Saturday, March 26, 2016

PANTUN MENCARI KAWAN

Makan tahu didalam cawan
dalam almari menyimpan barang
jika mahu senang berkawan
elakkan diri mengata orang.


Baju ditaman semua basah
jatuh dibatu ditanah rata
jika teman sedang susah
berilah bantu tanpa diminta.


Ambil gergaji memotong bata
tajam gergaji tidak terperi
bila berjanji sudah sekata
pastikan janji tidak dimungkiri.

Thursday, March 10, 2016

DOAKU

Ya Allah..panjangkanlah umurku untuk menjejaki kakiku kedepan kaabah.Terima lah aku Ya Allah untuk menjadi tetamu Mu Ya Allah.....Aamiin Ya Rabbal Alamiin.

Wednesday, March 9, 2016

PANTUN ISLAM

Asam kandis asam gelugor
hari redup pokok bergoyang
takut menangis dipintu kubur
semasa hidup tidak sembahyang.


Dibungkus dengan sehelai kain
uri ditanam dibawah meranti
agama jangan dibuat main
neraka jahanam kelak menanti.



Mawar sekaki menghias pinang
dihadiah pada Datuk Bandar
untuk miliki jiwa yang tenang
redahlah pada Qadak dan Qadar..