Friday, February 20, 2015

RINDU BERTANDANG LAGI





Rindu bertandang lagi
menguak jendela rasa
menepis sendu berlalu
yang selalu melanda
tanpa mahuku..

tak bisa kuusir rasa itu
dari sudut hati
kerana aku sudah terbiasa
biarkan rindu ini
bermukim
menyubur sentiasa

sengaja aku biarkan
sedikit tanpa kusesali
kerana itulah caraku
mengungkap
rasa sayang kepadamu.

               

No comments:

Post a Comment