Pagi Jumaat 27/9/19..aku dihantar ke Terminal Larkin oleh kakak iparku bersama anaknya serta anak sedaraku. Tujuanku untuk pulang ke KL dengan menaiki Bas Express dari JB ke KL. Kami menaiki MRT ke Lorong Panjang..Disana kami menaiki Bas Express menuju ke Terminal Larkin. Pagi itu perjalananku dipermudahkan Allah. Langsung tiada kesesakan di Woodland Couseway dan Pintu masuk ke Mysia.
Sesampainya di Terminal Larkin..aku terus beratur untuk membeli tiket balik ke KL..Selepas itu kami ke Larkin Central menjamu selera. Pelbagai menu makanan dijual disitu.. Aku melihat kebanyakan yang datang menjamu selera disitu terdiri dari rakyat Singapura. Tempat makan disitu bersih dan teratur, Kami semua suka makan disitu...
Setelah menjamu selera,kakak ipar ku dan anaknya membeli belah dikedai yang terdapat disitu.
Mereka bercadang akan pulang ke Singapura sebelum pukul 5.00 petang bagi mengelakkan kesesakan jalan raya.
Aku mengucapkan terima kasih pada mereka bertiga kerana sudi menghantarku ke Terminal Larkin.
Semoga dapat bertemu lagi dengan mereka.lagi. Sebak juga aku rasakan untuk berpisah dengan mereka..Semoga kakakku dapat bertahan dan Allah meringankan sakitnya.....Aamiin Ya Rabbal Almiin..
No comments:
Post a Comment