Jika kau tahu
betapa dia ingin ucapkan
"Selamat hari lahir" padamu
pasti teruja hatimu..
Jika kau tahu
betapa dia mendoakanmu
pasti luruh airmatamu..
Jika kau tahu
betapa dia menyayangimu
pasti ingin kau kucup tangannya
Jika kau tahu
betapa besar pengorbanannya
pasti lumpuh seluruh egomu..
Dan
jika kau tahu
betapa dia sangat merinduimu
pasti kau segera mendapatkannya.
Saturday, February 28, 2015
Friday, February 27, 2015
PESANAN BUAT ANAK ANAKKU.
Hargailah ibu bapa
selagi mereka masih ada
kerana
ramai yang menangis
ramai yang merindu
bila ibu bapa sudah tiada.
penyesalan tiada guna lagi
ibu bapa sudah pun pergi
pergi tak kan kembali lagi.
selagi ibu bapa masih ada
usah biarkan mereka sebak didada
hargailah pengorbanan mereka
usah buat mereka berduka.
selagi mereka masih ada
kerana
ramai yang menangis
ramai yang merindu
bila ibu bapa sudah tiada.
penyesalan tiada guna lagi
ibu bapa sudah pun pergi
pergi tak kan kembali lagi.
selagi ibu bapa masih ada
usah biarkan mereka sebak didada
hargailah pengorbanan mereka
usah buat mereka berduka.
Thursday, February 26, 2015
REDUP SENJA
Diredup senja ini
jiwa disapa gelora
gelora rindu nan menderu
pada dia yang jauh.
ingatanku singgah padamu
yang jauh dari jangkauan
jua dari pandangan.
Hanya dalam doa
mendekatkan dirimu kepadaku
redup senja membuatku
semakin rindu padamu.
jiwa disapa gelora
gelora rindu nan menderu
pada dia yang jauh.
ingatanku singgah padamu
yang jauh dari jangkauan
jua dari pandangan.
Hanya dalam doa
mendekatkan dirimu kepadaku
redup senja membuatku
semakin rindu padamu.
Wednesday, February 25, 2015
DUA BULAN SUDAH BERLALU
Selepas dua bulan dicengkam banjir
aku bagaikan kehilangan rasa
teringat debu yang berterbangan
sampah sarap yang bergelimpangan
tangisan anak kecil yang kelaparan.
aku bagaikan kehilangan rasa
teringat debu yang berterbangan
sampah sarap yang bergelimpangan
tangisan anak kecil yang kelaparan.
Monday, February 23, 2015
JAUH DIMATA
Kudengar gemersik suaramu
sedikit pun tak kujemu
walau jauh dimata
ingatku padamu sentiasa
andai ada waktu
andai ada rezkiku
kita pasti bertemu
melerai rindu yang sering bertamu.
Sunday, February 22, 2015
Saturday, February 21, 2015
FIRMAN ALLAH.
Dialah yang membentuk kamu dalam rahim ibu
sebagaimana yang dikehendakiNya.
Tiada tuhan yang berhak disembah
melainkan Dia,Yang Maha kuasa,lagi
Maha Bijaksana.
Surah Al Imran ayat 3.6.
sebagaimana yang dikehendakiNya.
Tiada tuhan yang berhak disembah
melainkan Dia,Yang Maha kuasa,lagi
Maha Bijaksana.
Surah Al Imran ayat 3.6.
Friday, February 20, 2015
RINDU BERTANDANG LAGI
Rindu bertandang lagi
menguak jendela rasa
menepis sendu berlalu
yang selalu melanda
tanpa mahuku..
tak bisa kuusir rasa itu
dari sudut hati
kerana aku sudah terbiasa
biarkan rindu ini
bermukim
menyubur sentiasa
sengaja aku biarkan
sedikit tanpa kusesali
kerana itulah caraku
mengungkap
rasa sayang kepadamu.
Thursday, February 19, 2015
SEBUAH KEHILANGAN
Haruman malam jumaat
rahmat seribu malam
lenamu didalam pembaringan
dalam damai berpanjangan
setelah merintis lelah
dalam menghirup ranjau
tanggal 12 Februari 2015
malaikat menjemputmu pergi
menemui ilahi
kehilanganmu ditangisi
diratapi oleh insan
yang mengerti
erti perjuangan
damailah kau disana
dalam lena yang berpanjangan.
Wednesday, February 18, 2015
BERKATA SAIDINA UMAR AL KHATTAB
Biasakan lah diri dengan hidup yang susah,
kerana kesenangan tidak akan kekal selamanya.
kerana kesenangan tidak akan kekal selamanya.
Tuesday, February 17, 2015
Monday, February 16, 2015
Sunday, February 15, 2015
Saturday, February 14, 2015
BERKORBAN APA SAJA
r
Berkorban apa saja
harta atau pun nyawa
itulah kasih mesra
sejati dan mulia.
untuk menjadi bukti
kasih yang sejati
itulah tandanya jika mahu diuji.
kepentingan sendiri
tiada diingini
bahgia sejati saja yang diharapi.
Friday, February 13, 2015
22 RABIULAKHIR 1436 - 12 FEBRUARY 2015
Malam yang kelam bertambah suram
langit yang ceria bertukar muram
detik waktu seakan berhenti
masa seakan enggan berlari.
Dimalam itu kuterima khabaran
perginya seorang murabbi
ramai yang menitiskan airmata
perginya meninggalkan seribu permata
yang tiada galang ganti.
Perginya dia dihari yang mulia
dirumah usang dimamah usia
padaMu Ya Rabbi dia kembali
pergi yang tak akan kembali lagi
Lama sudah dirimu berjuang
merentasi segala onak dan duri
sampai detiknya merehatkan diri
dialam akhirat yang kekal abadi.
Yang tinggal kini hanya pesanan
dan ilmu yang berguna
yang akan dijadikan pedoman
pada yang ditinggalkan.
Lenalah kau dalam tidur yang panjang
selamat bertemu Yang Maha Pencipta
damailah kau disana Tuan Guru
yang dikasihi rakyat jelata.
berihatlah wahai murabbi.
Thursday, February 12, 2015
9.40 MALAM 12 FEBRUARY 2015.
Wednesday, February 11, 2015
Tuesday, February 10, 2015
Monday, February 9, 2015
Rasulullah- Hijjaz (lirik)
Seandainya kita tahu betapa cinta dan kasihnya baginda Rasulullah s.a.w.kepada umatnya,nescaya kita akan menziarahi ke Madinah sekalipun dengan merangkak,walau sekadar untuk memberi salam kepadanya.
Sunday, February 8, 2015
SELALU HADIR
Kau selalu hadir
bukan saja ditiap jagaku
disaat mentari siang
menerangi hari.
Tapi juga
saat disetiap mimpi-mimpiku
menemani aku dalam sepi
saat malam kelam
yang menyelubungi alam.
Saat dedaun rindu
bertaburan dan berserakkan
rimbunan pilu
mendakap nurani
kuingin kau temani aku.
Hanya hadirmu
kasih sayangmu
bagaikan rembulan
yang menerangi
disetiap ruang sepi hati ini.
Hargailah sebuah persahabatan
sayangilah sebuah perkenalan
kerana disitu letaknya kemesraan.
bukan saja ditiap jagaku
disaat mentari siang
menerangi hari.
Tapi juga
saat disetiap mimpi-mimpiku
menemani aku dalam sepi
saat malam kelam
yang menyelubungi alam.
Saat dedaun rindu
bertaburan dan berserakkan
rimbunan pilu
mendakap nurani
kuingin kau temani aku.
Hanya hadirmu
kasih sayangmu
bagaikan rembulan
yang menerangi
disetiap ruang sepi hati ini.
Hargailah sebuah persahabatan
sayangilah sebuah perkenalan
kerana disitu letaknya kemesraan.
Saturday, February 7, 2015
Friday, February 6, 2015
PESANAN TOK GURU NIK AZIZ
Kalau kita terjaga ditengah malam itu,sebenarnya itu satu anugerah dari Allah,
Allah mengirimkan malaikatNya untuk mengejutkan kita supaya bangun beribadah
kepada Allah.Sebagai terima kasih,berdoalah walau sedikit,kemudian tidurlah,
tetapi kalau kita terjaga kemudian tidur balik tanpa ucapkan apa apa,contohnya beristighfar atau bertahmid,kemudian pada malam kedua seterusnya begitu,,kita bimbang kalau malaikat tidak akan datang lagi mengejutkan kita.
Allah mengirimkan malaikatNya untuk mengejutkan kita supaya bangun beribadah
kepada Allah.Sebagai terima kasih,berdoalah walau sedikit,kemudian tidurlah,
tetapi kalau kita terjaga kemudian tidur balik tanpa ucapkan apa apa,contohnya beristighfar atau bertahmid,kemudian pada malam kedua seterusnya begitu,,kita bimbang kalau malaikat tidak akan datang lagi mengejutkan kita.
Thursday, February 5, 2015
DEMI MASA - RAIHAN
Rembang petang menjelang lagi
tabir senja akan menghadirkan diri
adakah esok masih ada lagi
atau telah dijemput pergi.
Wednesday, February 4, 2015
MENTARI MERAH DI UFUK TIMUR - RABBANI (bersama Amy Search)
Yang kita dapat
tidak semestinya yang kita pinta.
yang kita pinta
belum tentu yang terbaik buat kita.
Yang terbaik buat kita
tak semestinya Allah suka..
redhalah apa yang kita ada
walaupun itu bukan yang kita suka.
Tuesday, February 3, 2015
Monday, February 2, 2015
Sunday, February 1, 2015
PESAN PADA ANAK-ANAK KU
Sesaorang ibu yang menangis
walaupun sebesar lalat,
sudah cukup Allah menjunamkan
anaknya kedalam api neraka.
Subscribe to:
Posts (Atom)