Awal pagi khamis aku telah melangkah kakiku ke Institute Kanser Negara.Appoinment pada pukul 9.30 pagi.Sesampainya ketempat yang dituju,orang ramai telah memenuhi ruang legar Hospital tersebut,Aku terus beratur untuk membuat pendaftaran.Setelah urusan pendaftaran selesai..aku terus menuju ke Unit onkology.
Di unit tersebut oarng ramai duduk menunggu.Aku mengambil tempat dibelakang sekali.Sementara menunggu nomborku dipanggil aku mengisi masaku melihat hp ku. Aku melihat dikelilingku orang ramai yang terdiri dari berbagai bangsa duduk bersandar disofa dan ada yang tertidur
Lebih kurang satu jam aku menunggu,aku mendengar nomborku dipanggil.Aku terus menuju ke bilik No 13.Aku dikhendaki menimbang berat badanku dan mengambil bacaan tekanan darahku.Berat badanku 61.0 kg,dan bacaan tekanan darahku 115/75.
Aku terus menunggu masa,nomborku untuk dipanggil sesi bertemu doktor pula.Debaran hatiku semakin tinggi..ingin segera mengetahui keputusan ujian darahku yang diambi pada minggu lalu.
Lebih kurang satu jam selepas itu,nomborku dipanggil.Aku terus menuju kebilik 10.Aku mengetuk pintu dan memberi hormat pada doktor didallam bilik itu.kelihatan seorang doktor berbangsa India sedang duduk sambil melihat komputer.
Doktor tersebut bertanyakan khabarku.Seketika itu dia memberitahu keputusan ujian darah yang telah diambil minggu lalu. Keputusan nya baik, doktor berpuas hati dengan keputusan ujian darahku. Aku tak putus-putus bersyukur..Alhmdulillah..terima kasih Allah.
Doktor memesanku menjaga kesihatanku dengan baik supaya sakitku tidak berulang lagi...Insya Allah akan ku ingat pesanan darimu doktor...
No comments:
Post a Comment