Monday, June 18, 2018

ILHAMKU

Haiku # 21
Bulan pertama
kandungan dinanti
tambah zuriat.

Haiku # 22
Penghujung bulan
kandungan dilahir
alhamdulillah.

Haiku # 23
Bacaan yassin
berkat malam jumaat
doa mustajab.

Haiku # 24
Jam dua pagi
berlinang air mata
solat tahajud.

Haiku # 25
Anak pengemis
berderetan dijalan
raih simpati.

Haiku #26
Seraga limau
jiran sebelah rumah
tanda muhibbah.

Haiku # 27
Banjir Disember
cuci rumah berlumpur
ujian sabar,

Haiku # 28
Hari Merdeka
bendera kibar mega
kenegaraan.

Haiku # 29
Kilat bersabung
tempias masuk rumah
lebat mencurah.

Haiku # 30
April sembilan
tangan bersalam erat
kasih terikat.

Friday, June 15, 2018

DOA BUAT AYAH

Al-Fatihah
buat ayahandaku Hj.Marzuki bin Asnawi.
Semoga rohmu tenang dan damai dialam sana.
Aamin.....