Saturday, February 22, 2014

KENANGANKU

Hari ini 22hb February masih ku ingat lapan tahun yang lalu...suamiku dikejarkan keHospital Sultanah Fatimah Muar Johor kerana sesak nafas...untuk pertama kali aku menaiki ambulan yang dipandu begitu laju....aku tak dapat berkata sepatah kata pun...bila ku lihat suamiku dibantu dengan alat pernafasan....dalam hati tak henti henti aku berdoa semoga Allah menyelamatkan suamiku kerana aku masih memerlukannyaa dalam hidupku.Kami baru sampai  kerumah kami di Taman Temiang Jaya setelah suamiku terlantar  dua minggu di PPUM.Petaling Jaya..kini sakitnya menyerang lagi...kesian suamiku.
Sesampai diHospital...dia dimasukkan ke wad ICU..aku menanti diluar penuh debaran...tiba tiba aku dipanggil oleh doktor...aku jadi semakin cemas...doktor mengatakan tentang  situasi suamiku...aku hanya akur dan redha saja...Ajal maut ditangan tuhan...kataku dalam hati..aku cuba memujuk hatiku....Sejak dari hari itu aku bermalam di Hospital..ada masanya aku bekejar kerumahku dan.kembali balik keHospital...begitulah keadaanku selama empat bulan.Masih kuingat lagi  pada 6hb June ....keluargaku ia itu kakak iparku ,adik lelakiku serta isterinya datang dari Singapura menziarahi suamiku...aku lihat betapa gembiranya suamiku..kerana ini pertama kali suamiku bertemu dengan mereka,.sememangnya dia ingin sangat bertemu dengan adik beradikku.....alhamdulillah tercapai sudah....tiba tiba dipetang yang hening dihari itu bertukar jadi ribut,..hujan begitu lebat sekali....aku tertanya tanya dengan hati yang berdebar debar...ku duduk disisi suamiku..suamiku tak henti henti memandangku dan menggenggam jari jemariku....seakan akan dia tak mahu aku pergi meninggalkan dia....aku tak dapat berkata apa apa...sehinggalah lewat malam di hari itu....jururawat menyuruhku berihat dibilik penantian Hospital itu...aku terpaksa tinggalkan suamiku...ku lihat dia memerhatiku penuh sayu.Aku masih ingat betapa berat kakiku meninggalkannya.Oleh kerana keletihan aku terlena...kira kira jam 4 pagi...aku dikejutkan oleh jururawat mengatakan suamiku sedang tenat....aku  terus berkejar kewad....sesampainya diwad aku lihat jururawat dan beberapa orang doktor sedang merawat suamiku...aku terus pergi  berada disisinya..ku genggam jari jemarinya,ku bisikkan ditelinganya sambil menyuruh dia mengucap....ku lihat mulutnya bergerak gerak...seakan akan berkata sesuatu...
Buat pertama kali ku melihat detik detik terakhir insan yang sedang nazak..sambil tu ku lihat jururawat dan  doktor cuba menyelamatkan nya...tak sampai hatiku rasanya melihat doktor menekan nekan dada suamiku...ku lihat matanya semakin layu....airmataku sudah tidak tertahan lagi.Dalam kotak hatiku berbisik  bisik dan  tak henti henti berdoa semoga Allah menyelamatkan suamiku.
Akhirnya tepat jam 5 pagi 7 hb June..Akhirnya kau pergi jua suamiku yang di kasihi ,pergi mengadapYang Maha Pencipta.Aku terus sedekahkan surah Al-Fatihah untuk arwah sambil di perhatikan oleh pesakit2 dikelilingku.....tiada airmata yang menangisi pemergiannya.Aku redha dan pasrah pada Mu Ya Allah..Alhamdulillah kerana bersamanya aku merasa kasih sayang sepenuhnya dari lelaki yang bernama suami. Terima kasih Allah.

No comments:

Post a Comment