Sunday, January 24, 2016

BERTEMU SAHABAT2 TKSS

Seperti yang dijanjikan aku ke Joo Chiat Road dimana letaknya Restourant Hajjah Maimunah tepat pada jam 5 petang.Tak sabar rasanya hendak bertemu dengan sahabat-sahabatku yang sama-sama bersekolah di Sekolah Menengah Teluk Kurau.Hampir empat puluh lima tahun tidak berjumpa.Satu jangka masa yang lama.Sudah tentunya semuanya telah menjangkau usia senja.

Bersyukur kerana masih dilanjutkan usia oleh Allah dapat ku bertemu denga mereka.Terima kasih pada sahabat-sahabatku Junainah Basiran,Salmah Ismail,Noraini Khalil,Jamaliyah Bajuri,Sapiah Mohd,HarinahJohari dan Khamisah Sajat.Pertemuan dipetang itu sangat-sangat membahgiakan ku.Semoga kita dapat berjumpa lagi sahabat-sahabatku....Aamiin.

No comments:

Post a Comment