Wednesday, January 4, 2017

MINYAK ZAITUN EXTRA VIRGIN

Buah zaitun telah menjadi sumber makanan berkhasiat sejak berdekad lalu.Jus semulajadi yang dihasilkan menjadikan minyak zaitun sumber vitamin yang baik diperlukan tubuh manusia untuk kesihatan.Kandungan "Polifernol" dalam minyak zaitun extra virgin berupaya melindungi kerosakan oksidatif sel-sel dalam badan seterusnya mengelakkan pelbagai penyakit kronik.

Sebagai Lemak Mono Tidak Tepu ianya baik untuk kesihatan tubuh manusia.Kehadiran vitamin A,D,K dan E dalam minyak zaitun berupaya meningkatkan sisitem imuniti badan disamping bersifat sebagai antioksidan.

Kehebatan minyak zaitun sangat meluas sebagai sumber makanan dengan komponen nutrisi yang menyumbang kepada kualiti terapeutik termasuk pengurangan risiko sakit jantung,kanser dan perubahan terhadap tidak balas kepada sisitem imuniti dan alahan keradangan.

Rasullullah s.a.w. bersabda"Minumlah minyak zaitun dan berminyak dengannya kerana sesungguhny ia dalah dari pohon yang diberkahi Allah."

Tuesday, January 3, 2017

PANTUN MATA TAK LENA.

Hendak dipinjam alas pelana
alas bebenang dikat sauh
pejam pejam mata tak lena
hati terkenang orang yang jauh.


Baling sauh diSinggahsana
pasang api dibatu bata
orang jauh entah kemana
senyap sepi tanpa berita.


Pasang api dibatu bata
ditepi kolam pohon sagu
senyap sepi tanpa berita
siang malam diriku menunggu.


Ditepi kolam pohon sagu
pohon mengkudu disini sana
siang malam diriku menunggu
hati yang rindu jadi merana..

Monday, January 2, 2017

GURINDAM NASIHAT

Hidup ini usah berangan-angan
ingatlah dunia hanya tumpangan.

Hidup ini masanya singkat
buatlah kebaikan menadah berkat.

Hidup ini persinggahan percuma
akhirat menanti kekal selama.

Sunday, January 1, 2017

SAJAK - LANGKAH YANG KUATUR

Sewaktu kuatur langkah
dalam meneruskan sisa sisa
perjalanan hidup ini
Sesekali aku menoleh
ada senyum dan tawa
ada sedih mengulit sayu
ada rindu mencengkam kalbu.


Seandainya
langkah ini bisa kuundur
tak kuasa kumelangkah lagi
biar jejakku mati disitu
biar langkahku menjadi kaku.


Kini
kumencuba langkah baru
setapak demi setapak
menyusuri satu perjalanan
meniti gelombang dalam kembara
sesekali hatiku berbisik
masih adakah sinar yang menunggu.






28/9/2013