Tuesday, September 30, 2014

BERKURUNG

Berkurung dari hari kehari
mengharap kasih datang kemari
pandang pintu dan almari
serta jendela yang tiada gari.
satu demi satu salahku ku cari
atau  tingkah lakuku yang tak digemari
tiap hari ku bermuhasabah diri..

Monday, September 29, 2014

MUTIARA KATA
















Kita nampak bulan
sebenarnya bulan itu terlalu jauh..
Kita tak nampak Allah
sebenarnya Alllah terlalu dekat dengan kita

Sunday, September 28, 2014

DIAMKU



Ketika aku sudah mula diam
itu bermakna
aku sudah terluka dengan keadaan.

Saturday, September 27, 2014

TAK TAHU

Ku singkap kasihmu
dihalaman rindu
dikau diam membisu
tanpa ada tingkah laku
aku terpaku
kau buat tak tahu.

Friday, September 26, 2014

SAAT DAN KETIKA



Ketika sedih kita akan mengerti
nikmatnya kebahgiaan..
Ketika sakit kita akan mengerti
nikmatnya kesihatan...
Ketika  sunyi kita akan tahu
betapa berharganya satu persahabatan..
dan
ketika nanti kita menutup mata
barulah kita ketahui betapa nikmatnya
sebuah kehidupan.

Thursday, September 25, 2014

DOAKU




Dalam diam ada nafas rindu
Dalam diam ada doa untukmu
Ya Rabb...
jagalah dia untukku.

Wednesday, September 24, 2014

APA SEBENARNYA - FAUZIAH LATIF



Siapa diantara kita
yang memulakan cinta
siapa diantara kita
yang memulakan sengketa..

Siapa antara kita
yang terguris luka

Tuesday, September 23, 2014

Ku Jangan Ditinggalkan - Sanisah Huri (wid lyrics)



Menahan diri|
berkurung dari hari kehari
rasa kasih harum bersemi
akhirnya tiba hari
diriku tidak diperdulikan lagi

Monday, September 22, 2014

KU INTAI

Kuintai kasihmu disana
masih ada kah untukku
ruang ruang kekosongan
untukku bertandang hanya seketika.

Sunday, September 21, 2014

BUATMU SAHABATKU DI DUBAI.

Didetik detik aku bersendirian..terdetik hatiku untuk membuka FB..tiba tiba aku disapa oleh salam dari saorang sahabat ..setelah bertanyakan khabarku dan Ain....aku dikejutkan dengan berita bahwa dia dan isteri akan berhijrah ke Dubai...seakan lawak ku rasakan...tapi itulah kenyataannya...
Aku terkedu..mungkin aku akan kehilangan seorang sahabat yang satu masa dulu begitu prihatin padaku dan Ain...dialah sahabatku yang banyak mendorongku dan memberi semangat ku untuk meneruskan kehidupan ini.
Kini kami telah berjauhan...walaupun kami belum pernah bertemu...tapi aku redha dan pasrah dengan perpisahan ini.Semoga cita  citamu yang ingin memulakan kehidupan baru dinegeri orang mencapai kejayaan.Doa kuutuskan pada Allah s.w.t...semoga Kau dan isteri diberi perlindungan dan kejayaan selalu...Aamiin Ya Rabbal Alamiin.

Saturday, September 20, 2014

BILA HATI BERDUKA

Campakkan aku kehutan belukar
biar jadi akar melingkar dahan
buangkan aku ketengah lautan
biar jadi karang tanpa hiasan..
lemparkan saja aku kelangit
dari mendengar perit membingit
benamkan terus aku ketanah
dari menanggung hati bernanah.

Friday, September 19, 2014

KHUTBAH TERAKHIR

Janganlah kamu sakiti sesiapa
sekiranya kamu tidak mahu
disakiti oleh orang lain.

(Petikan Khutbah Terakhir Rasullullah s.a.w)

Thursday, September 18, 2014

PESANAN PADA DIRI



Apa pun yang terjadi
tidak ada yang kebetulan..
Semua yang terjadi
dengan ketentuan dari Allah.

Wednesday, September 17, 2014

RASA RINDU

Duhai angin malam
bawalah rasa rinduku padanya
agar dia tahu betapa aku resah
bila berjauhan dengannya.
Walaupun dirimu sepi membisu
tanpa berita
aku masih dapat merasakan
getaran rindunya.

Tuesday, September 16, 2014

16HB SEPTEMBER.















Hari ini Hari Malaysia..
walaupun kau Malaysia|
bukan tanah kelahiranku
tapi aku bersyukur
dapat menumpang dibumimu..
walaupun susah senang
suka derita
silih berganti..
aku redha dan pasrah..
pintaku...izinkan aku
menghabiskan sisa sisa hidupku
dibumimu Malaysia.

Monday, September 15, 2014

DIRIMU

Setiap hari aku ingat dirimu
walaupun kita tiada hubungan
tetapi
bagiku kau seorang yang
pernah buatku bahgia.

Sunday, September 14, 2014

Saturday, September 13, 2014

AMANAH



Apabila amanah tidak dijaga
habis semua porak peranda
ada yang sedih menyesak dada

belum lagi diakhirat sana
menanggung beban yang tak terhingga
semua akan ditanya
tepuk dada tanya segera.

Friday, September 12, 2014

Thursday, September 11, 2014

BERKATALAH USTAZ.


Orang yang paling bahgia
ialah orang yang paling kuat
cinta nya pada Allah.

Wednesday, September 10, 2014

PAGI YANG SEGAR

Kicau burung bernyanyi
kini ku siap menjalani hari
udara pagi yang segar
menghadirkan ceria mentari
walaupun ku sendiri
dihatiku kau sentiasa kemari.

Tuesday, September 9, 2014

MUHASABAH DIRI


Ada ketikanya kita terlupa
yang dikiri dan kanan kita
sentiasa ada yang mencatit
setiap dosa dan pahala.

Monday, September 8, 2014

MUTIARA KATA















Hanya yang memahami akan mengerti
dan hanya yang mengalami
akan memahami.

Sunday, September 7, 2014

Edcoustic - Muhasabah Cinta

7HB SEPTEMBER 2014.

Awal pagi lagi kami dah sampai ke Hospital Besar Kota Bharu...ku lihat begitu ramai yang sedang menanti untuk nombor giliran...nomborku 149..banyaknya nombor...ku pujuk hati kecilku supaya bersabar.sementara menanti nombor giliranku dipanggil...aku cuba online...semoga .tiada rasa bosan menanti.Suasana diruang utama Hospital itu agak sibuk dan riuh. Aku tak pedulikan orang keliling...ditambah lagi aku kurang faham akan loghat pertuturan mereka
.
Setengah jam kemudian..ku dengar nombor giliranku dipanggil...alhamdulillah.Aku terus bergegas kedepan.Setelah urusan pendaftaran selesai...semua pesakit kena naik lif keTingkat satu.tanpa membuang masa akau naik lift yang penuh sesak...sampai ditingkat satu....ku dapati sungguh ramai pesakit yang menanti giliran jumpa doktor.Aduuh tunggu lagi....terpaksa ku akur dengan keadaan.
Aku duduk disatu sudut...sambil memerhatikan gerak laku orang orang dikelilingku..setengah jam kemudian...nombor ku dipanggil...aku masuk kedalam...ku dapatI doktor yang bertugas ialah doktor lelaki.Pada mulanya aku malu untuk menerima rawatan dengan doktor lelaki..tetapi aku tiada pilihan.Sebelum doktor bertanyakan sesuatu padaku...jururawat yang bertugas...memeriksa tekanan darahku...alangkah terperanjatnya tekanan darahku naik tinggi...aku bagaikan tidak percaya...tapi itulah kenyataannya.Doktor menasihatiku tentang penjagaan makanan...aku dengar dengan teliti.dan berazam untuk memulihkan kesihatanku kembali normal,
"Ya Allah jauhkanku dari penyakit yang merbahaya"...doaku berulangkali dalam hati,..Aamiin Ya Rabbal Alamiin.


Friday, September 5, 2014

LAA TAHZAN.

Allah tidak akan membiarkan hambaNya
terlarut dalam kesedihan
percayalah
ada rencana indah untuk membayar
semua airmata kesedihan.

Thursday, September 4, 2014

MALAM JUMAAT.

Malam ini malam Jumaat
lusa pula hari sabtu
mengingati Allah setiap saat
melakukan solah lima waktu.

Wednesday, September 3, 2014

MUHASABAH DIRI

Gunakanlah dua cermin
satu cermin untuk melihat kekuranganmu
satu lagi untuk melihat kelebihan orang lain.

Tuesday, September 2, 2014

KATA KATA INDAH



Detik kita rindukan sesaorang
bukan kerana sudah lama tidak berjumpa..
tetapi kerana kita rindukan kenangan
yang diukir bersama.

Monday, September 1, 2014

TANKA

Awal September
kepulangan ketiga
sunyi tafakur
perjalanan terakhir
destinasi abadi