Monday, October 21, 2019

29/9/19..

Pagi itu 29/9/19..hari ahad..aku rasakan kesihatan ku terganggu pagi itu.. Badanku kurasa lemah dan dadaku berdebar-debar. Aku perbanyakkan membaca Istighfar...sedang aku berrehat itu,aku mendapat panggilan telipon dari adik iparku dari Singapura menyatakan kakak ku telah meninggal dunia. Lemah seluruh anggota badanku menerima perkhabaran itu. Airmata tak henti- henti membasahi pipiku. Dengan pantasnya,aku mengisi beberapa helai pakaian kedalam beg pakaianku.
Aku dihantar oleh anakku bersama suami nya ke TBS...Aku membeli tiket yang seawalnya untuk keSingapura,dengan harapan dapat menatap wajahnya buat kali terakhir.

Oleh kerana hari itu hari ahad, kesesakan jalan raya berlalu sejak bas memasuki Highway PLUS. Cuaca pun tak begitu baik, hujan turun membasahi bumi..Aku yang duduk sendirian didalam bas itu,tak henti-henti berdoa semoga perjalananku dipermudahkan Allah.

Perjalanan mengambil masa selama lima jam untuk sampai ke Singapura.Ternyata aku tidak dapat menghadiri upacara perkebumian kakakku. Terlalu sedih kerana tak dapat menatap wajahnya buat kali terakhir. Hanya Allah yang Maha mengetahui perasaanku ketika itu. Aku tidak mempedulikan orang keliling yang berada didalam bas tersebut. Aku menangis sendirian mengingatkan diriku yang  telah ditinggalkan oleh insan yang ku sayangi

Selamat Berpulang Kak Habsah binti Mazuki....pulanglah meemui yang Maha Pencipta...

No comments:

Post a Comment