Friday, October 27, 2017

PERSIAPAN MAJLIS PERTUNANGAN AIN

Majlis pertunangan Ain akan dilangsungkan di Homestay D Putra yang terletak diBandar Seri Putra,kira -kira 4 km jauhnya dari kediamanku.Sewa untuk satu malam hanya RM 250 sahaja.Banglow dua tingkat itu dilengkapi dengan pelbagai barang keperluan.Aku menyewa untuk 2 hari satu malam sahaja.Jemputan yang dijemput hanya seramai 50 orang .
Segala perbelanjaan dikongsi bersama-sama.Penyediaan makanan untuk tetamu diuruskan oleh makcik Ain.
Awal pagi Jumaat,aku telah menghubungi temanku Hjh.Jalina yang tinggal di Taman Impian Putra untuk menghantarku mengambil kunci Homestay dari pemilik Homestay.Sebelum itu kami kerumah Hjh.Aminah untuk mengambil daun pandan untuk dibuat bunga rampai.
Dirumah semua gubahan hantaran telah tersedia.Semuanya hasil kerja tangan teman baik Ain yang tinggal di Kuala Selangor.

Barang barang keperluan telah sedia untuk dibawa ke Homestay.Semoga majlis berjalan dengan sempurna.....Aamiin.

No comments:

Post a Comment