Monday, May 30, 2016

PANTUN HAMPA

Dipohon jati sarang tebuan
dibaling dengan kayu arang
hampanya hati terpandang tuan
berpegang tangan wanita seberang.


Anak manja pandai berenang
sambil mencuci sampan perahu
hamba saja teringat terkenang
orang membenci hamba taktahu.


Banyak kayu didalam baldi
air sejuk bersih dan suci
tak kan ku rayu orang tak sudi
tak ku pujuk orang dah benci.

Thursday, May 19, 2016

BERKATA IMAM GHAZALI


Orang yang sombong
ialah apabila ditegur
dia marah...
bila menegur orang lain
caranya keras dan kasar.

Friday, May 13, 2016

MASIH KU INGAT LAGI

13 hb Mei tarikh yang menyedihkan ibuku yang disayangi pergi menemui ilahi.Tiada airmata hendak ku tangisi lagi akan pemergiannya,Namun jauh disudut hati meredhakan akan ketentuan ilahi.

Damailah dirimu disana ibuku

Monday, May 9, 2016

PUSAT DOKUMENTASI DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA WILAYAH TIMUR.

Sudah lama aku tidak menjejakkan kakiku ke Pusat Dokumentasi DBPWT yang terletak di Kota Bharu Kelantan.Terasa rindu pulak dengan suasana dipusat itu
.
Masih ku ingat lagi ketika aku menetap di Kota Bharu,seminggu dua kali aku pasti kesana menimba ilmu.Aku sanggup memanjat tangga hingga ketingkat tiga,baru sampai kebilik perpustakaan.

Aku suka pergi keperpustakaan dipusat itu kerana koleksi buku bukunya kelihatan tersusun rapi.Situasi persekitarannya bersih dan kemas.

Dipepustakaan itu juga terdapat meja dan sofa untuk pembaca menghabiskan masa membaca.Juga ada disediakan majaalah-majaalah yang terbaru.

Setelah membaca aku juga meminjam beberapa buah buku untuk dibawa pulang .Suasananya yang sunyi dan selesa membuat aku terasa selesa menimba ilmu diperpustakaan itu.

Friday, May 6, 2016

BERKATALAH PENDITA HAMKA

Kata kata yang lemah lembut dan beradab sopan dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.