Monday, March 30, 2015

ANDAI NYA.

Andainya masa bisa kembali
inginku hentikan putarannya
agar bisa merasa nikmat
dan indah saat bersama.

Melayari hari hari tenang
dengan cinta kasih sayang
dikelilingi ayah dan ibu
kakak dan abang serta adik tercinta.

Namun itu hanya semalam
yang tak bisa undur kembali
menjadi memori sehujung nyawa.

Sunday, March 29, 2015

USIA

Semakin dimamah usia
makin sunyi dan sepi erti kehidupan
ada yang kurang
banyak yang tak mendatang.
rapuh dedaun mula berguguran
meranting reput dimamah usang
rebah kebumi
semuanya tinggal kenangan
buat bualan
yang baik yang jahat
akan dibicarakan.

Saturday, March 28, 2015

BILA IMAM AL-GHAZALI BERKATA...

Imam Al-Ghazali  pernah berkata..

Dunia ini ibarat ular
lembut sentuhannya,tetapi amat berbisa.

Tidak semua yang kita inginkan
akan kita kecapi kerana
Allah tidak beri apa yang kita mahu
tetapi Allah akan beri apa yang kita perlu.Bi

Friday, March 27, 2015

MALAM INI

Malam ini
aku hanya mampu
memberi salam
malam ini
aku hanya mampu
mendengar suaramu
yang hadir sebentar cuma..
namun begitu
aku tak lupa
titipkan doa buatmu
semoga dirimu
berbahgia disana.

Thursday, March 26, 2015

TIGA BULAN SUDAH

Hari ini kukuburkan saja
semua duka
kupusarakan bersama kesedihan yang ada
biarlah mereka tenang bersemayam
direlung  kalbu..

Hari ini kan kuhapuskan
semua kenangan bersama
insan insan yang senasib
mangsa bah kuning
yang datang tanpa diundang
yang merempuh tanpa diduga.
berlalulah semua kenangan duka
bersama angin yang menderu...

Sunday, March 22, 2015

BERKATA HABIB ALI JAAFAR AL- AYDRUS

Jika sakit,jangan cepat cepat jumpa doktor.
Nikmati sakit itu.Bertafaqur dengan sakit yang Allah
beri.Kemudian barulah ubati lah sakit itu.

Friday, March 20, 2015

UNTUKMU DISANA

Kiranya tempias membasahi jendelamu
itu tandanya airmataku mengalir mengingatimu
Jika kau tersentak dari lamunan panjangmu
itulah tandanya aku merinduimu.

Thursday, March 19, 2015

BERKATA USTAZ





Perbanyakkan berdoa pada Allah
kerana doa itu adalah ibadah
dan sebagai tanda ketaatan kita kepadaNya.
Berdoalah setiap masa
dan dalam apa jua keadaan
semoga kita tidak tergolong dikalangan
orang yang sombong kepada Allah s.w.t.

Wednesday, March 18, 2015

BERKATA DATOK TUAN IBRAHIM BIN TUAN MAN.

Mati tidak syarat tua
dan mati juga tidak
syarat sakit..
Hayatilah setiap saat,
jangan membazir masa.

Friday, March 13, 2015

Thursday, March 12, 2015

TEMAN

Aku hanya ingin
menjadi teman
yang ada disaat suka
mahupun disaat duka..

bukan teman
yang ada disaat suka
dan pergi disaat berduka.

Thursday, March 5, 2015

FIRMAN ALLAH S.W.T.



Sesungguhnya Allah ialah tuhanku dan tuhan kamu,
oleh itu beribadatlah kamu kepadaNya.Inilah jalan yang lurus,


(Surah Ali Imran,ayat 51).

Tuesday, March 3, 2015

GURINDAM APA GUNA


Apa guna jadi lelaki kacak
kalau baca Quran merangkak rangkak.

Apa guna jadi wanita cantik
kalau pukul 12tghari masih tak celik celik.

Apa guna Allah bagi hidayah
kalau hendak solat pun payah.

Apa guna kita jadi manusia
kalau umur Allah bagi kita sia sia.

MENJALIN SILATURRAHIM