Tuesday, June 16, 2015

PERJALANANKU

Aku merupakan anak yang ketujuh dari sepuluh orang adik beradik.dari sepuluh orang itu,tiga darinya telah meninggal dunia.Ketinggianku rendah dan berkulit putih.aku masih ingat ketika kecil,aku digelar anak cina oleh adik beradikku.Sehinggalah aku dewasa,ramai yang menyangka aku anak cina.Ada ketikanya aku sampai menangis dengan gelaran itu.
Aku memulakan alam persekolahan di Pulau Bukom kerana ayahku bertugas dengan Syarikat Shell,jadi kami disediakan tempat kediaman disana.Walaupun begitu setiap hujung minggu aku dan keluarga balik keSingapura Jadi setiap hujung minggu kami terpaksa merentas lautan dengan menaiki feri.Pulau Bukom sebuah pulau yang tak berapa besar..semua kemudahan ada .tetapi pulau itu dikelilingi dengan tangki minyak.Rumah rumahnya semuanya tiada bertingkat tinggi.Pengangkutan di pulau itu hanya van,motor dan kereta.Aku dan adik beradikku selama tiga orang suka tinggal di Pulau itu.Pada penghujung tahun 1960,ibuku melahirkan adik lelakiku di Klinik swasta  dipulau itu..Kamal nama diberi.Kelahiran nya menambah kebahgiaan dan keriuhan dalam keluarga kami.Semasa adikku dilahirkan ,aku belum bersekolah lagi,jadi akulah yang menemani ibu bersama seorang adik perempuanku berusia dua tahun.Ayahku begitu sibuk dengan tugasnya sebagai kaptan kapal.
Setahun kemudian ayah menamatkan perkhidmatan nya dengan Syarikat Shell.Aku pun bertukar sekolah di Sekolah Rendah Kg.Melayu yang letaknya tidak berapa jauh dari kediaman kami.,aku masih ingat nama-nama guruku iaitu Cikgu Hasnah,Cikgu Kamariah,dan Cikgu Asiah.Nama guru besar sekolahku itu ialah Cikgu Hafsah,orangnya garang dan tegas.Aku masih ingat aku begitu takut lalu dihadapan pejabatnya..Satu hari aku disuruh menghantar Buku kedatangan murid murid kepejabat guru besar,aku ditegur oleh guru besar itu.Aku jadi takut,lalu berlari kekelas.Aku tidak tahu guru besar itu mengikutiku dari belakang,sesampai dikelas aku menangis sekuat-kuatnya.Semua kawan-kawanku dikelas itu ketawa melihat gelagatku.Puas Cikgu kelasku memujukku termasuk guru besar itu.Keesokan harinya aku takut hendak kesekolah.Begitulah gelagatku yang masih ku ingat.Habis tahun enam,aku lulus dengan cemerlang Peperiksaan Sekolah Rendah.ayah dan ibuku membelikan ku hadiah.Aku dihantar mengaji Al-quran disebuah masjid dikampungku itu.
Selepas itu aku dimasukkan ke Sekolah Menengah Teluk Kurau yang letaknya dua km dari kediaman ku.Aku disewakan kereta sewa oleh ayahku setiap pergi dan balik sekolah.Jadi aku tidak dapat kemana mana selepas sekolah.Sehinggalah menengan empat aku bersekolah disitu.Kemudian lulus Sijil Pelajaran O level.Semasa percutian itu aku mengambil kursus mengajar,sememangnya cita citaku ingin menjadi seorang guru.
Aku menyambung pelajaranku keperingkat Pre-u disekolah swasta selama dua tahun.Aku lulus dan mendapat Sijil Tinggi Persekolahan.Setelah berbincang dengan seorang kawan,kami sepakat ingin melajutkan pelajaran ke UITM di Shah Alam.Tetapi niatku dibantah oleh ayah dan ibuku.Aku terpaksa akur dan menggangur dirumah saja.Dalam ketika itu aku belajar menulis puisi.Hasil puisiku ada yang tersiar dimajalah di S'pura.Selang beberapa bulan,aku dipanggil temuduga oleh Kementerian Pelajaran.Aku diterima bertugas sebagai guru di Sekolah Rendah Teluk Kurau.dan Oueenstown Secondary Vocational Sch yang terletak di Queenstown.Perjalananku ke Queenstown mengambil masa sejam.Aku hanya mengunakan perkhidmatan bas bila kesekolah.Aku masih ingat aku sampai tertidur didalam bas sewaktu dalam perjalanan balik kesekolah.

No comments:

Post a Comment