Sabar diatas musibah dijanjikan 300 pahala
sabar untuk melakukan perintah Allah dijanjikan 600 pahala
sabar untuk meninggalkan maksiat dijanjikan 900 pahala.
Friday, February 28, 2014
Thursday, February 27, 2014
PANTUN NASIHAT
Pergi keInderagiri mencari tebu
mudik keseberang hutannya nipah
sahabat dicari biar beribu
musuh seorang usah ditempah.
Burung pekaka dipohon pala
hujan lebat dipetang hari
jangan suka mencaci cela
nanti sahabat habis lari
Anak memerang memakan keladi
ditanah rata hujungan desa
kalau orang sudah berbudi
tentu kita pula berbahasa.
Buah rumbia bawa kuhuma
untuk dimakan sambil menjerat
hidup didunia tidaklah lama
patut amalkan bekalan akhirat.
Wednesday, February 26, 2014
BERKATA HABIB ALI ZAINAL ABIDIN.
Kalau ingin cermin diri kita
jangan cermin dengan cermin..
akan nampak diri kita perfect
tetapi cerminlah diri kita
dengan insan2 yang mulia..
baru terlihat kekurangan dalam diri kita.
jangan cermin dengan cermin..
akan nampak diri kita perfect
tetapi cerminlah diri kita
dengan insan2 yang mulia..
baru terlihat kekurangan dalam diri kita.
Tuesday, February 25, 2014
Monday, February 24, 2014
Sunday, February 23, 2014
BAYANGMU
Ku lihat bayangmu
dibalik cermin itu
tiada lagi bisikan mesramu
yang mengalir kasih.
hadirlah dikau kasih
dibalik cermin itu
agar dikau tahu
sayu dan pilu
diperdu kalbuku.
dibalik cermin itu
tiada lagi bisikan mesramu
yang mengalir kasih.
hadirlah dikau kasih
dibalik cermin itu
agar dikau tahu
sayu dan pilu
diperdu kalbuku.
Saturday, February 22, 2014
KENANGANKU
Hari ini 22hb February masih ku ingat lapan tahun yang lalu...suamiku dikejarkan keHospital Sultanah Fatimah Muar Johor kerana sesak nafas...untuk pertama kali aku menaiki ambulan yang dipandu begitu laju....aku tak dapat berkata sepatah kata pun...bila ku lihat suamiku dibantu dengan alat pernafasan....dalam hati tak henti henti aku berdoa semoga Allah menyelamatkan suamiku kerana aku masih memerlukannyaa dalam hidupku.Kami baru sampai kerumah kami di Taman Temiang Jaya setelah suamiku terlantar dua minggu di PPUM.Petaling Jaya..kini sakitnya menyerang lagi...kesian suamiku.
Sesampai diHospital...dia dimasukkan ke wad ICU..aku menanti diluar penuh debaran...tiba tiba aku dipanggil oleh doktor...aku jadi semakin cemas...doktor mengatakan tentang situasi suamiku...aku hanya akur dan redha saja...Ajal maut ditangan tuhan...kataku dalam hati..aku cuba memujuk hatiku....Sejak dari hari itu aku bermalam di Hospital..ada masanya aku bekejar kerumahku dan.kembali balik keHospital...begitulah keadaanku selama empat bulan.Masih kuingat lagi pada 6hb June ....keluargaku ia itu kakak iparku ,adik lelakiku serta isterinya datang dari Singapura menziarahi suamiku...aku lihat betapa gembiranya suamiku..kerana ini pertama kali suamiku bertemu dengan mereka,.sememangnya dia ingin sangat bertemu dengan adik beradikku.....alhamdulillah tercapai sudah....tiba tiba dipetang yang hening dihari itu bertukar jadi ribut,..hujan begitu lebat sekali....aku tertanya tanya dengan hati yang berdebar debar...ku duduk disisi suamiku..suamiku tak henti henti memandangku dan menggenggam jari jemariku....seakan akan dia tak mahu aku pergi meninggalkan dia....aku tak dapat berkata apa apa...sehinggalah lewat malam di hari itu....jururawat menyuruhku berihat dibilik penantian Hospital itu...aku terpaksa tinggalkan suamiku...ku lihat dia memerhatiku penuh sayu.Aku masih ingat betapa berat kakiku meninggalkannya.Oleh kerana keletihan aku terlena...kira kira jam 4 pagi...aku dikejutkan oleh jururawat mengatakan suamiku sedang tenat....aku terus berkejar kewad....sesampainya diwad aku lihat jururawat dan beberapa orang doktor sedang merawat suamiku...aku terus pergi berada disisinya..ku genggam jari jemarinya,ku bisikkan ditelinganya sambil menyuruh dia mengucap....ku lihat mulutnya bergerak gerak...seakan akan berkata sesuatu...
Buat pertama kali ku melihat detik detik terakhir insan yang sedang nazak..sambil tu ku lihat jururawat dan doktor cuba menyelamatkan nya...tak sampai hatiku rasanya melihat doktor menekan nekan dada suamiku...ku lihat matanya semakin layu....airmataku sudah tidak tertahan lagi.Dalam kotak hatiku berbisik bisik dan tak henti henti berdoa semoga Allah menyelamatkan suamiku.
Akhirnya tepat jam 5 pagi 7 hb June..Akhirnya kau pergi jua suamiku yang di kasihi ,pergi mengadapYang Maha Pencipta.Aku terus sedekahkan surah Al-Fatihah untuk arwah sambil di perhatikan oleh pesakit2 dikelilingku.....tiada airmata yang menangisi pemergiannya.Aku redha dan pasrah pada Mu Ya Allah..Alhamdulillah kerana bersamanya aku merasa kasih sayang sepenuhnya dari lelaki yang bernama suami. Terima kasih Allah.

Friday, February 21, 2014
Raihan - Syukur
3 tanda kita bersyukur.
Syukur dengan hati - hati sentiasa ingat kepada Allah.
Syukur dengan lidah -berzikir memuji Allah.
Syukur dengan perbuatan - bersedekah dan melakukan amal soleh.
Thursday, February 20, 2014
Wednesday, February 19, 2014
UCAPLAH
Bila cemburu
bila rindu
bila sedih atas kehilangan sesuatu
maka ucaplah"Ma Fi Qalbi Ghairullah"
(tiada dihatiku melainkan Allah)
bila rindu
bila sedih atas kehilangan sesuatu
maka ucaplah"Ma Fi Qalbi Ghairullah"
(tiada dihatiku melainkan Allah)
Tuesday, February 18, 2014
BERKATA USTAZ
Lebih baik berkata jujur
yang mungkin menyakiti sesaorang
daripada menipu yang boleh
membuat sesaorang tersenyum.
yang mungkin menyakiti sesaorang
daripada menipu yang boleh
membuat sesaorang tersenyum.
Monday, February 17, 2014
MUKJIZAT
Sesuatu yang paling agung
yang turun dari langit
adalah Hidayah.
dan sesuatu yang paling agung
yang naik dari bumi adalah Ikhlas.
yang turun dari langit
adalah Hidayah.
dan sesuatu yang paling agung
yang naik dari bumi adalah Ikhlas.
Sunday, February 16, 2014
BERKONGSI ILMU
Ada sebab mengapa kita
mengenali sesaorang dalam hidup kita
sama ada kita perlu mengubah hidup dia
atau dia yang bakal mengubah hidup kita..
Allah tidak akan hadirkan sesaorang tanpa sebab.
mengenali sesaorang dalam hidup kita
sama ada kita perlu mengubah hidup dia
atau dia yang bakal mengubah hidup kita..
Allah tidak akan hadirkan sesaorang tanpa sebab.
Saturday, February 15, 2014
BERKATA TOK GURU
Ikhlaslah menerima takdir
walaupun kita tidak mengerti
dan percayalah
sesungguhnya rancangan Allah
adalah yang terbaik.
walaupun kita tidak mengerti
dan percayalah
sesungguhnya rancangan Allah
adalah yang terbaik.
Friday, February 14, 2014
Thursday, February 13, 2014
MUTIARA KATA
Hiduplah seperti lilin
menerangi orang lain
janganlah hidup
Seperti duri
mencucuk duri dan
menyakiti orang lain.
menerangi orang lain
janganlah hidup
Seperti duri
mencucuk duri dan
menyakiti orang lain.
Wednesday, February 12, 2014
MUTIARA KATA
Semalam telah berlalu
bersama kenangan yang mendalam,
hari ini hadapilah dengan redha
dan penuh kesyukuran
walau esok tiada kepastian.
bersama kenangan yang mendalam,
hari ini hadapilah dengan redha
dan penuh kesyukuran
walau esok tiada kepastian.
Tuesday, February 11, 2014
IZINKAN AKU
Izinkan aku kasih
renungi matamu
dalam dalam
dan membiarkan
senyumanmu
mengalun mesra dihatiku
Izinkan aku kasih
tenggelam dalam lautan kasihmu
dan terdampar didada indahmu
Izinkan aku kasih
melabuhkan rinduku
dan bertahta dikamar hatimu.
renungi matamu
dalam dalam
dan membiarkan
senyumanmu
mengalun mesra dihatiku
Izinkan aku kasih
tenggelam dalam lautan kasihmu
dan terdampar didada indahmu
Izinkan aku kasih
melabuhkan rinduku
dan bertahta dikamar hatimu.
Monday, February 10, 2014
Sunday, February 9, 2014
Saturday, February 8, 2014
MUHASABAH DIRI
Waktu makin singkat
umur makin meningkat
ajal makin dekat
kiri dan kanan ada malaikat
tidak lupa catat amal setiap saat
.
jadi haruslah sesama kita beringat
bahwa kiamat semakin dekat
yang kekal adalah amal akhirat.
umur makin meningkat
ajal makin dekat
kiri dan kanan ada malaikat
tidak lupa catat amal setiap saat
.
jadi haruslah sesama kita beringat
bahwa kiamat semakin dekat
yang kekal adalah amal akhirat.
Friday, February 7, 2014
UJI RASHID - KU INGIN SELALU DISAMPINGMU
Bersamamu terasa indah hidupku
tak mampu ku berjauhan darimu
jangan pernah ada berpisah
kuingin selalu bersamamu
menemanimu
sampai terhenti nafasku...
Thursday, February 6, 2014
PINTAKU
Tidak kuminta kemewahan didunia
tidak kumahu kekayaan harta
yang kuinginkan
jadikanku isteri yang solehah
untuk mendapatkan istana
diakhirat sana.
tidak kumahu kekayaan harta
yang kuinginkan
jadikanku isteri yang solehah
untuk mendapatkan istana
diakhirat sana.
Wednesday, February 5, 2014
HATI PUAKA
Ada rasa ada jiwa
manakan sama rasa jiwa
jiwa lara merasa hina
kata dibina menutur hiba
sendu disulam bersaksi masa.
manakan sama rasa jiwa
jiwa lara merasa hina
kata dibina menutur hiba
sendu disulam bersaksi masa.
Tuesday, February 4, 2014
Monday, February 3, 2014
HILANG
Merangkai kata tiada makna
hanya menambah sesak didada
sejenak diam
sejenak menghilang
menorehkan seribu luka didada..
kau hilang dalam bayangan
kau hilang dalam anganku
kau hilang dalam nafasku
tapi
kau kekal dalam hatiku.
hanya menambah sesak didada
sejenak diam
sejenak menghilang
menorehkan seribu luka didada..
kau hilang dalam bayangan
kau hilang dalam anganku
kau hilang dalam nafasku
tapi
kau kekal dalam hatiku.
Sunday, February 2, 2014
KERANAMU
Kerana rindu ini
aku betah bertahan
memendam luka
yang lama terpendam..
keranamu
ria bertamu
kernamu jua
terkubur piluku.
aku betah bertahan
memendam luka
yang lama terpendam..
keranamu
ria bertamu
kernamu jua
terkubur piluku.
Saturday, February 1, 2014
FEBRUARI
Februari
kau datang lagi
membawa rindu dan cinta
bersemi bersama ikatan kasih yang tulus
bulan cinta bersemi
kekal dalam ingatan
kisah kasih yang panjang.
kau datang lagi
membawa rindu dan cinta
bersemi bersama ikatan kasih yang tulus
bulan cinta bersemi
kekal dalam ingatan
kisah kasih yang panjang.
Subscribe to:
Posts (Atom)