Friday, October 31, 2014

Thursday, October 30, 2014

PANTUN BUAT AIN


Duduk malu sianak dara
ramai budak ditanah rata
Fikir dahulu sebelum bicara
agar tidak tersilap kata.

Anak memerang makan keladi
ditanah rata hujungan desa
kalau orang sudah berbudi
tentu kita pula berbahasa.

Buah berangan bawa kepengkalan
didalam tangan letak diruang
manis jangan terus ditelan
pahit jangan terus dibuang.

Burung pekaka dipohon pala
hinggap berempat dipetang hari
jangan suka mencaci cela
sahabat yang rapat nanti lari.


Berbaju belah kerongsang didada
cincin disemat di celah jari
selalu ingatlah pesan bonda
jadikan azimat hidup sehari hari.

Wednesday, October 29, 2014

HARI JADI KE 21 TAHUN.



Waktu berjalan tiada henti
mengiring rembulan dan mentari
yang terbit dan tenggelam setiap hari
kini dihari ini
mengiringi usiamu yang bertambah setahun lagi..
tiada apa yang dapat mak beri
selain ucapan "Selamat Hari Lahir yg ke 21 tahun" buatmu
puteri tunggalku Nurul Ain Najihah.Semoga diusia ini akan menjadi Ain \
lebih matang dalam urusan dunia dan akhirat...Aamiin Ya Rabbal Alamiin.

Tuesday, October 28, 2014

AMANAH SUNNAH RASULLULLAH



Pandangan mata adalah anak panah iblis
Lihat bukan muhrim sekali sahaja..
Lihat kali kedua akan hilang nikmat ibadah 40 hari.

Monday, October 27, 2014

BUATMU S




Pisau yang engkau cacakkan dibelakangku
amat berguna
pabila sampai detiknya
aku memotong dan memutuskan
ikatan persahabatan aku denganmu.

Sunday, October 26, 2014

TAKZIRAH


Yang singkat itu waktu
yang dekat itu kematian
yang besar itu hawa nafsu
yang berat itu amanah
yang sulit itu ikhlas
yang mudah itu berbuat dosa
yang susah itu sabar
yang berharga itu iman
yang dinanti oleh Allah bertaubat.

Saturday, October 25, 2014

HIDUP INI

Disepanjang perjalanan hidup ini
berjuta wajah
berjuta bentuk
berjuta warna
tak mungkin kita kenali..
buanglah salah sangka
usah hidup lalai dan leka
biarlah banyak memberi
hidup ini hanya seketika
sampai masa kan pergi jua.

Friday, October 24, 2014

Segalanya Pasti - Aida Agil



Gelora melanda didalam hidupku
dapatkah kucari tenang.
Sejenak kecundang
dalam kasih bersimpang
terasa diri begitu terasing
dimamah sepi berlarutan
bagai lelayang putus talinya.

Thursday, October 23, 2014

PADAMU TEMAN

Seindah bicaramu yang terjalin
ada ketika kukeliru
ada ketika ku disakiti

teman...
siapalah diriku
untuk melawan khendak takdir

alangkah bahgianya
andai kehidupan ini tiada keraguan
andai hati  tiada prasangka

sesekali kuhilang pertimbangan
apalah ertinya satu persahabatan
andai dihati tiada keikhlasan

teman
bicaramu yang lembut
adakah hatimu juga sama.

Wednesday, October 22, 2014

JANJI



Sabar itu memang pahit
semoga dipenghujung kesabaran
Ada kemanisan dan kebahgiaan yang menanti
kerana janji Allah itu pasti.

Tuesday, October 21, 2014

SINAR

Dipintu malam
dongakku kelangit
bintang bintang berkelipan
seakan akan tersenyum
memberiku sedikit ruang
mendakap sejalur kenyakinan
menemukan sebutir sinar
yang akan bercahaya buat selamanya.

Monday, October 20, 2014

PANTUN KASIH SAYANG











Layang layang diatas bukit
bunga mawar dari seberang
kasih sayang bukan sedikit
racun penawar tuan seorang.

Pokok lada tumbuh sebatang
pokok cempedak baru rebah
selagi ada bulan dan bintang
kasihku tidak akan berubah.

Buah pauh penuh dikepuk
tegap berdiri sipohon selasih
berpisah jauh kasih tak lapuk
semakin hari semakin kasih.

Ikan belanak suka berenang
habis berenang membuat sarang
makan tak enak tidur tak tenang
hanya terkenang tuan seorang.

Pohon lengkuas tumbuh diperdu
pokok meranti merata dijambatan
sudah puas ku tanggung rindu
kekasih dihati tetap diingatan.

Sunday, October 19, 2014

Friday, October 17, 2014

BERUBAH

Kalau kita ingin berubah untuk menjadi baik
kerana Allah..
Allah akan hantar orang yang baik
untuk bersama kita.

Thursday, October 16, 2014

DOA DIMALAM jUMAAT.




Sesungguhnya setiap kesukaran
diiringi dengan kemudahan.

Aamiin Ya Rabbal Alamiin.

Wednesday, October 15, 2014

DOAKU









Ya Allah..
sembuhkanlah diriku yang sedang sakit
Ampunilah segala dosa dosaku
Jadikan sakitku sebagai penebus dosa dosaku
Dan kuatkanku dengan ujian sakitku..
Aamiin Ya Rabbal Alamiin.

Tuesday, October 14, 2014

KALAU

Kalau tak boleh berbuat baik
jangan buat jahat
kerana tak buat jahat pun
sudah cukup baik.

Monday, October 13, 2014

GURINDAM HIDUP



Hidup didunia sementara cuma
akhirat yang kekal selama lama.

Tabah amalan bekalan disana
harta dan benda tak lagi berguna.

Buat persediaan sebelum mati
kelak disana syurga menanti.


Sunday, October 12, 2014

SEKECIL MANA PUN


Lakukanlah kebaikan sekecil apa pun
kerana kita tidak tahu
kebaikan yang mana
yang akan menghantarkann kita kesyurga.

Saturday, October 11, 2014

TUHANKU

Dalam aku terseksa
aku tetap menyebut namaMu

Biar susah sungguh
mengingat Kau penuh sungguh..

Friday, October 10, 2014

MENGHANTAR ANAK

Diawal pagi aku telah menyiapkan keperluan diri untuk menjalani tugasku untuk menghantar anak perempuanku ke asrama Kolej Islam Sains dan Teknoloji.yang terletak di Bachok Kelantan..Masa cepat benar berlalu...selama tiga tahun anakku menuntut ilmu disitu...banyak kesulitan dan kepayahan telah dilalui dengan ketabahan dan kesabaran.Tahniah pada Nurul Ain Najihah kerana telah berjaya mengatasi kesulitan dan kepayahan.
Pukul 11 pagi ...aku dan Ain menarik beg baju menuju keluar jalan besar.Kami singgah di gerai tepi jalan...aku berdoa didalam hati semoga Allah membuka hati insan insan dikelilingku agar lembut hati kepada kami berdua...ternyata doaku dikabulkan Allah...mereka membantuku untuk mendapat pengangkutan ke Bachok.Berulang ulang kali aku mengucapkan syukur alhamdulillah.Terima kasih Allah.Kami menaiki kereta sewa terus menuju ke KIST.Pemandu kereta sewa itu sungguh ramah membuatkan aku dan Ain rasa bahgia dan teruja.Disepanjang perjalanan..pemandu kereta itu yang dikenali dengan nama Pak Dollah menceritakan pengalamannya semasa muda.Banyak pengajaran yang dapat diambil.Ternyata kalau kita merasa kita bernasib kurang baik..rupanya ada lagi insan yang kurang bernasib baik dari kita.Begitulah kehidupan.Semuanya telah ditentukan oleh Yang Maha Berkuasa.Anakku selamat kembali keasrama....Alhamdulillah.semuanya terjadi dengan izin Allah.
Esok 11 hb Oct anakku akan menghadapi peperiksaan Akhirnya...semoga Allah memberinya ketenangan hati dalam menjawab kertas peperiksaan.Doaku sentiasa mengiringi perjuanganmu anakku.Semoga kejayaan sentiasa menanti dihadapanmu.

Thursday, October 9, 2014

PASTI



Disebalik airmata
pasti akan datang senyuman
Disebalik luka
pasti akan datang penyembuh
Disebalik kesabaran
pasti akan datang kebahgiaan.
Disebalik kesulitan
pasti akan datang kemudahan.

Wednesday, October 8, 2014

BULAN GERHANA

Kemana perginya bulan gerhana
puas kucari entah dimana
ditimur tiada..dibarat hampa
detik dan masa berlalu
kunantimu seperti selalu
dikelilingku gelap gelita
semua hening tanpa suara
bintang enggan menyapa
kaku tanpa suara
oh bulan dimana dikau...

Tuesday, October 7, 2014

Rabbani - Pergi Tak Kembali



Walau hidup tidak sempurna
tak ku biarkan langkah tidak kena
kita semua tak kan kemana mana
melainkan kembali kealam sana.

Monday, October 6, 2014

Rinduku Tiada Yang Tahu - Endang S.Taurina



Kejauhan hanyalah jarak
namun hati dan raga tetap dekat

kerinduan itu adalah rasa
dalam doaku kau selalu ada
dimana mana aku  berada.

Sunday, October 5, 2014

AIDIL ADHA

Aidil Adha tiba lagi
saat berderai jatuh
titisan airmata suci Ibrahim...
melihat keteguhan iman anaknya Ismail..
dikala itulah bermulanya
erti sebuah pengorbanan.

Saturday, October 4, 2014

CUKUPLAH



Walau impian itu milik kita
tapi takdir itu milik Allah..
cukuplah Allah
sebagai perlindungku
dan Dia sebaik baik penolong.

Friday, October 3, 2014

PINJAMKAN AKU

Pinjamkan aku rindu
ingin kuubati resah luka
ketika mimpi mencelah
diselimuti dingin malam

pinjamkan aku resah
ingin kurawati rasa gelisah

pinjamkan aku kenangan
ingin kucari damai
mendakap reda dinurani

kuhimpun segala
diraup doa
pasrahku
cinta hanya torehan rindu
hingga kehujung waktu itu.


Thursday, October 2, 2014

UJIAN


Aku yakin dengan kata kata ini..
"Semakin diri ingin dekat dengan Allah..
semakin diri kita diuji"

Wednesday, October 1, 2014

OCTOBER



Cepat benar masa berlalu
tanpa kusedari dan kurasai
sudah sampai kehujung tahun..
namun aku masih seperti ini.
October tengkujoh datang lagi
kasih datang kasih pergi
pasrahku bersama kasih yang berbagi.