Saturday, June 1, 2019

TENTANGKU DIMASA KECIL

Namaku Masnah.Marzuki dilahirkan dalam keluarga yang agak sederhana mewah.Ayahku seorang kaptan kapal.Ibuku seorang suri rumah,anak kelahiran Christmas Island.

Aku anak yang lapan dari sepuluh orang adik beradik.Tiga dari adik beradikku telah meninggal dunia semasa peperangan jepun dahulu.

Semasa  usiaku dua tahun ibuku melahirkan seorang anak perempuan yang comel.Aku suka bermain dengan adikku.Nama adik perempuanku Jamilah. Adikku seorang anak yang cantik,setelah usianya dua tahun.Ibuku melahirkan seorang anak lagi.Aku mendapat seorang adik lelaki yang bernama Kamal.Kelahiran nya menambahkan lagi keceriaan dikeluarga kami.

Pada hujung minggu kami sekeluarga selalu berulang alik dari Pulau Bukom ke Singapura.Ayahku bertugas diSyarikat Shell di Pulau itu.Kami disediakan sebuah rumah yang besar,dilengkapi dengan kelengkapan rumah.
Di Pulau Bukom,pada tahun 1962 aku memulakan persekolahanku dalam darjah satu.Hari hari aku kesekolah menaiki van yang disewakkan oleh ayahku.Pada hujung minggu,kami sekeluarga akan keSingapura.Kami bermalam dirumah dua tingkat dimana rumah itulah aku dillahirkan.

Dirumah di Singapura itu didiami oleh dua orang kakakku yang telah berumah tangga.Kakak sulongku bernama Habsah dan yang kedua bernama Habibah.
Rumah dua tingkat itu dijaga rapi oleh kedua orang kakak-kakakku.

Pada tahun 1965.Kami berpindah setelah ayahku menamatkan perkhidmatannya.

Kami tinggal di Singapura,disebuah kampung yang didiami oleh penduduk melayu .Kebanyakan rumahnya cantik. Ayahku mempunyai dua buah lagi rumah yang disewakan .pada penduduk-penduduk dikampung disitu.

Aku memulakan persekolahanku disebuah sekolah yang terdiri dari pelajar perempuan.Guru-guru dan guru besarnya pun seorang perempuan.Disitu aku belajar sampai akhir tahun enam.Oleh kerana Sekolah tersebut terletak tidak jauh dari rumahku,aku selalu balik kerumah semasa rehat

Begitulah perjalanan hidupku semasa kecil,dibesarkan dengan kasih sayang dan kemewahan.

No comments:

Post a Comment