Diawal pagi aku telah menyiapkan keperluan diri untuk menjalani tugasku untuk menghantar anak perempuanku ke asrama Kolej Islam Sains dan Teknoloji.yang terletak di Bachok Kelantan..Masa cepat benar berlalu...selama tiga tahun anakku menuntut ilmu disitu...banyak kesulitan dan kepayahan telah dilalui dengan ketabahan dan kesabaran.Tahniah pada Nurul Ain Najihah kerana telah berjaya mengatasi kesulitan dan kepayahan.
Pukul 11 pagi ...aku dan Ain menarik beg baju menuju keluar jalan besar.Kami singgah di gerai tepi jalan...aku berdoa didalam hati semoga Allah membuka hati insan insan dikelilingku agar lembut hati kepada kami berdua...ternyata doaku dikabulkan Allah...mereka membantuku untuk mendapat pengangkutan ke Bachok.Berulang ulang kali aku mengucapkan syukur alhamdulillah.Terima kasih Allah.Kami menaiki kereta sewa terus menuju ke KIST.Pemandu kereta sewa itu sungguh ramah membuatkan aku dan Ain rasa bahgia dan teruja.Disepanjang perjalanan..pemandu kereta itu yang dikenali dengan nama Pak Dollah menceritakan pengalamannya semasa muda.Banyak pengajaran yang dapat diambil.Ternyata kalau kita merasa kita bernasib kurang baik..rupanya ada lagi insan yang kurang bernasib baik dari kita.Begitulah kehidupan.Semuanya telah ditentukan oleh Yang Maha Berkuasa.Anakku selamat kembali keasrama....Alhamdulillah.semuanya terjadi dengan izin Allah.
Esok 11 hb Oct anakku akan menghadapi peperiksaan Akhirnya...semoga Allah memberinya ketenangan hati dalam menjawab kertas peperiksaan.Doaku sentiasa mengiringi perjuanganmu anakku.Semoga kejayaan sentiasa menanti dihadapanmu.
No comments:
Post a Comment