Sunday, November 30, 2014

BERZIKIRLAH

Hasbunallah  wani'mal wakil
ucapan yang mampu memadam
api yang membara.
menyelamatkan orang yang
mendapat bencana dan musibah.

Saturday, November 29, 2014

Friday, November 28, 2014

HATI LALAI


Allah tidak akan mengkabulkan doa orang yang hatinya lalai dan lengah.


Thursday, November 27, 2014

BILA USTAZ BERKATA

Allah tidak pernah mengambil
apa yang kita sayang..
kecuali mengantinya kembali
dengan yang lebih baik.

Tuesday, November 25, 2014

Hijjaz - Fatamorgana



Setiap perbuatan kebaikan yang kita buat
akan dikira oleh Allah
walaupun ia  kecil dimata kita.

Sunday, November 23, 2014

PERCUTIAN KE S'PURA BERSAMA AIN.




Aku masih berada di Kota kelahiranku di Singapura...sudah hampir tiga minggu aku berada disana.Melerai rindu pada keluarga dan sahabat handai.Terima kasih Ya Allah kerana mempertemukan aku dengan mereka,dapatlah aku mengeratkan hubungan silaturrahim dengan mereka.
Terima kasih pada sahabat sahabatku Salmah Ismail,Junainah Basiran,Rosliah Jufri ,Puan Katina Lim,Noraini Pakwanchik,Noraini Khalil dan Kak Rosminah yang sudi menjalinkan pertemuan denganku dan membawaku bersiar-siarkebeberapa tempat menarik di Kota Singa.Aku bahgia dikelilingi oleh sahabat sahabatku yang berhati mulia dan penyayang.Terima kasih juga pada sahabatku Fauziah Almakawi kerana sudi menjemputku kemajlis perkahwinan anaknya.Doaku buat kalian..semoga Allah merahmatimu semua.

Saturday, November 22, 2014

SELAMAT HARI LAHIR KAMAL

Selamat Hari Lahir ..ucapan buat adik bongsuku Kamal.
Semoga kebahgiaan yang dirasa berkekalan
hingga kehujung nyawa.
Aamiin Ya Rabbal Alamiin.

Friday, November 21, 2014

PANTUN MERINDU





Main dadu diatas titi
sambil berdendang berlagu sayang
bila rindu bertamu dihati
apa dipandang wajahnya terbayang.


Ditepi kolam menjual berangan
daun selasih ditapak tangan
siang malam mengapai kenangan
merindu  kekasih  dalam bayangan.


Buah berangan dari Indera kayangan
rama rama hinggap diperdu
kirim jangan pesan pun jangan
sama sama menanggung rindu.


Teluk Jati melmbung pukat
buluh perindu tidak berdahan
buah hati marilah dekat
adik merindu tidak tertahan.


Embun dingin dedaun dedalu
amat lebat daun mengkudu
khabar dikirim diangin lalu
jadi pengubat dikala rindu.




18/11/2013

Tuesday, November 18, 2014

LUKA DIHATI

Luka dihati walaupun telah diubati,
parutnya tetap berada dihati
semoga tidak berdarah lagi.

Monday, November 17, 2014

FIRMAN ALLAH.



"Wahai orang orang yang beriman,hendaklah kamu banyak banyak
mengingati Allah".

(Surah Al-Ahzab- 41)

Sunday, November 16, 2014

PESANAN TUAN GURU

Belajar kerana Allah
Taati guru
Berakhlak mulia
Kasih rakan rakan
Sayangi keluarga.

Saturday, November 15, 2014

DOAKU





Ya Allah...
jadikan malamku lebih indah
jadikan siangku lebih terang
biarkan cintaku lebih mewangi selamanya.

Aamiin Ya Rabbal Alamiin.

Friday, November 14, 2014

BUAT SAHABAT-SAHABAT BEKAS PELAJAR TKSS.

Sekeping potret
rahsia sejuta rasa
abadi ditangkai musim
tersemat dikamar hati

Semalam kau membuka
jendela hatiku..
bersama hembusan bayu senja
menyingkap warna warni pelangi.

Terima kasih sahabat
atas sapaan bicaramu
masih lagi mampu ukhuwah
mekar kembali seperti dulu
biarpun dimamah usia senja.



Thursday, November 13, 2014

SEDARI

Bila kita sedari hidup ini
adalah sementara
kita akan lebih bertolak ansur..
banyak memaafkan orang lain.

Wednesday, November 12, 2014

MUTIARA KATA - REDHA

Apabila kita redha pada sesuatu yang mengecewakan
maka percayalah Allah akan mengantikan kekecewaan itu
dengan sesuatu yang tidak dijangka.

Sunday, November 9, 2014

HAIKU








Hijriah tiba
tazkirah solat subuh
pasang telinga.

Tangan menadah
doa diawal tahun
harapan baru.

Riuh digedung
jualan akhir tahun
juadah mata.


























Friday, November 7, 2014

BERKATALAH SEORANG USTAZ



Tanda manusia menyayangi kita
diberi kita perhatian...
Tanda Allah menyayangi kita
diberi kita ujian dan dugaan.

Thursday, November 6, 2014

PESAN UNTUK ANAK-ANAKKU


Bertaubatlah anak anakku
selagi pintu taubat masih terbuka
selagi peluang masih ada..
ketahuilah..
ketika nanti pintu itu tertutup
ketika nanti kau dijemput ilahi
tiada lagi guna penyesalan.
tiada lagi guna airmata kau tangisi
kerana usiamu sudah tiada lagi.

Wednesday, November 5, 2014

BERKATALAH LUKMAN HAKIM



Carilah seribu sahabat dalam pergaulan
kerana seribu sahabat belum lah banyak
Jauhilah seorang musuh walau seorang
kerana seorang sudah  lebih dari banyak.

Tuesday, November 4, 2014

Hanya Tuhan Yang Tahu - UNIC

\

Selagi ombak menghempas pantai
selagi mentari melimpah sinar
aku tetap seperti dulu
tetap setia menanti
walau hari berganti hari
kasih sayangmu kutunggu
tanpa bimbang dan ragu..

Monday, November 3, 2014

Saturday, November 1, 2014

KELAHIRAN BARU




Bila tiba masa dan detiknya
ada yang menanggalkan pakaianku
kemudian meletakkan diatas meja
mengambil jantung dan hempeduku
aku tidak berdaya melarangnya
mengelaknya walaupun sedikit.

Ada yang mencungkil mataku
memotong sana sini anggota badanku
buat sesuka hati mereka
aku tidak berdaya melarangnya,

Kerana kutahu
perjalananku telah berhenti
telah sampai kedestinasinya
tiada siapa yang akan mendengar jeritanku
tiada siapa yang akan mendengar tangisku
tiada sesiapa pun....