Tuesday, August 27, 2019

MUTIARA KATA

Jangan mengingat-ingat sesuatu yang telah menyakiti hatimu
kerana masih ada berjuta-juta kebaikan yang patut untuk disyukuri.

Sunday, August 25, 2019

PERSAHABATAN

Persahabatan tidak mengenal usia..
Bersahabatlah seperti Rasullullah s.a.w...
sentiasa mengutus salam mengirim khabar berita..
Walau jauh dimata
tetapi dekat dihati..

Friday, August 23, 2019

DOA DAN WAKTU

Firman Allah s.w.t.


"Berdoalah kepadaKu,nescaya akanKu perkenankan bagimu."


Surah Al-Mukmin :60

Thursday, August 15, 2019

SELAMAT HARI LAHIR ABANG

Hari ini jika abang masih hidup dialam ini,sudah tentunya kita raikan bersama hari ini.Kita akan bersolat bersama dan berdoa semoga Allah panjangkan umur kita...tapi sayang sekali,abang telah damai dialam sana,meninggalkan isteri dan anak-anak yang disayangi.

Damailah abang dipembaringan yang panjang...kita akan bertemu diakhirat nanti.....Aamiin

Al-Fatihah buat Arwah suamiku yang disayangi..

Wednesday, August 14, 2019

MUTIARA KATA

Allah s.w.t. berfirman:

Sesungguhnya Allah membela orang-orang yang telah beriman.Sesungguhnya
Allah tidak menyukai tiap-tiap orang yang berkhianat lagi mengingkari nikmat.



(Surah AL-Hajj:38)

Monday, August 12, 2019

DOA

BUAT INSAN YANG DIRINDUI..


Andai jarak menjauhkan kita,
Biarlah Doa yang mendekatkan kita.

Sunday, August 11, 2019

TIDAK SEMPURNA

Air tak selalu jernih,
begitu juga ucapanku,,,

Kapas tak selalu putih
begitu jua hatiku..

Langit tak selalu cerah
begitu jua hidupku...

Jalan tak selalu lurus,
begitu jua langkahku...

Kerana aku insan biasa
dan tidak sempurna.

Thursday, August 8, 2019

SAHABAT

Sahabat yang baik itu anugerah, tak perlu berserban mahupun berpurdah,cukuplah yang selalu membimbing kita kejalan Allah.

Wednesday, August 7, 2019

Kenny,Remy,Martin-Suratan Atau Kebetulan

KAWAN PENIPU

Kepada kawan aku yang menipu tu.

Sebenarnya aku tahu semuanya,cuma aku buat-buat tak tahu,
aku buat-buat tak tahu,
aku buat-buat tak ingat.
aku buat-buat tak nampak je...

Tuesday, August 6, 2019

KATA-KATA

Berhati-hati lah dalam berkata,
kerana begitu terucap kata-kata itu
Dia hanya mampu dimaafkan,tapi sulit untuk dilupakan.

Monday, August 5, 2019

AYAT POWER

Suka sangat dengar ayat ini...


"Kena hargai apa yang ada didepan mata.
sebab orang baik tak datang selalu.
Dan jangan cari yang sempurna.ia-nya tak akan sempurna"

Saturday, August 3, 2019

JANGAN

Jangan mengingat-ingat sesuatu yang telah
menyakitkan hatimu
kerana masih ada berjuta-juta
kebaikan yang patut untuk disyukuri.

Thursday, August 1, 2019

MASA DAN KEHIDUPANKU

Masa lalu aku sudah lupakan

Masa sekarang aku tempuhi
dengan hati yang redha.


Masa hadapan aku serahkan
segalanya pada yang Maha Esa.