Sunday, October 30, 2016

SAJAK- RINDU DIHATI

Kucatatkan rinduku
diawan yang menggebu
semoga kau tahu bahasa rinduku.
Pada bayu yang berlalu
kubisikkan gentar rasaku
semoga gemanya tiba kehatimu.

Monday, October 24, 2016

DATO FAZILLAH KAMSAH BERKATA

Betapa rapatnya kita dengan sesaorang,kita akan berpisah jua disuatu hari.tetapi jika kita rapat pada Al quran,ia akan tetap bersama dikubur sehingga kiamat.

Saturday, October 22, 2016

BERKATA USTAZ KAZIM ELIAS

Barang siapa meringankan beban orang dalam kesulitan
maka Allah akan meringankan bebannya didunia dan diakhirat.

Friday, October 14, 2016

SEHARIAN BERSAMA SAHABATKU ZAI.

 
Bertemu dengan sahabat FBku Zainab Abd.Latiff..seorang wanita yang gigih dan berakhlak tinggi,ikhlas budi pekertinya,Sangat berdisiplin sesuai dengan tugasnya sebelum bersara.Aku begitu senang bila bersamanya.Bertemu dengan nya banyak mengajar aku tentang kehidupan.Alhamdulillah ..terima kasih Allah kerana mempertemukan aku dengan nya.Semoga Allah merahmati sahabatku Zainab Abd.Latiff.....Aamiin.


Dihari pertemuan itu,aku dibawa naik LRT ke Tampines Mall..terus keRestaurant masakan Vietnam.Aku turuti saja cadangan nya.walaupun menu itu begitu asing bagiku.Setelah menjamu selera,aku dibawa kerumahnya di Bishan.Aku disambut sebagai tetamu oleh suaminya.Setelah aku menumpang mengerjakan solat zohor dirumahnya,aku pun dihantar pulang kestesen bas oleh Zainab.Disaat berpisah dengan nya.hatiku begitu sebak,tanpa ku sedari airmataku membasahi pipiku.Terima kasih sahabatku,kebaikanmu tidak akan ku lupa akan ku kenang selagi hayat dikandung badan.Hanya Allah sahaja yang akan membalasnya.

Thursday, October 13, 2016

PERTEMUAN TANPA DIRANCANG

Satu pertemuan yang tidak dirancang antara ku dengan adikku Ruby dan sahabatku Junainah.Pada petang selepas ku menghadiri majlis anak saudaraku,aku bergegas ke Hougang,sesampai disana,aku menghubungi Ruby..oleh kerana sudah lama tidak bertemu ,aku mengajak Ruby berjumpa diHougang.Kebetulan pada masa itu .Ruby ada masa lapang,lalu kami pun berjumpa,melerai rindu yang bermukim dikalbu.Lepas itu,Ruby menghubungi Junainah,Jun pun sudi berjumpa kami...alhamdulillah,tiga sahabat yang terpisah jauh ,bertemu dalam satu pertemuan yang tidak dirancang.Dalam masa yang sama Ruby pula bertemu dengan sahabat satu sekolah dia di Cafe tempat kami bersantai.Terima kasih Ruby dan Jun kerana sudi datang bertemu denganku..kesetiaan anda berdua sebagai sahabat,sangat ku hargai selamanya.

Wednesday, October 12, 2016

PERTEMUAN SAHABAT-SAHABAT LAMA



Akhirnya seperti yang dijanjikan,satu pertemuan telah diatur,aku bertemu dengan sahabat sahabat yang sama sama berjuang didalam alam persekolahan dulu Setelah 45 tahun terpisah.Aku diSemenanjung dan mereka di Kota Singapura.Dipetang yang hening itu,aku dapat melerai rasa ingin bertemu dengan mereka.Dulu lain sekarang lain,dulu remaja sekarang berusia senja.Masa berlalu begitu pantas.Walaupun lama tak jumpa,ikatan persahabatan masih tidak dilupa..Terima kasih Allah masih memanjangkan usiaku bertemu dengan mereka.Terima kasih sahabat-sahabatku kerana sudi bertemu denganku...semoga kita dapat bertemu lagi....Aamiin.

Monday, October 3, 2016

ANAK SULONGKU.

Hari ini memori di FBku ialah foto anak sulongku bernama Mohammad Masrin berusia 39 tahun.dilahirkan di kota Melaka.Mempunyai seorang isteri dan 4 orang anak.Kini bertugas di Hospital Umum Sarawak sebagai doktor Partoloji.Tinggal di Taman Herritage Kuching Sarawak.Sebagai ibu aku telah 4 kali melawat anak dan cucu2ku dikediaman mereka.Gembira bila berjumpa dan menangis bila berpisah,itulah gelagat aku bersama cucuku di Airport Antarabangsa Kuching,Sarawak.Yang ku bawa pulang ke Semenanjung ialah kenangan bersama mereka.

Sunday, October 2, 2016

IKEA CHERAS

Tanpa merancang aku bersama jiranku dan Ain menuju ke Pusat Beli Belah Ikea yang terletak di Cheras.Banyak kesukaran yang dilalui untuk tiba di Ikea itu...jalan terlalu sesak,oleh kerana hari itu hari Cuti umum.Oleh kerana telah terperangkap ditengah2 kesesakan itu,tak dapat lah kami berundur.Sampai di Ikea...pelbagai bangsa berpusu2 orang ramai memasuki gedung itu.Terfikir dibenak ku..dalam ekonomi yang meleset ini,masih ramai yang mampu membeli belah...membeli alat kelengkapan rumah,padahal barang2 itu sudah ada dan tak perlu diganti.Begitulah kalau keinginan mengatasi kemampuan.Aku mengeluh didalam hati...

Saturday, October 1, 2016

PERKAHWINAN CUCU SAUDARAKU


MAJLIS KAHWIN

Hari ini 1 hb October 2016.terasa sedih juga kerana tidak dapat menghadiri majlis undangan dari anak saudaraku di kotaSingapura.Kita merancang Allah yang menentukan.Kesihatanku tidak mengizinkan ku berjalan jauh sendirian menyeberang Selat Teberau.Aku hanya dapat mendoakan semoga cucu sedaraku yang melangsungkan perkahwinan kekal bahgia sehingga keakhir nanti....Aamiin.