Monday, September 30, 2019
Sunday, September 29, 2019
KAU PERGI JUA
Kau umpama pelita
pengganti ibu yang telah pergi
Kau curahkan kasih sayang
yang tak henti-henti
Walaupun kita berjauhan
dihati selalu berdekatan
doaku selalu buatmu
kakak yang dikasihi.
Ditengahari yang suram
ketika debaran hati ku meronta ronta
Ku terima berita yang duka
Kau pergi menemui ilahi.
Tergamamku seketika
gementar seluruh anggotaku
Deraian air matiku tak henti-henti
mencurah-curah.
Akhirnya..
Kau pergi jua kakak...
Damailah kau disana
duhai roh yang tenang
Semoga pembaringanmu
yang panjang menenangkan.
Al-Fatihah buat kakakku Habsah binti Mazuki.

Saturday, September 28, 2019
Friday, September 27, 2019
SELAMAT TINGGAL SINGAPURA
Pagi Jumaat 27/9/19..aku dihantar ke Terminal Larkin oleh kakak iparku bersama anaknya serta anak sedaraku. Tujuanku untuk pulang ke KL dengan menaiki Bas Express dari JB ke KL. Kami menaiki MRT ke Lorong Panjang..Disana kami menaiki Bas Express menuju ke Terminal Larkin. Pagi itu perjalananku dipermudahkan Allah. Langsung tiada kesesakan di Woodland Couseway dan Pintu masuk ke Mysia.
Sesampainya di Terminal Larkin..aku terus beratur untuk membeli tiket balik ke KL..Selepas itu kami ke Larkin Central menjamu selera. Pelbagai menu makanan dijual disitu.. Aku melihat kebanyakan yang datang menjamu selera disitu terdiri dari rakyat Singapura. Tempat makan disitu bersih dan teratur, Kami semua suka makan disitu...
Setelah menjamu selera,kakak ipar ku dan anaknya membeli belah dikedai yang terdapat disitu.
Mereka bercadang akan pulang ke Singapura sebelum pukul 5.00 petang bagi mengelakkan kesesakan jalan raya.
Aku mengucapkan terima kasih pada mereka bertiga kerana sudi menghantarku ke Terminal Larkin.
Semoga dapat bertemu lagi dengan mereka.lagi. Sebak juga aku rasakan untuk berpisah dengan mereka..Semoga kakakku dapat bertahan dan Allah meringankan sakitnya.....Aamiin Ya Rabbal Almiin..

Monday, September 23, 2019
PANTUN RINDU MERINDU.
Pohon kasturi menghala keperigi
Pekaka kesitu suka bersiulan
Walaupun sehari kanda pergi
Adinda merindu rasa berbulan.
Selalu didesa berlari kehutan
Ungka keduku selalu bertamu
Namamu sentiasa meniti diingatan
Betapa daku merindu padamu.
Terbang lelayang dikala petang
Itik serati berenang dikolam
Dekat disayang jauh dikenang
Dalam hati merindu dendam.
Waktu petang murai ke ara
Mula kejati terbangnya rapi
rindu datang bagaikan gelora
Melanda hati dikala sepi,
Pekaka kesitu suka bersiulan
Walaupun sehari kanda pergi
Adinda merindu rasa berbulan.
Selalu didesa berlari kehutan
Ungka keduku selalu bertamu
Namamu sentiasa meniti diingatan
Betapa daku merindu padamu.
Terbang lelayang dikala petang
Itik serati berenang dikolam
Dekat disayang jauh dikenang
Dalam hati merindu dendam.
Waktu petang murai ke ara
Mula kejati terbangnya rapi
rindu datang bagaikan gelora
Melanda hati dikala sepi,
Saturday, September 21, 2019
Wednesday, September 18, 2019
Tuesday, September 17, 2019
Monday, September 16, 2019
MUTIARA KATA
Tidak semua orang yang baik dengan kita, punyai
hati yang ikhlas untuk berkawan.
Kita boleh bersangka baik dengan semua orang tapi
jangan sangka semua orang itu baik
Walaupun rambut sama hitam tapi
hati manusia tidak sama sifatnya.
hati yang ikhlas untuk berkawan.
Kita boleh bersangka baik dengan semua orang tapi
jangan sangka semua orang itu baik
Walaupun rambut sama hitam tapi
hati manusia tidak sama sifatnya.
Saturday, September 14, 2019
Friday, September 13, 2019
RINDU
Terkadang tiba-tiba aku rasa rindu pada orang yang rapat denganku dulu
walaupun ku tahu kemesraan itu tak mungkin kembali/
walaupun ku tahu kemesraan itu tak mungkin kembali/
Thursday, September 12, 2019
MUTIARA KATA
Ada banyak perkara
yang kita perlu diamkan
demi menjaga hati dan perasaan
orang lain..
Walaupun hakikatnya kita sendiri
yang selalu terluka..
yang kita perlu diamkan
demi menjaga hati dan perasaan
orang lain..
Walaupun hakikatnya kita sendiri
yang selalu terluka..
Wednesday, September 11, 2019
AIR MATA
Sekuat mana pun sesaorangan itu.
Dia akan tetap mengalirkan air mata
apabila diuji oleh Allah tentang perasaan dan
orang yang mereka sayang.
Dia akan tetap mengalirkan air mata
apabila diuji oleh Allah tentang perasaan dan
orang yang mereka sayang.
Tuesday, September 10, 2019
Monday, September 9, 2019
KAWAN PENIPU
Kepada kawan aku suka menipu..
Sebenarnya aku tahu semuanya..
Cuma aku buat-buat tak tahu
Aku buat-buat tak ingat
Aku buat -buat tak nampak
Aku sengaja nak tengok sejauh mana
kau nak menipu aku.
Sebenarnya aku tahu semuanya..
Cuma aku buat-buat tak tahu
Aku buat-buat tak ingat
Aku buat -buat tak nampak
Aku sengaja nak tengok sejauh mana
kau nak menipu aku.
Sunday, September 8, 2019
MUTIARA KATA
Ada saatnya hati ingin menjadi sekuat besi
Ada saatnya hati ingin menjadi setabah bumi
Ada saatnya hati ingin menjadi seikhlas matahari
Tetapi hati kadang-kadang tidak mampu menahan tangisan
dan jiwa tidak mampu menahan dugaan.
Ada saatnya hati ingin menjadi setabah bumi
Ada saatnya hati ingin menjadi seikhlas matahari
Tetapi hati kadang-kadang tidak mampu menahan tangisan
dan jiwa tidak mampu menahan dugaan.
Saturday, September 7, 2019
PESANAN
Ada hikmah
yang tersembunyi dilipatan setiap pengalaman
dan pengajaran.
Jadi..jangan mudah mengalah
dan jangan terlalu fikir atas kegagalan hari semalam
Ingatlah..
setiap hari adalah hari baru
untuk kita memulakan sesuatu yang baru.

Friday, September 6, 2019
30 HARI PERPISAHAN
Walau sahabat baru sentiasa hadir dalam hidupku..tetapi kenangan bersama sahabat lama tetap masih dalam kenangan.
Biar kawan lupa kita ,kita jangan lupa kawan.
biar yang baru itu ada//
yang lama sentiasa dikenang juga.
Biar kawan lupa kita ,kita jangan lupa kawan.
biar yang baru itu ada//
yang lama sentiasa dikenang juga.
Thursday, September 5, 2019
BUATMU ANAKANDA FAUZI SAMIN
Ditengahari yang suram
ku terima perkhabaran duka
Kau pergi menemui ilahi
Pergilah dikau anak yang baik
pergilah kau selamanya.
yang tinggal bagiku
kasih sayang mu yang abadi.
AL-Fatihah buatmu Aji...
ku terima perkhabaran duka
Kau pergi menemui ilahi
Pergilah dikau anak yang baik
pergilah kau selamanya.
yang tinggal bagiku
kasih sayang mu yang abadi.
AL-Fatihah buatmu Aji...
PERKHABARAN DUKA
Tanggal 5/9/19 aku dikejutkan dengan berita kepulangan anakandaku Fauzi Samin kerahmatullah.
Gementar seluruh anggota
badanku,tanpa ku sedari air mataku berlinangan
Tanpa ku duga dia akan pergi dulu meninggalkan anak dan sanak saudara.Tapi apa dayaku khendak Allh mengatasi segala-segalanya.Allah lebih menyayangimu anakandaku.
Kau anak yang baik dan bertanggung jawab pada orang tuamu.Pemergianmu ditangisi oleh sanak saudara dan peminatmu seluruh Malaysia.
Pulanglah mu kealam yang abadi.Tenanglah dirimu disana.Diamlah mu dalam pembaringan yang panjang.
Al-Fatehah buat Arwah Fauzi Bin Samin.

Wednesday, September 4, 2019
Tuesday, September 3, 2019
PESAN MAK
PESAN MAK..
"Cari orang yang suka kau,
dan bukannya orang yang kau suka.
kerana kebiasaannya orang yang kau suka ni,dia akan lebih
menghargai dan takut kehilangan kau."
"Cari orang yang suka kau,
dan bukannya orang yang kau suka.
kerana kebiasaannya orang yang kau suka ni,dia akan lebih
menghargai dan takut kehilangan kau."
Monday, September 2, 2019
Sunday, September 1, 2019
Subscribe to:
Posts (Atom)