Tuesday, January 19, 2016

BERTEMU SAHABAT LAMAKU DISINGAPURA

Sahabatku Salmah Ismail bersama anaknya Zul datang menjemputku dirumah abangku di Bedok Reservoir.Terasa kagum atas kesetiaan sahabatku memandu dari Jurong hingga ke Bedok,satu perjalanan yang agak jauh bagiku.Bersyukur kerana aku masih punya seorang sahabat sebaik dia. Semoga kebaikan nya sekeluarga mendapat balasan dari Allah taala.

Aku mengikut saja kemana dibawa oleh sahabatku.Rupanya aku dibawa ke Jalan Sultan.Aku rasa bersyukur mendapat kesempatan solat di Masjid Sultan yang baru dibaik pulih.Kagum atas keindahan didalam masjid itu.Selepas itu mereka membawa aku ke Food Court di Beech Road.."Kita makan sup tulang hari ini..aku ikut saja walaupun aku tak makan menu yang disebut oleh sahabatku itu.

Selepas kami berbual- bual dengan kisah-kisah lama.Aku rasa bahgia dengan pertemuan ini dan harap akan berkekalan sehingga nanti...Aamiin .

No comments:

Post a Comment