Wednesday, March 9, 2016

PANTUN ISLAM

Asam kandis asam gelugor
hari redup pokok bergoyang
takut menangis dipintu kubur
semasa hidup tidak sembahyang.


Dibungkus dengan sehelai kain
uri ditanam dibawah meranti
agama jangan dibuat main
neraka jahanam kelak menanti.



Mawar sekaki menghias pinang
dihadiah pada Datuk Bandar
untuk miliki jiwa yang tenang
redahlah pada Qadak dan Qadar..

No comments:

Post a Comment