bersyukur kerana dapat mengerjakan solat di Masjid Nabawi ini yang mana pahalanya 10.000 kali ganda..Masya Allah.