Friday, December 29, 2017

SAJAK - DIREDUP SENJA

Diredup senja ini
jiwa disapa gelora
rindu nan menderu
pada dia yang jauh
ingatanku singgah padanya
yang jauh dari pandangan

Hanya dengan doa
mendekatkan dirimu padaku
Ya Allah hanya tuhan yang tahu
betapa aku rindu padamu.

Friday, December 22, 2017

SELAMAT HARI LAHIR ABANG JALIL


SELAMAT MENEMUI ILAHI

Dipagi jumaat ini...aku mendapat perkhabaran duka dari adikku di Singapura..bahwa anak saudara arwah ibuku telah kembali kerahmatullah.Selamat menemui yang maha pencipta saudaraku....
.

Thursday, December 21, 2017

TERIMA KASIH SAKIT

Terima kasih sakit
kerana membuatku teringat
betapa besar nikmat ketika sehat.

Terima kasih sakit
walaupun perit
yang bersalah adalah aku
yang selalu alpa.

Terima kasih sakit
kerana menyedarkan aku
betapa perlu beringat
kesihatan itu kekayaan.

Wednesday, December 13, 2017

SAJAK-KAU

Biarpun aku
tidak selalu ada disisimu
tetapi kau selalu ada
dalam setiap titipan doaku.

Tuesday, December 5, 2017

SAJAK- ADA KALA

Adakala mata salah melihat
adakala mulut salah berucap
tetapi
hati tidak dapat menipu
bila merindu.